CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: sueria_azlee

BILA CINTA HADIR-update page

[Copy link]
 Author| Post time 14-6-2010 02:06 PM | Show all posts
Dia kalih pandang pada along.Membalas renungan along seketika sebelum kalihkan pandangannya kehujung taman.

Mesti mama dah buka mulut tentang Shane pada along dan pastinya mama mahu along menasihatinya supaya memikirkan semula keputusan yang telah diambil.

“Nama dia Shane.Syed Hussein bin Syed Ariffin.Dia seorang pelukis.”akhirnya Kyra buka mulut tanpa mengangkat kepala.

Mengulang semula apa yang pernah diberitahu pada mama dan dia yakin along tentu masih ingat sebab along turut sama berada disitu.

“Pelukis?”Along angkat kening.Angguk.

“Mestinya seorang lelaki yang menarik.Kalau tak takkan Kay boleh jatuh cinta pada dia.”

Along,kalau along tahu betapa attractivenya Shane tu.Dia lelaki yang ada karisma yang tersendiri.

Dia bersahaja.Selamba.Sempoi tapi sangat mengambil berat.

Walau dia tidak seromantik Aidan,tidak bemakna dia seorang lelaki yang tidak memahami hati wanita.

Shane ada sepasang mata yang cantik.Senyum yang manis.Tapi itu bukan sebab dia jatuh cinta pada Shane.

Dia jatuh cinta kerana lelaki itu adalah dirinya sendiri.Shane tidak pernah mahu dia menjadi orang lain.Shane menerima dia seadanya.

“Kenapa tak bawa dia datang rumah?Boleh juga along berkenalan dengan dia.”

“Mama tak suka.Kay tak faham kenapa mama sungguh-sungguh membantah kali ini.Dulu mama pun tak berapa berkenan dengan Aidan tapi mama tak tunjuk pun yang mama tak suka.Yang mama bantah.”

“Adalah sebabnya tu.Mama ada beritahu kenapa?”

“Mama tak yakin Shane boleh tanggung hidup kami hanya dengan hasil melukisnya tu.Mama takut Kay akan hidup susah kalau Kay hidup bersama Shane.”

“Kay rasa macam mana..?”

“Along..kita bukan hidup zaman 70an,80an lagi.Kita hidup dizaman mellinium.Tak pernah ada orang yang mati tak cukup makan.Lagipun Kay yakin yang Shane akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.Kay yakin dia tak akan duduk tahap tu aja.”

Along terangguk-angguk.
“Kay tahu mama risau tapi tak ada benda yang perlu mama risaukan.”

“Mama sayang Kay sebab tu mama nak yang terbaik buat Kay.”

“Shane adalah lelaki yang terbaik buat Kay,along.Tak akan ada orang lain.”

“Kay,jangan terlalu ikut perasaan.Masa bercinta semua indah namun realiti yang akan dihadapi selepas berumah tangga tak sama fantasi dialam percintaan tahu.Memang along sokong apa saja keputusan yang Kay ambil..siapa saja yang Kay pilih tapi along juga mahu Kay fikir masak-masak dalam hal ni.Ajak Shane jumpa papa dan mama.Kita tengok apa yang akan berlaku selepas itu.”












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2010 02:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by sueria_azlee at 14-6-2010 14:15

CHAPTER 10

Pandangannya bagai nak tembus skrin desktop diatas meja.Fail-fail yang bertimbun didalamtray in tidak dipedulikan sejak pagi tadi.Yang mana sudah dimasukkan dalam try out sudah diambil oleh Ina tadi.

Hari ini dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kerja yang dilakukan.Dia lebih banyak termenung memikirkan tentang pertengkarannya dengan Shane semalam.

“Kenapa Kay.Parents you tak boleh terima I sebab I seorang pelukis.?”

“Bukanlah macam tu.”

“Then,kenapa you minta I fikirkan semula apa yang I buat.You tahukan I suka melukis.Masakan I boleh menukar kerjaya I sekarang pada sesuatu yang I tak suka lakukan.”

