CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 945|Reply: 0

[Sarawak] Rakyatlah yang menentukan nasib dan masa depan Sarawak

[Copy link]
Post time 22-10-2021 10:33 PM | Show all posts |Read mode


SRI AMAN: Kemantapan kewangan Kerajaan Sarawak adalah hasil perancangan bijak dan kestabilan politik di negeri ini.

Menurut  Ketua Menteri Datuk Patinggi  Abang Johari Tun Openg, rakyatlah yang menentukan nasib dan kedudukan negeri ini sehingga stabil.

Justeru, katanya, amat penting untuk rakyat pelbagai kaum di Sarawak terus mengekalkan keadaan harmoni dan stabil.

“Kita belum lagi berdepan dengan pilihan raya, namun orang di seberang tidak lama lagi mengadakan pilihan raya,” jelasnya merujuk kepada PRN Melaka yang diadakan pada 20 Nov ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Agensi Pembangunan Sri Aman di sini, semalam.

Abang Johari menyatakan, bahawa hasil perancangan berhemat kerajaan negeri, Sarawak berjaya memperoleh hampir RM7 bilion daripada hasil cukai minyak dan gas.

Katanya,  katanya, meskipun kerajaan membuat perancangan baik dan mempunyai dana, namun jika rakyat berpecah belah, segala pembangunan yang dirancang tentu akan terbantut.

Untuk rekod, Kerajaan Sarawak telah membentangkan belanjawan besar sekitar RM10 bilion setiap tahun sejak Abang Johari menjadi Ketua Menteri.

Malah, RM5. 3 bilion dibelanjakan untuk memerangi Covid-19 dan membantu rakyat melalui pelbagai pakej bantuan.


sarawakvoice.com/2021/10/22

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.806540 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list