CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 593|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada unsur jenayah babitkan kematian kanak-kanak jatuh hotel

[Copy link]
Post time 19-10-2021 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Tiada unsur jenayah babitkan kematian kanak-kanak jatuh hotel[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Anggota polis forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian di sebuah hotel di Tanjung Bungah hari ini. FOTO MIKAIL ONG



Georgetown: Kematian kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dipercayai terjatuh daripada bangunan hotel di Tanjung Bungah di sini, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Nur Airis Hafeeya Faizal meninggal dunia akibat parah selepas terjatuh daripada tempat tinggi.

"Ia juga konsisten dengan hasil siasatan polis. Tiada unsur jenayah namun polis masih menjalankan siasatan bagi mencari punca sebenar kejadian.

"Mayatnya juga sudah dituntut ahli keluarganya," katanya di hubungi hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan, polis menerima maklumat berhubung kejadian jam 12.20 tengah hari.

Pada kejadian itu, Nur Airis Hafeeya bersama keluarganya dari Sungai Sungai Petani, Kedah yang sedang bercuti, menginap di hotel berkenaan.

Ketika mereka bersiap hendak naik ke bilik selepas mandi di kolam renang, mangsa dikatakan meluru masuk ke dalam lif.

Keluarga yang mencarinya kemudian menemukan mayat kanak-kanak itu di tingkat satu hotel berkenaan.

Disiarkan pada: Oktober 19, 2021 @ 5:29pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.045779 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list