“Shane,I cuma minta you fikirkan semula.I tak suruh you tukar kerja you sekarang ni.”

“Sama ajakan.”

Kyra kematian kata.Dia mahu pujuk Shane dulu sebelum bawa Shane jumpa keluarganya namun tak sangka pula Shane menolak mentah-mentah.

“I nak you terima I seadanya Kay sebagaimana I terima you.”

“I just nak you think about our future Shane.”

“Jadi you ingat kerja macam I ni tak ada masa depan?Itu maksud you.”

“Shane..bukan itu maksud I.”

“Then tell me.Apa maksud you sebenarnya.?”

Dan perlahan-lahan dia berterus terang pada Shane tentang mama yang keberatan menerima Shane hanya kerana Shane seorang pelukis.

Dan bagaimana hubungannya dengan mama tidak semesra dulu disebabkan dia tidak setuju dengan pendirian mama.

Mama masih berkeras menolak hubungan mereka dan dia sendiri buntu bagaimana nak menyelesaikan kemelut yang sedang melanda ni bak kat pepatah.Menarik rambut dalam tepung,tepung jangan tumpah tapi rambut jangan putus.

Macam mana dia nak buat macam tu..

“Kay..nanti kau kena ikut boss pergi jumpa supplier..”suara Ina membawa dia kealam nyata.Shane hilang dalam ingatan tapi tidak dalam hatinya.

“Supplier mana pulak ni..?”soalnya tidak senang.

Hari ni dia betul-betul tak ada mood nak pergi jumpa siapa-siapa pun.

“Packaging supplier.Hari tu kau yang buat negotiable dengan dia orang kan.Boss nak minta reduce price lagi sebab material packaging kan dah turun harga.Since kau yang pernah nego dengan dia orang,boss nak bawak kau sekali.Ni fail untuk supplier tu.Aku dah compilekan semua details dalam ni..”

“Thanks Ina.”Fail yang Ina hukurkan dia selak satu persatu.Sehelai demi sehelai demi memastikan tidak ada satu pun yang tertinggal.

Segala quotation,negotiate email dan sebagainya semua dicompilekan dalam satu fail dan dilakukan untuk setiap supplier,customer dan juga customer yang ada.Mengikut standard ISO yang telah dipaternkan dalam Training Manual syarikat.

“Are you ready Qaleshya.?”tegur En Rasyid mengejutkannya.

“Kita dah nak pergi ke boss.?”

“If you are ready,why not.”

Dia pandang Ina yang sudah menyingai sambil mengangkat bahu.Fail yang Ina beri tadi dia capai bersama buku nota yang sentiasa menemaninya dipejabat.Langkah diatur pantas menyaingi En Rasyid yang sudah berada diluar.

Perbincangan dengan Western Lion tidak mengambil banyak masanya dan Encik Rasyid.Hasil dari perbincangan supplier setuju untuk menurunkan lagi 2% harga packaging material.Itupun dia dapat rasakan agak susah untuk supplier membuat keputusan.

Tapi persaingan sekarang memang sengit.Dimana-mana saja ada business yang sama.Jika company A tidak dapat memenuhi apa yang dimahukan,boleh saja cari company B atau C.

“Kita nak kemana ni boss..?”soal Kyra sedikit hairan bila en Rasyid memandu terus menuju ke lebuhraya dan bukannya membelok sebaik sampai ke simpang ke arah Cheng.

“Kita pegi AKCC sekejab.Saya nak jumpa kawan saya.Kita lunch dekat club house AKCC aja boleh.?”

Dia hanya angguk.Tak kisah lah mana-mana pun boleh makan.Janji perut kenyang sebab jam di dashboard INNOVA En Rasyid sudah menunjukkan angka 1.30 petang.Patutlah perutnya dah beri tanda.

Dulu dia kerap kesini.Bukan apa sekadar mengikut along memperbaiki swingnya di driving range.Kadang kala duduk menikmati makan tengah hari bersama Aidan di Club House.

