CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 6

[Sarawak] Isteri lapor polis suami larikan diri tanpa berpakaian

[Copy link]
Post time 19-10-2021 10:50 AM | Show all posts |Read mode
MIRI: Seorang wanita terpaksa membuat laporan polis setelah suaminya melarikan diri dari rumah tanpa berpakaian.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata berdasarkan laporan wanita berkenaan, suaminya bertindak demikian setelah mengamuk di rumah.

Wanita tersebut menyatakan suaminya kemungkinan mengalami tekanan jiwa.

“Laporan polis dibuat untuk memohon bantuan dari pihak polis mencari suaminya kerana khuatir perkara yang tidak ingini berlaku kepada suaminya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hakemal berkata, berpandukan kepada laporan yang dibuat, pihak polis telah mengarahkan unit peronda MPV dan Unit Cegah Jenayah  (RCJ) Balai Polis Lapangan Terbang Miri untuk mengesan lelaki tersebut.

Namun katanya, lelaki itu telah pulang ke rumah  sekitar jam 10 pagi.

Sementara tu tular satu rakaman video di Facebook hari ini, yang menunjukkan seorang lelaki tanpa pakaian berkeliaran di tempat awam di Jalan Kuching, Taman Tunku di sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai org ada masalah mental. Yang risaunya kalau dibiarkan tanpa rawatan boleh membahayakan diri mereka dan juga orang disekeliling.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh bayang perasaan isteri dia.. Nak halang tak terdaya.. Terpaksa minta bantuan.. Zaman mencabar.. Sentiasa ingatkan diri jangan belanja sesuka hati.. Beza kan the needs and the wants.. Kena simpan duit jaga kesihatan.. Kalau tak boleh dapat stress melampau..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa laa pegi viralkan video org yg bermasalah mcm ni.Kesian betul.Semoga dipermudahkan urusan untuk keluarga ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa laa selalu sangat viralkan...tak censored plak tu kadang tu...kalo org tu sihat akal fikiran molek takde nye nak berbogel depan org ramai mcm tu...lain laa kalo flasher

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 11:23 AM | Show all posts
suami mengamuk sebab isteri masak sayur asam tak mahu campur belacan ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2021 09:30 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-10-2021 03:23 AM
suami mengamuk sebab isteri masak sayur asam tak mahu campur belacan ke?

mungkin ada masalah.. kalo dah mcm ni mmg dah teruk sgt
tu kalo pasangan tiba2 diam.. bawak2lah berbincang
ada masalah kongsilah bersama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.052788 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list