CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang mula pemberian suntikan dos penggalak hari ini

[Copy link]
Post time 18-10-2021 07:31 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang mula pemberian suntikan dos penggalak hari ini[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]


Chow Kon Yeow



Georgetown: Pulau Pinang memulakan pemberian suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada petugas barisan hadapan secara berperingkat mulai hari ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, seramai 17,051 petugas barisan hadapan di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) layak menerima suntikan dos penggalak berkenaan di fasiliti kesihatan di negeri ini.

"Buat masa ini, bekalan vaksin Comirnaty bagi negeri Pulau Pinang adalah mencukupi untuk pelaksanaan pemberian dos penggalak berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, mengikut laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) sehingga 12 tengah malam semalam, kadar vaksinasi dos pertama bagi populasi dewasa di Pulau Pinang mencapai 100.8 peratus manakala 96.3 peratus sudah lengkap dua dos.

"Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan remaja pula, sehingga tempoh masa sama, pencapaian bagi dos pertama adalah sebanyak 87.3 peratus dan daripada jumlah itu 17 peratus sudah lengkap dua dos.

"Pelbagai usaha masih giat dijalankan dan kepada mereka yang layak dan masih belum menerima sebarang suntikan sila segera 'walk-in' ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum 30 Oktober ini," katanya.

Berhubung laporan data atau kes harian Covid 19 di Pulau Pinang, Kon Yeow berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi jumlah yang dilaporkan adalah yang terendah sejak lima minggu lalu.

"Malah secara keseluruhan, trend kini menunjukkan penurunan. Bagaimanapun, kerajaan negeri bersama-sama JKNPP memandang serius dan memberi perhatian khusus terhadap perkembangan enam kluster membabitkan pusat jagaan warga emas," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 18, 2021 @ 6:55pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.184938 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list