CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1217|Reply: 5

[Sarawak] Pekerja kontrak maut digilis jentera perata jalan

[Copy link]
Post time 22-10-2021 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-10-2021 01:44 PM



Lokasi mangsa menjalankan kerja meratakan aspal jalan sebelum digilis oleh jentera perata jalan di Jalan Johari Sunam pada petang Khamis.

BINTULU: Seorang pekerja kontrak maut digilis jentera perata jalan (tyre roller) semasa menjalankan kerja meratakan jalan di kawasan Jalan Johari Sunam sekitar jam 5.15 petang, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa maut dikenali sebagai Jeffry Jaya, 17, berasal dari Kampung Pasir Lutong, Miri.

Sejurus kejadian katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Bintulu, namun tidak berjaya diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika menerima rawatan di wad kecemasan.

Menurut Alexson, siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian, jentera yang dikendalikan oleh seorang lelaki tempatan berumur 57 tahun itu sedang melakukan kerja-kerja meratakan tar jalan.

"Pengendali jentera terbabit bagaimanapun tidak menyedari akan kehadiran mangsa yang ketika itu sedang menjalankan kerja meratakan aspal jalan di hadapan lalu tergilis badan mangsa," ujarnya.

Katanya, setelah terdengar jeritan oleh rakan kerja mangsa yang lain, maka lelaki terbabit bertindak memberhentikan jentera yang dipandunya itu dan mendapati mangsa sudah berada pada bahagian bawah jentera.

Beliau berkata, pihaknya hanya menerima makluman berhubung kejadian pada jam 9.40 malam iaitu selepas hampir lima jam kejadian.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


utusanborneo.com.my/2021/10/22

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 09:45 PM | Show all posts
allahuakbar
sebab tu buat kerja berat kena ada yang monitor aka supervisor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2021 09:52 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-10-2021 01:45 PM
allahuakbar
sebab tu buat kerja berat kena ada yang monitor aka supervisor

mau trauma rakan kerja yang tengok kejadian
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 04:08 AM | Show all posts
mende tu dahla slow...pastu driver kena tgk depan lh kan...nape x nmpak kwn tu yer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 12:30 PM | Show all posts
Aduhaiiii... jd cam lempeng ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin pemandu tak nampak mangsa sebab malam kelam, aspal tar tu pun hitam, mangsa tak pakai jaket memantulkan cahaya dan kemungkinan juga pemandu tengok henpon.

Mungkin la.... Apa pun dah ketentuan yg maha esa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.043290 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list