CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2729|Reply: 2

Artikel: Taib Mahmud gagal menangkis gelombang perubahan

[Copy link]
Post time 4-6-2010 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10851

Taib Mahmud gagal menangkis gelombang perubahan
Zhang Nian Sheng | Jun 04, 2010 04:47:25 pm

Nasib SUPP selepas PRK Sibu (Bahagian pertama)


Sudah lebih daripada 50 tahun SUPP (Sarawak United People's Party) bertapak di Sarawak.  Pada tahun 1970, SUPP bertukar landasan politik dari pembangkang ke pemerintah, dan terus terendam dalam sistem yang korup sepenuhnya.  Kerakusan dan ketagihannya terhadap kuasa kini sudah menjangkau tahap yang ketara.


Pada masa yang sama, untuk mengekalkan kedudukan dan pangkat pimpinan tinggi dalam parti, SUPP melakukan segala yang boleh untuk mengampu Ketua Menteri Taib Mahmud (gambar kanan) yang sudah 29 memerintah di Sarawak.  SUPP berpeluk tubuh pada ketika hak dan kepentingan komuniti Cina tercabul, menjadikan parti yang paling bersejarah di Sarawak ini semakin kehilangan sokongan rakyat.


Pilihan raya negeri 2006


Pilihan raya negeri pada 20 Mei 2006, penduduk bandar mula menggunakan undi dalam tangan untuk menentang agenda politik yang menentang suara rakyat.  Pilihan raya ini berakhir dengan kekalahan SUPP di Kuching, bahkan empat kawasan majoriti pengundi Cina telah ditembusi.  Malah, jawatan Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan yang selama ini dipegang SUPP, kini dilantik daripada kakitangan kerajaan berketurunan Cina.


Selain itu, gelombang perubahan bergelora di kawasan Bukit Assek dan Meradong, malah menular ke kawasan Pelawan, Dudong dan Repok, sehingga SUPP menang tipis di ketiga-tiga kawasan ini.  Sementara itu, tekad untuk mengembalikan kawasan Kidurong di Bintulu turut gagal, ketika berdepan dengan arus suara rakyat.



Loceng amaran telah berdering untuk SUPP selepas pertarungan 20 Mei 2006.  Buat kali pertama SUPP kehilangan Engkilili selepas peristiwa Ming Court pada tahun 1987.  Lantaran daripada itu, parti politik yang berasaskan kaum Cina ini semakin tersekat dalam rangka komuniti Cina.


PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana Chong Chieng Jen dari DAP mempertahankan kerusinya di Kuching, mematahkan serangan Sim Yaw Yen dari SUPP-BN dengan majoriti 9,952 undi.  Kemenangan ini menutup mulut SUPP, yang sebelum ini menuduh DAP menang di pilihan raya negeri 2006 dengan pendekatan menghasut sentimen pengundi.  Perlu diingatkan bahawa Chong Chieng Jen hanya menang dengan majoriti 2,041 undi dalam PRU pada tahun 2004.



Peralihan pengundi Cina Sarawak


PRK Sibu pada 16 Mei 2010 menyaksikan bagaimana SUPP yang dinaungi Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan UMNO, "memindahkan" kabinet kerajaan persekutuan dan negeri ke Sibu untuk menarik undi.  Namun, pertarungan sengit ini berakhir dengan penembusan kubu tradisional BN, malah memperlihatkan tsunami politik yang kini menuju ke utara.  Tapak SUPP di Sungai Rajang telah ditenggelami, dan tsunami kini mengarus ke arah sarang Presiden SUPP, George Chan Hong Nam (gambar kiri) di utara.


Pada tahun 1970-an, pengundi Cina Sarawak berpegang kepada pendirian "tidak memangkah selain SUPP".  Tetapi, SUPP kini bertukar menjadi "racun" undi.  Proses ini memperlihatkan bagaimana pengundi yang sebelum ini menaruh harapan tinggi, dikecewakan kemudiannya, dan kini berpatah hati.  Sememangnya, undi protes hari ini bukan terjadi dalam sekelip mata.


Bagaimanapun, SUPP tetap mempersalahkan pengundi Cina kerana "tidak mengenang budi".  Keluhan Wong Soon Koh dari SUPP, ketika ditemuramah wartawan sebaik diumumkan SUPP-BN tewas dalam PRK Sibu, "Saya tidak tahu apa yang pengundi Cina Sibu mahu!" menunjukkan apa yang sebenarnya bermain dalam minda pimpinan SUPP.  Malah, pemimpin parti ini masih bertanggapan bahawa segala pembangunan di Sarawak pada hari ini merupakan kurniaan SUPP dan BN, tanpa menyedari kereputan dalam parti dirinya, dan jaraknya yang semakin melebar dari rakyat.


