CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5966|Reply: 2

{{{KERATAN AKHBAR @ PETIKAN BERITA TENTANG NEGERI PAHANG}}}

[Copy link]
Post time 23-5-2010 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika ada berita-berita  menarik, dari keratan akhbar @ petikan berita sama ada dari surat khabar @ majalah @ online
tentang peristiwa atau apa-apa sahaja yang berlaku di PAHANG, bolehlah tepek dan kongsi sama-sama kita di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2010 06:03 PM | Show all posts
Berhenti kerja demi jaga suami

KUANTAN – Sedar tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, menuntut Norizan Othman, 34, mengambil keputusan untuk berhenti kerja semata-mata untuk menjaga suaminya, Junaidi Ibrahim, 35, yang terlantar sakit sejak setahun lepas.

Siapa sangka, sakit pinggang yang ditanggung Junaidi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sebenarnya memberi amaran bahawa dia bakal menjadi lumpuh.:

“Selepas kemalangan itu, suami saya sering mengalami sakit pinggang. Pada mulanya, saya fikir hanya sakit biasa. Pun begitu, setelah kerap mengalami kesakitan, saya membawanya ke Hospital Kemaman untuk mendapat rawatan lanjut.

“Ketika itu, doktor hanya memberikan ubat tahan sakit. Tiga, empat kali saya berulang-alik ke hospital, doktor masih memberikan ubat yang sama. Hinggalah satu hari suami saya diberi empat kali ubat tahan sakit,” kata Norizan yang sebelum ini bekerja di sebuah resort di Cherating.

Katanya, selepas menerima ubat tahan sakit yang terakhir, kaki kanan suaminya tidak boleh bergerak dan terpaksa ditahan di hospital.

“Apa yang membuatkan saya terkilan, suami yang pada mulanya normal bertukar menjadi lumpuh, tetapi doktor masih tidak dapat mengesahkan penyakit suami saya. Sebaliknya, dia menyuruh saya membawa suami pulang ke rumah.

“Tidak puas hati dengan penjelasan tersebut, saya mengambil keputusan untuk membawa suami ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Di situlah saya mendapat tahu bahawa sistem saraf suami telah dijangkiti kuman.

“Lebih menyedihkan, doktor sendiri tidak dapat memberi jaminan sama ada suami saya masih mempunyai peluang untuk kembali normal atau tidak. Hingga kini, hidupnya hanya bergantung pada ubat,” katanya.

Biarpun menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat dan wang Socso suaminya, namun belum cukup untuk mengembalikan kegembiraan keluarga ini.

“Saya bersyukur kerana masih ada golongan yang prihatin dengan keluarga kami. Tidak dinafikan, dalam keadaan sekarang, saya memerlukan wang bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga kerana saya tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Bagaimanapun, perasaan terkilan itu masih ada lebih-lebih lagi apabila anak saya, Nur Qurratu Aini sering bertanya bila ayahnya mampu berjalan. Tersentuh hati saya setiap kali dia bertanyakan soalan itu,” katanya.


kredit sinar harian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2010 06:05 PM | Show all posts
Pesakit paru-paru rayu bantuan

ULU CHEKA – Sepasang suami isteri yang menetap di Estet Kampung Perlok Ulu Cheka dekat sini merayu mana-mana pihak tampil membantu mereka yang hidup dalam kedaifan, dengan lima anak gagal bersekolah.

Noraida Miti, 30, berkata, kesusahan hidupnya sekeluarga semakin teruk semenjak lebih lima tahun lalu, apabila suaminya Mohd Safri Che Ghani, 33, mengidap penyakit tuberkulosis atau batuk kering di tahap yang teruk.

Menurutnya, suaminya kini tidak boleh bekerja berat untuk mencari rezeki dan menyara keluarga, dengan segala urusan itu terpaksa dilakukannya seorang diri untuk menyara lima lagi anaknya yang berusia antara dua hingga 12 tahun.

“Saya terpaksa menetap di estet dan bekerja keras untuk menyara keluarga namun pendapatan sedikit memaksa kami sekeluarga sentiasa mengikat perut untuk berjimat cermat.

“Kini saya juga sudah tidak lagi bekerja di estet berkenaan kerana kudrat yang ada tidak mampu memenuhi sasaran hasil sawit yang ditetapkan majikannya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Noraida berkata, berikutan kesempitan kewangan ditambah dengan penyakit suaminya itu, kesemua anaknya kini tidak bersekolah akibat kesempitan hidup yang semakin mendesak.

:Menurutnya, dia kini juga telah diarahkan keluar dari estet berkenaan dan terpaksa memulakan hidup baru di kawasan lain, mencari rumah tumpangan baru dengan pekerjaan yang lebih bersesuaian.

“Disebabkan tiada duit, saya terpaksa menghantar empat anak saya balik ke kampung dan menumpang tinggal bersama keluarga di sana, manakala hanya yang bongsu sahaja masih bersama saya.

“Kami sekeluarga amat susah kini ditambah pemeriksaan terbaru di hospital telah disahkan doktor bahawa penyakit suami saya sudah merosakkan hati dan paru-parunya,” katanya.

Dia berkata, kini tiada apa yang mampu dilakukan melainkan mencari perlindungan untuknya sekeluarga dan mendapatkan pekerjaan sesuai untuk terus menyara hidupnya.

Noraida yang dihimpit kesulitan itu juga merayu mana-mana pihak yang sudi membantunya, untuk menghubunginya di talian 013-9441620 atau sumbangan juga boleh dibuat di akaun Bank Islamnya iaitu 03072020842719.


kredit sinar harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067061 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list