View: 3367|Reply: 5
|
CERITA PENDEK: Kembara kucing jalanan
[Copy link]
|
|
Mimiew, seekor anak kucing kacukan siam jalanan, berjalan menuju ke gerai makanan Endut di Central Market. Mengiau-ngiau kelaparan.
Endut berasa bengang melihat kerenah Mimiew. Dia menghalau Mimiew tanpa berfikir panjang. Mimiew mencicit lari ke dalam longkang.
Perutnya semakin lapar..Dia mengiau semakin kuat. Seorang pemain muzik yang sedang menyanyikan lagu Ekspres Rakyat berhenti dan meluru ke arah kucing lapar itu.
'HOI DIAM!!! Memekak aje kucing kurap ini' ujarnya dengan marah.
Mimiew dengan penuh rasa amarah yang menggelojak melompat ke arah pemuzik itu.
'Mi miew...mi mieww. Aku lapar. Aku sakit perut. Aku nak makan!!!' balas Mimiew.
Dengan muka masam mencuka, pemuzik itu menghulurkan duit 10 ringgit kepada Mimiew. 'Nah, ni duit. Kau pergi kedai beli 2 tin Friskies. Lepas tu kau duduk diam-diam. Sekarang kau PEEERGI!!!!'
Mimiew kemudian pergi ke kedai runcit tidak jauh dari situ dan membeli 2 tin Friskies. Kemudian dia kembali ke tempat pemuzik itu.
'Kau lagi..Nak apa??' tanya pemuzik itu.
'Boleh tolong bukak tin makanan aku? Aku tak ada tangan, cuma empat kaki aje' rayu Mimiew.
'Lecehlah kucing ni...'pemuzik bermuka setan itu merungut sambil membuka tin Friskies itu. Kemudian dia kembali melalakkan lagu. Kali ini lagu Nigina karya Search.
'Miaoo..' Mimiew terbongkang kekenyangan. Sejurus selepas itu, dia pun tidur.
Inilah secebis kehidupan seekor kucing jalanan di kotaraya metropolis KL yang penuh dengan pancaroba itu..
TAMAT |
|
|
|
|
|
|
|
aduh gelak aku baca cerita ko ni LLM |
|
|
|
|
|
|
|
gelak sorang2 bobo baca cite ni... |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..jahat ek Endut tu....
baik tul pemuzik bermuka setan itu....
Klakar la!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Renung-renungkanlah dan hayati apa itu simbolisme kucing jalanan, Endut pemilik gerai makanan dan pemuzik bermuka setan dalam karya saya hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
suker baca cter ko..
ada makne tersirat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|