View: 389|Reply: 0
|
[Sarawak]
Program "Car Rubbish Bag"
[Copy link]
|
|
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini telah mengadakan program pengagihan ‘Car Rubbish Bag’ bertempat di PETRONAS Telaga Tiga Petrajaya dan SHELL Petrajaya (Costa Coffee).
Sejumlah 400 unit ‘Car Rubbish Bag’ telah diagihkan di kedua-dua stesen minyak sempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching 2021 yang telah dilancarkan secara ‘virtual’ pada 17 Julai 2021.
Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching 2021 merupakan inisiatif baharu DBKU untuk meningkatkan visilibiti bandaraya Kuching khususnya di Kuching Utara sebagai bandaraya yang bersih melalui perkhidmatan terbaik dengan adanya inklusiviti warga bandaraya yang dinamik selain meningkatkan kesedaran warga kota tentang pentingnya menjaga kebersihan bandaraya.
‘Car Rubbish Bag’ ini bolehlah disimpan di dalam setiap kenderaan untuk mengurangkan pembuangan sampah sarap secara sesuka hati di merata tempat sekaligus memupuk sikap bertanggungjawab dalam merealisaikan usaha dan impian membentuk Bandaraya Kuching yang Cantik, Bersih, Selamat, Pintar dan Lestari (CBSSS).
Majlis penyerahan ‘Car Rubbish Bag’ telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datu Haji Junaidi Haji Reduan, Datuk Bandar Kuching Utara kepada Encik Azaidie Bin Selli, Ketua Runcit Wilayah, Jabatan Jualan Runcit & Operasi PETRONAS Wilayah Sabah & Sarawak dan Puan Laura Hartini, Pengusaha Stesen Minyak SHELL Petrajaya (Costa Coffee).
Turut hadir bersama ialah Encik Rudzaimeir Malek, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Encik Henable Henry, Ketua Bahagian Kesihatan dan Persekitaran DBKU, Puan Hajah Nur Khatizah Binti Abdullah, Pengusaha PETRONAS Telaga Tiga Kuching Utara serta pengurus-pengurus pemasaran PETRONAS Wilayah Sarawak.
PEMANGKU PENGARAH
DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|