View: 1047|Reply: 2
|
[Sarawak]
Lelaki curi tiga tin susu formula dipenjara sebulan
[Copy link]
|
|
MIRI: Padah mencuri tiga tin susu formula dari sebuah premis menjual barangan penjagaan kecantikkan dan kesihatan, seorang penjenayah tegar dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret.
Suhaili Philip, 24, dari Bukit Pantar, Roban, Saratok telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh mencuri tiga tin susu formula untuk orang dewasa jenama Ensure Gold bernilai RM294 milik sebuah premis yang diletakkan di bawah jagaan Maureen Banat.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.01 petang, 11 September lalu di sebuah premis yang menjual barangan penjagaan kecantikan dan kesihatan di kawasan Miri Times Square di sini.
Perbuatan tertuduh telah dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang ditempat kejadian.
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistet Leona Dominic Mojiliu.
utusanborneo.com.my/2021/10/22
|
|
|
|
|
|
|
|
kes2 gini cpt bicara jatuh hukum tros...x smpai sebulan...terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau curi susu bayi mungkin sebab terdesak. Tapi susu utk org dewasa, sampai 3 tin pulak tu.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|