CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3955|Reply: 16

Mari kita boikot barang tak guna bahasa melayu!mari mulakan dengan colgate!

[Copy link]
Post time 15-6-2010 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Isyarat kepada yang tidak hormati bahasa Melayu - Gunakan hak dan kuasa beli orang melayu yang semakin besar .....

RAKYAT bukan Melayu negara ini termasuk juga pelbagai syarikat dalam negara berterusan saja memperlekehkan bahasa Melayu.

Terakhir ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan ubat gigi yang terkenal dalam negara ini, ia itu Colgate. Syarikat ini sejak beberapa hari kebelakangan ini gah dengan produk terbarunya untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif.

Pada kotaknya tertera 'rujuk risalah dalam pek untuk maklumat terperinci'. Walau pun kenyataan ini kecil daripada keterangan dalam bahasa Inggeris ia masih boleh dapat diterima. Tetapi dari penggunaan bahasa Melayu ini berbanding dengan penggunaan bahasa Inggeris sudah cukup jelas menunjukkan sikap syarikat ini terhadap bahasa Melayu.

Tetapi apabila membuka pek ubat gigi itu dan melihat risalah yang disediakan di dalamnya mengukuhkan lagi kesangsian terhadap pandangan syarikat ini terhadap bahasa Melayu. Risalah yang disediakannya itu hanyalah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Satu patah perkataan Melayu pun tidak ada dalam risalah itu dan menunjukkan betapa ia cuba mengabui orang Melayu.

Apakah yang boleh kita simpulkan daripada tindak tanduk syarikat ini? Apakah ia tidak menunjukkan bagaimana ia tidak sedikit pun menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Bukankah ia adalah bahasa negara ini yang sepatutnya sudah digunakan oleh seluruh rakyat negara ini.

Kalau pun ramai daripada rakyat bukan Melayu negara ini tidak menghiraukan penggunaannya, sebagaimana sepatutnya, hampir 70 peratus daripada rakyat negara ini sememangnya mendaulatkannya. Apakah isyarat yang hendak diberikan syarikat ini terhadap penggunaan bahasa Melayu?

Kalau beginilah sikapnya, apakah kita rakyat negara ini khasnya orang Melayu masih terus mahu menyokong produk syarikat ini? Umum mengetahui syarikat-syarikat seperti ini amat mementingkan keuntungan dan satu cara bagi kita menunjukan bantahan ialah dengan tidak membeli produknya.

Orang Melayu kini sudah mempunyai kuasa membeli dan semestinya menggunakan kuasa yang ada pada kita dengan berhemah, ia itu dengan memboikot saja produk mana-mana syarikat yang tidak menghormati kedudukan bahasa negara ini.

Sebelum ini pun, beberapa syarikat perumahan telah juga mengedarkan risalah mengenai rumah yang mereka sedang bina hanya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Yang menghairankan risalah-risalah itu diedarkan kepada penduduk sekitar Shah Alam di mana hampir 90 peratus daripada penduduknya adalah orang Melayu.

Sebelum itu, akhir tahun lalu salah satu syarikat pengeluaran syampu rambut pernah menyediakan iklan syampunya itu di eskalator pasar raya Tesco juga di Shah Alam hanya dalam bahasa Mandarin. Selepas ditegur iklannya itu sudah ditukar dengan tidak menggunakan apa-apa pun tulisan kecuali namanya sahaja yang ditulis dalam rumi.

Tidak berapa lama kemudian sebuah syarikat cermin mata yang juga di Shah Alam telah mengedarkan risalahnya hanya dalam bahasa Mandarin saja.

Apakah yang boleh kita simpulkan daripada sikap angkuh syarikat-syarikat ini? Apakah kini sudah ada semacam suatu usaha dari masa kesemasa untuk menguji orang Melayu terhadap penggunaan bahasa Melayu? Apakah syarikat-syarikat ini tidak tahu yang mereka beroperasi di Malaysia di mana bahasanya ialah bahasa Melayu. Bolehkah kita bayangkan mereka ini tidak menggunakan bahasa Thai di negeri Thai atau bahasa Jepun di Jepun.

Kalau demikian halnya kenapakah di Malaysia mereka begitu mudah perlekehkan bahasa negara ini?

Maka itulah masanya sudah tiba bagi kita rakyat negara ini khususnya orang Melayu menunjukkan perasaan tidak senang kita terhadap anasir-anasir begini dengan memboikot terus produk mereka. Tindakan begini saja yang mereka ini faham.

REJAL ARBEE

Shah Alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2010 11:15 AM | Show all posts
dah lame tak gune colgate.. skang gune mukmin ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 11:53 AM | Show all posts
aku pun dah lama x guna colgate...aku guna darlie....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 12:01 PM | Show all posts
dah long long long time tak guna colgate...last guna colgate tahun 1994...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 02:33 PM | Show all posts
tak pernah guna colgate
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 02:42 PM | Show all posts
aku pn tak guna colgate..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2010 02:44 PM | Show all posts
ai lagi suka guna fresh n white
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 03:38 PM | Show all posts
korunk tak guna colgate tak semestinya beli ubat gg Melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2010 09:45 AM | Show all posts
dah long long long time tak guna colgate...last guna colgate tahun 1994...
AnisSuraya Post at 16-6-2010 12:01


aku guna colgate la... tapi sbb tak byk brand yg kuarkan utk gigi sensitive pro-relief selain colgate & sensodyne..



kalau t/paste utk gigi sensitive biasa tu mmg byk jenama ada...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 12:37 PM | Show all posts
ai lagi suka guna fresh n white
cik.panda Post at 16-6-2010 14:44

aku pung...
before dis mmg guna colgate tp sbb rasa dia x best mcm
dulu2 tu yang bertukar ke fresh n white pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 02:27 PM | Show all posts
aku pung...
before dis mmg guna colgate tp sbb rasa dia x best mcm
dulu2 tu yang bertukar ke fre ...
arenis Post at 17-6-2010 12:37



   ai suka fresh n white yang gel tuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 04:02 PM | Show all posts
dah lama tak guna colgate....hnaya guna mukmin...
boikot colgate.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 08:27 AM | Show all posts
Aku dari zaman bebudak tak guna colgate...tapi bila pindah Kedah ni, semua ubat gigi jadi colgate...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 12:10 PM | Show all posts
darlie pun sama...langsung tak ada bahasa melayu.bahasa cina dgn english jo..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 04:14 PM | Show all posts
guna safi...ada rasa oren
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 09:53 PM | Show all posts
aku guna mukmin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2010 11:16 PM | Show all posts
Ni apa cite psl obat gigi plak ni..??

Kenapa jadi macam ni? Sebab semua makan gaji buta & lembab nak mamposs. Pastu takde usaha nak martabatkan bahasa Melayu itu sendiri. Setakat ni korang penah dengar kompeni kena saman sebab penggunaan bahasa??

Dulu ingat tak kes2 taik ayam pasal papan tanda niaga dengan bahasa rojak? Masa tu wah kemain lagi start saman itu ini. Sekarang..??Harammmmmmmmmmmm.... Bila takde usaha nak martabatkan bahasa Melayu, sape nak respek..Bila dah suam2 kuku, macam biasalah bahasa Melayu dilacurkan malah diperlekehkan..

Aku sampai sekarang tak paham apa fungsi DBP ni..Bahasa Melayu dimodenkan konon tapi aku nampak Bahasa Inggeris yang dimelayukan..contoh

Fi = Yuran (dr perkataan fee. Hina sgt ke guna perkataan yuran..??)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.577423 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list