Makan tengah hari mereka hari itu disertai lagi 3 orang kawan En Rasyid yang mana dia dapat simpulkan sama seperti bossnya juga.Kaki golf.

Perbincangan mereka juga lebih terarah pada perkara-perkara yang berkaitan tentang golf dan nasiblah dia tahu serba sedikit,boleh juga dia menyampuk.Kalau tidak haruslah mati kutu.

“Next time you join uslah Qaleshya..”

“Saya kalau setakat nak pukul bola tu tak ada masaalah tapi tulah..nak berjalan dari satu hole ke satu hole tu yang tak sanggup..”dia cuba berdalih padahal bukannya tak ada buggy.

“Dia tak nak sebab takut you all kalah nanti.Silap-silap hole in one.Malu lah kita..”ujar en Rasyid disambut ketawa teman-temannya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 02:18 PM | Show all posts
Kyra turut sama tersenyum.Fresh orange yang tinggal suku pantas dihabiskan bila En Rasyid mengamit pelayan mahu membayar.

Langkah diatur menyaingi En Rasyid dan teman-teman dan disaat itu matanya menangkap sesusuk tubuh yang cukup dikenalinya.

Lelaki itu berkemeja NIKE warna hijau pekat.Berseluar putih dengan cap putih tertenggek di atas kepala.Dan disisinya ada sebuah TYLOR MADE hitam siap bersarung,menunggu untuk diangkut kedalam buggy.

Cepat dia menundukkan wajah dan cuba bersembunyi di balik En Rasyid dan teman-teman.Tidak mahu kehadirannya disitu disedari jejaka itu.

“Anak Tan Sri Ariffin tukan..”ujar salah seorang teman En Rasyid.Tak silap tadi namanya Rahman.

Pandangan dihala kearah jejaka bertshirt hijau tadi.

“Bagus budak tu main.Sama macam bapa dia juga.”

Anak Tan Sri Ariffin?Biar betul apa yang telinga aku dengar ni.?

“Boss kenal ke mamat tu..?”muncungnya pada Shane yang tidak sedar dirinya diperhatikan mereka berempat.

“Apa tak kenalnya.Dia member club ni.A good player.Kenapa..?Awak nak berkenalan dengan dia.Kalau nak saya boleh recommend.Bujang lagi.Sesuailah dengan awak..”En Rasyid buat lawak.

Kyra hanya tersenyum cuba menutup gelodak dalam hati.

“Apalah boss ni.Takkan lah orang macam dia tu nak pandang orang macam saya ni.”

“You tak kenal dia Qaleshya.Shane tu baik budaknya.Kita tak tahu pun dia anak somebody kalau orang lain tak cakap.Dia sendiri lebih senang low profile.Humble.Selekeh aja."

“Bolehlah saya recommend..”ujar En Rasyid dan disambut tawa teman-teman lain namun Kyra tiada response.

Dia terkedu mendengar kata-kata En Rasyid.Tan Sri Ariffin.Syed Hussein Syed Ariffin.Kawan papa.. Tan Sri Syed Ariffin.

Adakah dia orang yang sama ??

Tapi kenapa Shane tak pernah bercakap tentang keluarganya dan siapa mereka?Kenapa Shane tidak berterus-terang padanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 02:29 PM | Show all posts
CHAPTER 11

“Sayang..boleh kita jumpa..”suara Shane kedengaran romantik dipendengarannya.


“I busy..”dia bersuara lambat-lambat.


“Takkan busy sampai tak ada masa nak jumpa I..”pinta Shane penuh berharap.


“I eer..I busy.Ada audit ISO end of this month.”


“Lama lagi.Ni baru awal bulan kan..”Shane masih cuba memujuk.


Rasa rindu membuak-buak dalam hati.Ingin sangat menatap wajah manis Kyra,menggengam erat jari jemari halus gadis itu,rindu dengan keharuman tubuh Kyra,rambutnya yang ikal.Rindu pada semuanya.


“I penat..”


