CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 995|Reply: 2

[Sarawak] Khianat, cederakan ibu kandung, lelaki dipenjara dan didenda

[Copy link]
Post time 22-10-2021 10:17 PM | Show all posts |Read mode



MIRI: Lelaki mabuk cederakan ibu kandung dan melakukan perbuatan khianat dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM3,500 atau lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.


Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambilkira kepentingan awam.
   
Abang Rabul Safar Abang Suini, 28, dari Piasau Utara di sini telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Norsiah Othman, 53, dengan cara memukul ibu kandungnya itu menggunakan tangan hingga menyebabkan mangsa mengalami lebam di bahagian mata sebelah kiri.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3 petang, 18 Oktober lalu di sebuah rumah di Jalan Pujut Adong 1 di sini.
   
Selain itu, tertuduh turut didakwa  mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat iaitu dengan sengaja merosakkan barangan milik ibu kandungnya.
   
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan ditempat yang sama.
   
Hasil siasatan lanjut polis mendedahkan sebelum kejadian, tertuduh telah mengamuk dan dengan sengaja memotong wayar dekoder Astro serta kerusi plastik di ruang tamu milik ibunya.
   
Tidak cukup dengan itu, tertuduh turut bertindak memukul ibunya dengan tangan hingga menyebabkan mangsa mengalami lebam di bahagian mata sebelah kiri.
   
Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 7.40 malam, 18 Oktober di halaman sebuah rumah di Jalan Pujut Adong 2, polis telah menangkap tertuduh kerana disyaki terlibat dalam kes ini.
   
Dalam percakapan beramarannya yang dirakam polis, tertuduh mengaku telah melakukan kesalahan tersebut kerana dipengaruhi alkohol.
   
Bagi kesalahan pertama, tertuduh dikenakan hukuman penjara 10 bulan. Manakala bagi kesalahan kedua, dia didenda RM3,500 atau lapan bulan penjara.
   
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.




utusanborneo.com.my/2021/10/22
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 10:38 PM | Show all posts
elokla sumbat dalam penjara
perangai tak macam orang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2021 10:47 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-10-2021 02:38 PM
elokla sumbat dalam penjara
perangai tak macam orang

sejak lepas dah pkp ni mcm2 berita
kes pukul, bunuh, eksiden sana sini
hurmmm semoga kita yang masih sedar ni
kena sentiasa berhati2


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.054103 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list