CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1079|Reply: 2

[Pulau Pinang] Kilang proses belacan, tauhu dicemari najis tikus

[Copy link]
Post time 20-10-2021 09:26 PM | Show all posts |Read mode
Kilang proses belacan, tauhu dicemari najis tikus[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 20, 2021 @ 4:07pm[email protected]


Anggota penguat kuasa BKKM JKNPP menunjukkan najis tikus yang ditemui dalam serbuan ke atas dua kilang, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD



BUTTERWORTH: Dua kilang memproses produk belacan tradisional di Sungai Puyu dan tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, dekat sini, diarah tutup selama dua minggu selepas premis terbabit didapati berada dalam keadaan kotor termasuk dicemari najis tikus.

Dalam serbuan dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP), bermula kira-kira jam kira-kira jam 10 pagi tadi, najis tikus ditemui dalam stor penyimpanan kedua-dua produk berkenaan.

Keadaan di kilang memproses belacan yang menjemur produk itu di atas lantai. - NSTP/DANIAL SAAD

Malah, hasil pemeriksaan di kilang tauhu itu mendapati produk terbabit diletakkan di tempat tidak sewajarnya, manakala pekerja di premis memproses belacan pula dilihat seakan-akan 'terpijak' produk berkenaan yang hanya dijemur di atas lantai.

Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid, berkata pihaknya bersama Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menyerbu kedua-dua premis berkenaan selepas membuat risikan sejak kira-kira empat minggu lalu.

Keadaan tempat memproses tauhu di kilang yang diserbu, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD

Dalam serbuan pertama membabitkan kilang memproses tauhu, beliau berkata, persekitaran premis terbabit didapati kurang memuaskan, termasuk dari segi kebersihan dalam pengendalian makanan yang dikeluarkan, selain ada pekerja dikesan tidak mendapatkan suntikan tifoid.

"Keadaan sama didapati turut berlaku di premis kedua membabitkan kilang memproses belacan dengan persekitaran tidak bersih, peralatan memproses juga kotor, dan pekerja tidak mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) yang sesuai untuk mengendalikan produk.

"Pelabelan dan penggunaan logo halal pada produk belacan terbabit juga didapati meragukan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Wazir memaklumkan, pihaknya pernah menyerbu kilang tauhu yang sama kira-kira dua bulan lalu melalui operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

"Kilang terbabit dipercayai beroperasi sejak 10 tahun lalu dan mempunyai lesen perniagaan yang sah.

"Bagaimanapun, kilang memproses belacan itu disyaki beroperasi tanpa lesen sejak lima tahun lalu dengan berselindung di sebalik sebuah kilang lain yang memproses gaharu," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya mengeluarkan tujuh kompaun berjumlah kira-kira RM12,000 atas pelbagai kesalahan.

"Selain itu, kita juga menutup kedua-dua premis terbabit selama dua minggu bermula hari ini, mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 untuk kerja pembersihan dilakukan," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2021 10:22 PM | Show all posts
Edited by kerisnaga at 20-10-2021 10:32 PM

gambar dari sinar harian




- kilang bukan bumiputera
- terletak di sg puyu



Mohd Wazir menunjukkan kain buruk yang ditemui dipercayai digunakan untuk membalut tauhu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2021 10:28 PM | Show all posts
hasil gugel

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064620 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list