“Kay,are you avoiding me?”


“Tidaklah.I betul-betul penat.”


“Kay,please.You masih marah pada I pasal hari tu ke?If yes..I’m sorry okay.Let us dicsuss about it again.Sure ada jalan penyelesaian kan.Dont do this to me.I miss you.”


I miss you too Shane..tapi


“Hello Kay.Are you there..?”


“Shane..I rasa buat sementara waktu ni tak payahlah kita berjumpa dulu.”


Sunyi dihujung talian.Agak lama hingga akhirnya Shane bersuara.


“Apa salah I pada you Kay.?I tak layak untuk you..?”


“Bu..bukan macam tu.Cuma I perlukan masa untuk berfikir tentang hal kita ni..”


“Ada something in your mind,rite?Share with me please..?”


“Shane..Please respect my decision.I need a break..”


Suasana sunyi kembali.Hanya terdengar desah nafas Shane mengeluh dihujung sana.


“Kalau itu yang you mahukan.Baiklah.Nanti bila you dah ready nak jumpa I..give me a call ya.I miss you so much Kay.Bye.”


Ada rajuk dihujung suara itu namun dia keraskan hati untuk tidak memperdulilkannya.Hari ini,sekarang ini dia masih rasa terkilan dengan sikap Shane yang berahsia tentang keluarganya.


Bukan dia tidak pernah bertanya tapi setiap kali dia bertanya Shane akan menjawap dengan gurauan hingga dia bosan dan tak pernah bertanya lagi.


Tapi motif Shane merahsiakan siapa keluarganya membuatkan dia dipenuhi 1001 soalan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 02:30 PM | Show all posts
@@@@@


“Maksud kau,Shane boyfiend kau si pelukis tu anak somebody.?”


Kyra tidak berkutik.Pandangan kosongnya dihalakan pada Fasha yang masih berkerut-kerut dahinya.


Kalau Fasha sendiri tak sangka dan tak percaya dengan apa yang didengarinya sudah tentu lah dia lebih-lebih lagi.


“Baguslah macam tu Kay.Anak orang kaya..”


“Bukan sebab tu babe.Kau ni asal anak orang kaya aja kau ingat hidup akan bahagia.Yang kaya bapak dia.Yang somebody tu bapak dia.Bukannya dia..”


“Hello babe.Memang la yang kaya raya tu bapak dia tapi kemana tumpahnya harta-harta bapak dia kalau bukan pada anaknya.Itu pun kau tak boleh fikir ke.?”


“Teruklah kau ni babe.Materialistik sungguh.Aku tak peduli lah dengan harta-harta dia.Aku tak heran pun.Cuma aku pelik kenapa dia tak pernah cerita tentang backround dia.Kenapa dia rahsiakan dari aku siapa dia?Kenapa?Dia takut aku suka dan terima dia semata-mata sebab dia anak orang kaya.Aku bukan jenis yang harap subsidilah babe.”dia meluahkan rasa marah dan tidak puas hati.


Masih terfikir-fikir motif Shane bertindak begitu.Mungkin Shane tidak berniat untuk berahsia..mungkin juga Shane menanti masa yang sesuai untuk bercerita.


Apakah dia yang terlalu emosi?Yang terlalu mengikut perasaan.


“Tentulah dia ada sebab kenapa dia tak beritahu kau sebab aku rasa Shane bukan lelaki yang suka merahsiakan apa-apa.Mungkin pada dia gelaran yang ada pada parents dia tu tak memberi apa-apa makna pun sebab tu dia tak kisah nak beritahu kau atau mungkin Shane kau tu kena dump dengan keluarga dia.Kau juga yang kata,melukis segalanya pada dia.Mungkin dia diberi pilihan.Lukisan atau family.?Kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dia,Kay..”


Sekali ini dia jelas bersetuju dengan kata-kata Fasha.


“Tak baik kau buat dia macm tu.Kalau tak puas hati cakap terus terang.Jangan duduk diam-diam dan expect Shane akan tahu kenapa kau buat macam tu..”


