CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Pulau Pinang] Keretapi Bukit Bendera rosak, 180 pengunjung terkandas

[Copy link]
Post time 15-10-2021 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Keretapi Bukit Bendera rosak, 180 pengunjung terkandas
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 15 Oktober 2021



Kereta api funikular Bukit Bendera mengalami kerosakan pada jam 2.10 hingga 4.15 petang Jumaat.


GEORGETOWN - Perkhidmatan kereta api funikular di Bukit Bendera mengalami gangguan menyebabkan seramai 180 pengunjung termasuk pelancong terkandas selama dua jam pada Jumaat.


Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) berkata, perkhidmatan di pusat peranginan itu mengalami kerosakan pada jam 2.10 hingga 4.15 petang.


"Susulan kerosakan itu, perkhidmatan kereta api funikular di Bukit Bendera telah mengalami gangguan selama dua jam. Seramai 180 pengunjung termasuk pelancong terkandas.


"Bagaimanapun, ia beroperasi semula seperti biasa selepas dua jam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


PBBPP menjelaskan, kejadian berlaku apabila berlaku masalah pada sistem yang kemudian mengaktifkan mekanisme keselamatan.


Katanya, ia menyebabkan sistem brek funikular dihidupkan agar menghalang kereta api itu daripada bergerak.


"Kita telah berusaha untuk membawa semua pengunjung yang terkandas ke stesen bawah oleh pasukan operasi PBBPP dengan kerjasama servis jip Persatuan Penduduk Bukit Bendera.


"Kami memohon maaf dan berterima kasih kepada semua pengunjung serta penduduk di atas kesabaran mereka," katanya.


Sementara itu, Pengurus Besar PBBPP, Datuk Cheok Lay Leng berkata, kerosakan itu bukan disebabkan brek trek tidak berfungsi, sebaliknya sistem telah mengaktifkan mekanisme keselamatan.


Ketika kejadian, katanya, sebahagian pengunjung berada di dalam kereta api dan sebahagian lagi sedang beratur dari stesen atas untuk turun ke bawah.


"Kita telah memindahkan mereka mengikut prosedur kecemasan ke stesen terdekat atau tempat paling selamat untuk mengenal pasti selain menyelesaikan masalah tersebut.


"Pengunjung yang telah membeli tiket tetapi tidak dapat sempat untuk menikmati perjalanan pada Jumaat, boleh kembali semula pada Sabtu untuk menaiki kereta api. Sekiranya mereka tidak mahu, kita akan mengembalikan semula wang mereka," ujarnya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... engunjung-terkandas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.453549 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list