CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 907|Reply: 0

[Sarawak] Padah mengamuk dan rosakkan lif, lelaki didenda RM1,500

[Copy link]
Post time 22-10-2021 10:13 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki yang mengamuk dan merosakkan lif di sebuah pusat kuarantin di sini didenda RM1,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.
   
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar ganti rugi berjumlah RM2,100 kepada pemilik bangunan tersebut dan sekiranya gagal, dia boleh dikenakan tambahan penjara seminggu.
   
Roy Jefferson Adin, 34, dari Quadruplex Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
   
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan perbuatan khianat dengan sengaja menendang lif di sebuah bangunan milik Lim Beng Hiong hingga rosak dan menyebabkan kerugian berjumlah RM2,100.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.40 pagi, 18 September lalu di Pusat Kuarantin PKRC Pujut, Jalan Miri-Bypass di sini.
   
Hasil siasatan lanjut mendapati semasa kejadian, tertuduh telah mengamuk dan bertindak merosakkan lif di pusat kuarantin tersebut kerana marah setelah permintaannya untuk mendapatkan semula rokok yang dirampas kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pusat  berkenaan tidak dilayan.
   
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.


utusanborneo.com.my/2021/10/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.042431 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list