CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10040|Reply: 2

alat muzik tradisional; cak lempong

[Copy link]
Post time 9-4-2010 05:47 AM | Show all posts |Read mode
Asyiknya alunan cak lempong si cilik
Oleh SHAMARUDDIN SAIDIN



Murid-murid Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman mempamerkan kemahiran mereka bermain cak lempong di Rembau, baru-baru ini.

REMBAU 8 April – Usia mereka masih muda, namun jangan sesekali mengecilkan kemampuan anak-anak kecil itu mengalunkan irama yang mengasyikkan dengan alat muzik cak lempong.

Apatah lagi bukan sembarangan orang mampu menguasai rentak alat muzik tradisional itu termasuk menghafal setiap kod muziknya yang rumit. Malah, kelincahan dan ketangkasan mereka mengetuk cak lempong seringkali mempesonakan penonton.

Demikian lagaknya pemuzik cilik cak lempong bergelar Kumpulan Cak Lempong Warisan Anak Rantau terdiri daripada murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman (SKDAZ), Rantau di sini.

Lebih istimewa, kumpulan ini turut dianggotai murid-murid orang kurang upaya (OKU) yang tekun mendalami seni cak lempong.

Guru Besar SKDAZ, Ab Halim Ab Majid berkata, kewujudan kumpulan itu berdasarkan semangat memartabatkan seni budaya warisan bangsa di kalangan warga sekolah, belia dan masyarakat setempat.

“Pada awal penubuhan kumpulan ini dianggotai oleh guru-guru, golongan belia dan masyarakat sekeliling.

“Seiring dengan peredaran masa dan komitmen ahli persatuan yang lama, maka mereka bersepakat untuk mencari pelapis yang terdiri daripada murid-murid sekolah dan murid pendidikan khas,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut baru-baru ini.

Kata beliau, kumpulan tersebut juga mendapat sentuhan tenaga pengajar profesional dari Sumatera Barat, Indonesia dan beberapa agensi di negeri ini.

Ujarnya, sejak ditubuhkan pada 2008 kumpulan tersebut sering dijemput untuk membuat persembahan di majlis rasmi seperti Majlis Istiadat Kerjan Raja Melana, Perasmian Penubuhan Kelab NAZA Motor dan Ambang Merdeka.

“Kumpulan ini juga mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri yang berbesar hati menyumbang dana sebanyak RM10,000 sehingga membolehkan mereka menambah peralatan muzik, pakaian serta kos jurulatih,” ujarnya.

Jelas beliau, dengan kepakaran mereka, kumpulan tersebut juga mampu menyaingi kumpulan senior lain meskipun dianggotai oleh murid-murid sekolah.

“Setiap ahli kumpulan ini mempunyai kemahiran yang tersendiri dan mereka mampu memainkan pelbagai jenis lagu seperti anak ayam, tung pak dukun, joget pahang, kain songket dan sebagainya,” ujarnya.

Selain itu, kumpulan cak lempong tersebut telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat negeri dan berjaya merangkul beberapa kemenangan dalam pertandingan tersebut.

‘‘Kita juga telah mendapat johan dalam Pertandingan Cak Lempong anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan pertandingan di peringkat negeri,” ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2010 05:07 PM | Show all posts
suka musik dan tarian caklempong ni..fresh and entertaining..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 12:58 PM | Show all posts
Reply 1# amazed

orang minang tak boleh lari dengan cak lempong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059848 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list