CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 0

[Sarawak] Ular tedung 'lawat' penghuni wad isolasi COVID-19

[Copy link]
Post time 22-10-2021 09:54 PM | Show all posts |Read mode


Ular tedung terbabit berjaya ditangkap.

LIMBANG: Penghuni wad isolasi COVID-19, Hospital Besar Limbang cemas apabila seekor ular tedung hitam menyelinap masuk ke wad itu pada Khamis.

Bagaimanapun anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bertindak pantas dengan menangkap reptilia sepanjang satu kaki lengkap memakai perlindungan peribadi (PPE) sebaik menerima panggilan jam 6.31 petang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang  Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pasukan Bomba menggunakan PPE yang lengkap sebelum masuk untuk operasi menangkap ular tersebut.

“Setelah pasukan bomba masuk ke dalam wad, ular telah lari keluar melalui lubang pintu dan berjaya di tangkap di luar kawasan wad menggunakan penjerut,” katanya kepada media hari ini.

Mohd Hazmin berkata selesai operasi menangkap ular, pasukan Bomba membuat nyah cemar di lokasi dan PPE telah di buang ke sisa klinikal di wad tersebut.

Operasi menangkap ular dilakukan dalam tempoh kurang 30 minit dan selesai operasi pasukan Bomba bertolak balik ke balai jam 6.56 petang.

Operasi dilakukan sepasukan anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Mohd Ismail Assan membabitkan sebuah kenderaan.


utusanborneo.com.my/2021/10/22

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.507277 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list