View: 313|Reply: 0
|
[Sarawak]
Sarawak beli enam mesin hemodialisis
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 14-10-2021 09:47 PM
Enam mesin hemodialisis dibeli secara tender tahun ini untuk diletakkan di enam hospital di seluruh Sarawak dengan jumlah keseluruhan pemberian adalah RM249,000.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata dua daripada mesin itu diletakkan di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan dan masing-masing satu di Hospital Dalat, Saratok, Sarikei dan Marudi.
Katanya, sumbangan mesin tersebut adalah daripada Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BPBP) yang merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban pesakit buah pinggang di Sarawak yang memerlukan rawatan untuk penyakit buah pinggang.
Beliau berkata demikian selepas penyerahan mesin itu di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan semalam.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|