View: 3723|Reply: 6
|
Layan Photography@Air Terjun Bekelah, Maran.Pahang. 02 - 04 April 2010
[Copy link]
|
|
Salam warga Cari.com.my khasnya warga kengkawan Fotography sekiranya berminat untuk santai santai hujung minggu pada 2 april 2010 nanti. Terbuka pada semua dengan pelbagai aktiviti yang ingin anda lakukan khasnya aktiviti rekreasi, aktiviti air & photography dan lain - lain. Bagi peminat photography, terdapat banyak scene natural photography boleh dilakukan & sekiranya cuaca baik di waktu malam diterangi beribu ribu bintang di langit yang luas pasti tak melepaskan peluang untuk shooting 'slow shutter - start trails'.
Aktiviti photography adalah berasaskan 'sharing knowledge' ala ala lelepak santai sambil beborak pasal photography amik gambar. Tiada sebarang kelas rasmi dianjurkan.
Camping@santai: Air Terjun Bekelah, Maran.Pahang. 02 - 04 April 2010
Tarikh: 2 April - 4 April 2010
Venue: Air Terjun Bekelah, Pahang.
Pengangkutan: Berkongsi kenderaan di mana kos ditanggung bersama-sama rata dengan pemilik kenderaan. Bagi mereka yang ingin membawa kenderaan sendiri pun digalakan di mana kos perjalanan ditanggung sama rata dengan penumpang.
Kos: RM70 (Meliputi makanan, bahan api, xtvt abseiling, dan khidmat lori untuk masuk ke kaki air terjun)
XTVT: Aktiviti air, trekking, abeseiling, photography, santai di gigi air terjun dan lain-lain.
Tarikh Tutup Penyertaan: 26 Mac 2010 a.k.a seminggu sebelum bertolak pada 2 April 2010. Komitmen seminggu sebelum bertolak perlu untuk menguruskan logistik/pengangkutan dan lain - lain berdasarkan jumlah penyertaan.
Intro: Hutan Lipur Berkelah terletak di Hutan Simpan Berkelah, Pahang. Terdapat air terjun 7 tingkat dengan ketinggian di antara 3 hingga 30 meter. Selain itu terdapat aliran sungai dan kolam-kolam yang jernih dan tumbuh-tumbuhan yang unik seperti Periuk Kera dan lain-lain. Selain dari berkhemah, aktiviti-aktiviti utama seperti mandi-manda, trekking dan memancing juga boleh dilakukan. Pengalaman berkhemah buat pertama kalinya di sana ialah melihat bintang-bintang bertaburan di langit pada malam hari. Perkhemahan 2 hari 1 malam, kami berpeluang menyaksikan shooting star di langit. Ini menunjukkan langit dapat dilihat dengan jelas dan kurang pencemaran di hutan lipur tersebut.
Tentatif: Pada hari Jumaat, 2 April 2010 jam 0800 malam lokasi di kawasan parking Terminal Putra LRT Gombak semua peserta berkumpul untuk pembahagian barang-barang/dan kumpulan kenderaan. Jarak perjalanan memandu +/- 2 jam dari Tol Karak. Sampai di meeting point pickup lori a.k.a parking kereta di kawasan yang disediakan reramai naik lori ke kaki air terjun.
Pada Ahad, 4hb April 2010 selepas waktu makan tengah hari berkemas pulang. Sebarang perubahan tentatif pergerakan sekiranya ada akan diberitahu kelak secara terus pada mereka yang join.
Hubungi: Encik Stoned - 012 332 8455 atau melalui Facebook - http://www.facebook.com/mystoned
Credit - infeeneetee from photography-on-the.net
Credit - http://penguin-r2.blogspot.com/2007/05/berkelah-waterfall.html
More photos: http://picasaweb.google.com/YF92 ... uthkey=L8oykZlN99Q#
Rujukan:
http://www.virtualmalaysia.com/destination/berkelah%20waterfall.html
http://wikimapia.org/2325575/Bekelah-waterfall
http://wikimapia.org/523603/Gombak-Terminal-Putra-LRT-Station
http://photography-on-the.net/forum/showthread.php?t=72104 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku dah sampai ke tingkat atas... view mmg cantek.. terbaiklah... jom pg ramai2... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah sampai ke tingkat atas... view mmg cantek.. terbaiklah... jom pg ramai2...
cmf_honeysweet Post at 18-3-2010 23:00
Yup! huhuhu dulu zaman muda muda sebelum pegang kamera dah sampai sini berkali kali..kini mau kembali dgn kamera & tripod huhuhu hajatnya mau cuba utk layan slow shutter star trail huhuhu...jom reramai! |
|
|
|
|
|
|
| |
|