Biarpun pengundi telah menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap parti ini melalui PRK Sibu, namun pimpinan SUPP masih mencari alasan untuk menghalalkan ketidakmampuan dirinya, kepincangan dasarnya dan penekanannya terhadap komuniti Cina selama ini.


Menekan dengan majoriti dalam DUN


Dua hari selepas PRK Sibu melabuh tirai, Chong Chien Jen dari DAP dan Dominique Ng dari PKR telah dilarang untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bersidang pada 18 Mei 2010, berikutan usul yang dibawa oleh pemimpin SUPP dan PBB.  Kemudian, ADUN Meradong-DAP, Ting Tze Fui pula dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan DUN, satu drama yang diusahakan oleh Wong Soon Koh di depan Pak Uban, Taib Mahmud.


Sejak tahun 2006, Wong Soon Koh membantu Taib Mahmud untuk menyingkirkan (menggantung) pembangkang dari DUN, dengan alasan yang remeh-temeh.  Chong Chien Jen (gambar kiri) menjadi mangsa pertama, dan diikuti dengan Richard Wong Ho Leng.  Kini, Chong Chien Jen dikenakan sekali lagi, dan Ting Tze Fui bakal menyusul kemudiannya.  Tindakan Wong Soon Koh cukup membeliakkan mata orang ramai.


Pada hakikatnya, sebelum pilihan raya negeri tahun 2006, satu-satunya ADUN pembangkang, Chiew Chin Sing turut mengalami nasib yang sama.  Chiew membangkitkan isu "China Doll" yang menyamar idenititi diri sebagai penuntut di sebuah kolej tempatan, tetapi terlibat dalam "pekerjaan lain".  Isu yang berkaitan dengan kepentingan awam ini tidak dipandang berat dalam DUN, sebaliknya Chiew disingkirkan dari DUN, setelah diusulkan Wong Soon Koh.  Dalam hal ini, Menteri PBB berterus terang dengan ADUN pembangkang, bahawa Wong Soon Koh memang pandai berlakon di depan master-nya.


Seterusnya, SUPP menggunakan pelbagai taktik untuk menghalang ADUN pembangkang daripada membangkitkan isu politik, termasuk meninggalkan DUN secara kolektif untuk menggagalkan pindaan Kanun Tanah yang diusulkan pembangkang.  Tindakan ini menonjolkan ketidakmampuan SUPP, pengecut, sekadar berani menekan pembangkang, tetapi bukan master-nya yang menekan komuniti Cina selama 29 tahun.  Bukan sahaja SUPP mendiamkan diri, malah membodek dan menyolek master-nya.


Ketika menangkis tuduhan pembangkang terhadap Taib Mahmud pada tahun 2009, Wong Soon Koh (gambar kanan) mengeluarkan kenyataan yang paling klasik, berbunyi "Kamu boleh tohmah saya, boleh tohmah SUPP, tetapi tidak boleh tohmah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak!"


*Zhang Nian Sheng ialah penulis yang menetap di Sarawak.  Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang, daripada teks asal MerdekaReview, edisi bahasa Cina yang disiarkan pada 31 Mei 2010.



Memandangkan ape yg berlaku di Sibu, harap2 Sarawak akn terus berubah dlm pilihanraya seterusnya. Hrp2 Sabah jua..haizz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 02:03 PM | Show all posts
SUPP berpeluk tubuh pada ketika hak dan kepentingan komuniti Cina tercabul,


Aku suka part ni je. Apa hak dan kepentingan cina yg tercabul? Aku tak tau sebab bagi aku dia org ni ok je bukan saja di sarawak malah seluruh negara pun. Sektor industri baik sederhana dan besar2an rasanya dia org yg menonjol.

Part KM kita tu... terpulang la pada org2 sarawak. Personally pun aku rasa dia harus berundur sebelum "diundurkan" oleh org swk secara majoriti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 05:19 PM | Show all posts
Aku suka part ni je. Apa hak dan kepentingan cina yg tercabul? Aku tak tau sebab bagi aku dia or ...
zach2008 Post at 8-6-2010 14:03

Ada lg part 2 bagi artikel ni: "SUPP bakal jadi Gerakan di Sarawak?" http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10854
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041244 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list