“Kau bukan tak pernah bercinta babe.Antara kau dengan aku..rasanya kau lebih arif dalam hal-hal macam ni.Pada aku benda yang Shane rahsiakan dari kau ni bukannya remeh sangat.Lainlah kalau Shane rahsiakan dari kau yang dia suami orang.Ha yang tu harus la kau mengelupur..”ujar Fasha disertai ketawa besar.


Fasha..mulut tak boleh tahan !!!




Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 04:04 PM | Show all posts
sambung lagiiiii!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2010 11:32 PM | Show all posts
Sue akhirnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 12:14 AM | Show all posts
wow tq sue... banyaknye n3 cukup puas hati.. tapi nak lagiiiiii tak cukup gak la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2010 11:28 PM | Show all posts
CHAPTER 12

Peluh yang mengalir diseka dengan tisu lembut sebelum dia melipat lengan kemeja hingga ke pangkal siku.


Talileher yang tersangkut kemas dilonggarkan ikatan sambil matanya merayau mengamati segenap pelusuk Kenny's tempat pertemuan yang telah dijanjikan.


Senyum gadis itu membuatkan hatinya berbunga dan tanpa bertangguh langkahnya laju mendapatkan sigadis yang sedang menanti.


“Sorry lambat.I tak tahu jalan depan Jusco tu dia orang tutup so kena make one round masuk through Tesco.”


“Tak apalah.I pun baru sampai hari ni.Belum order apa-apa pun..”


“By the way..Happy Birthday Kyra.Hope you like it..”sebuah paper bag didalamnya ada sebuah kotak berbalut kemas .


“Thanks Aidan.Tak perlulah you bersusah payah macam ni.”


“Tak menyusahkan I langsung kalau ianya untuk you Kyra..”ujar Aidan dengan senyum mengoda.


Senyuman Aidan dibalas.


Menu dihulurkan pada Aidan dan sambil Aidan meniti menu,dia ambil kesempatan pula menilik wajah lelaki itu.


Aidan memang lelaki metroseksual yang cukup kacak dan tampan dimatanya.Tutur katanya lembut bersahaja selain dari bijak memanipulasi kata dan memujuk sudah cukup untuk mencairkan hati gadis.Itu belum lagi dengan sikap pemurah dan tidak berkiranya.


Spontan Aidan angkat muka bila disedari Kyra tak lekang memerhatikannya.


“Ada apa-apa yang tak kena dengan I..?”


Kyra geleng disusuli senyum dibibir.


“Mana boyfriend you.Err siapa nama dia Shane?Ha..Syed Hussein.Dia tahu tak I jumpa you ?Takut nanti dia cemburu pula.”


Tak tahu mana satu soalan Aidan perlu dijawap kerana soalan yang dilontarkan bagai peluru mesingan yang ditala dimedan pertempuran.


“Dia sibuk sikit lately.”Kyra berdusta sedangkan dia sendiri tak tahu apa yang sedang dilakukan dan dimana Shane sekarang ini.


Memang dari sehari kesehari dia ingin menghubungi Shane tapi ada saja hal yang tak dapat dielakkan yang membuatkan dia bertangguh.


“Bila you nak kahwin dengan dia Kay.”


“Tunggulah you kahwin dengan Freeda dulu.”


Tiba-tiba Aidan meletus tawanya.Geli hati sungguh dia mendengar kata-kata Kyra.


“Kay..I tak mungkin akan berkahwin dengan Freeda.No..”balas Aidan sambil menggeleng.


Bulat matanya memandang Aidan,seakan tak percaya dengan apa yang dilafazkan Aidan.Tergamak sungguh dia berkata begitu selepas apa yang dilakukakannya pada Freeda.


“Kenapa you tengok I macam tu..?”


“Tergamak you buat Freeda macam tu?Bukan dulu you pernah kata yang you lebih sayangkan Freeda dari I hingga you tak kisah pun bila I putuskan pertunangan kita.”


Aidan senyum.Kyra tak putus dipandang.


“Memang I mengaku I sayangkan Freeda tapi yalah..sepandai-pandai I ni pun ada bodohnya..”Aidan mengakui menambahkan lagi 1001 pertanyaan pada Kyra.


“Maksud you..?”


“Macam I juga.Freeda sayangkan I dan dalam masa yang sama dia juga sayangkan seorang lagi lelaki yang lain.Dari I menjadi lelaki dayus yang berkongsi teman wanita..lebih baik I tinggalkan dia.You tak tahu..?She have left the company..”


“I baru jumpa dia hmm..dalam few weeks ago.Dia tak cerita pun yang dia dah tinggalkan company.”


“You jumpa dia..?”


“Haah.Dia rasa insecure.Takut kalau-kalau I rampas you..”ujar Kyra bersungguh namun Aidan masih tetap tersenyum.


Sedikit pun dia tidak terkejut dengan apa yang disampaikan Kyra.


“Dia tak perlu rasa macam tu tapi sebab dia tak confident dengan diri sendiri that whylah she think like that.”


“You tak rasa bersalah ke Aidan,tinggalkan Freeda dalam keadaan dia yang macam tu.?”


“Kenapa pula I nak rasa bersalah.?What have she told you..?”


Kyra telan liur.Aidan masih menantikan jawapan darinya.Perlukan dia berterus terang akan apa yang telah diberitahu Freeda.


Jika mahu mengetahui kebenaran seharusnya dia mendengar cerita dari kedua belah pihak dan itulah yang seharusnya dilakukannya pada saat ini.


Tak adil pada Aidan juga jika dia hanya mendengar cerita dari Freeda tapi menafikan hak Aidan.


“She say that she’s having your baby..”


Garfu ditangan diletakkan semula diatas pinggan yang masih penuh dengan ayam panggang dan beberapa side dishes yang lain.


Bulat mata memandang Kyra yang seakan menyesal terlepas kata.


“What did she told you..?”


“She’s pregnant.Your baby..”


“And you believe her..?My GOD Kay..you rasa I ni jenis lelaki macam tu ke?”


“I don’t know Aidan.I don’t know.”


“You know me better than Freeda.Takkan you sangka I sanggup buat perkara macam tu.That’s not me Kay..”


Aidan hela nafas disertai gelengan kepala.Jelas tergambar kekesalan diwajahnya.


“I tak sangka that you can believe all her words.She’s lying.Kay.”


“How I know that she’s lying and not you.?”


“I can’t force you to believe me Kay but you lebih kenal I kan.You lebih tahu I siapakan.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2010 11:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by sueria_azlee at 15-6-2010 23:31

Kyra kehilangan kata.Aidan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Freeda tapi jika Aidan benar,kenapa Freeda sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri.?

Terdesak sangatkah Freeda untuk memiliki Aidan hingga sanggup menuduh Aidan sebegitu rupa.Satu tuduhan yang sangat-sangat melampau.

“Kyra look here.Look at me and say that I’m lying..”

Tapi dia tidak tergamak untuk menuduh Aidan berbohong.Kerana jauh disudut hati dia tahu Aidan berkata benar.

“I tak penah sentuh dia err..I mean..you know what I mean kan.”

“Kenapa Freeda sampai macam tu tergamak menuduh you atau you nak lari dari tanggungjawap.”

“Kay..memang I tak nafikan I ada peluk cium dia tapi tak pernah lebih dari itu.I masih boleh mengawal nafsu I.Demi ALLAH,Kay..jika benar apa yang dikatakan Freeda..I bukanlah lelaki yang menyebabkan dia menjadi begitu.I tak minta apa-apa dari you Kay but please trust me this time..”
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 12:37 AM | Show all posts
heaven...byk n3...
toche toche...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 04:54 PM | Show all posts
tak ada dah sambg ker?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 08:42 AM | Show all posts
thanks...byk betul n3...
kalu free letak n3 bebanyak lagi k...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.103249 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list