CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2268|Reply: 6

Rumah pangsa 40 tahun perlu dibangun semula demi keselesaan penduduk

[Copy link]
Post time 16-3-2010 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Rumah pangsa 40 tahun perlu dibangun semula demi keselesaan penduduk

KUALA LUMPUR: Hidup macam ‘ikan sardin’. Begitulah nasib penduduk Rumah Pangsa Kampung Kerinchi sejak 40 tahun lalu, tetapi keperitan itu akan berlalu apabila kediaman mereka dibangunkan semula sekali gus memberi keselesaan warga kota itu.

Berikutan itu, sebahagian besar penduduk bersetuju berpindah dengan menyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam buat sementara waktu sehingga projek pembangunan semula selesai. Ketika itu, penduduk terpaksa hidup dalam keadaan kurang selesa dalam rumah seluas 149.59 meter persegi dan mempunyai sebuah bilik yang tidak mampu menampung jumlah keluarga yang ramai, ada yang terpaksa berkongsi 11 orang dalam satu rumah.

Tinjauan Berita Harian mendapati penduduk terbabit terdedah kepada bahaya nyamuk Aedes selain kawasan terjejas teruk seperti saliran najis tersumbat dan bumbung rumah yang sudah lama bocor serta tidak diselenggarakan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Kampung Kerinchi (PPRPKK), Ahmad Rahman, 64, berkata 80 hingga 90 peratus penduduk bersetuju berpindah bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan semula.

“Kami sudah memperjuangkan pembangunan di sini sejak 10 tahun lalu tetapi gagal hanya kerana tiada 100 peratus tandatangan persetujuan daripada pemilik asal seperti dikehendaki undang-undang.
“Kita berjuang untuk keselesaan penduduk iaitu daripada keluasan rumah hanya 149.56 meter persegi kepada 256.03 meter persegi. Saya merayu mereka yang belum bersetuju supaya bersama kami kerana ini peluang keemasan untuk kita memperbaiki bangunan kita yang sudah lama ketinggalan.

“Harapan saya supaya semua penduduk dapat datang untuk proses cabutan undi bagi memilih pemaju yang bakal membangunkan penempatan yang dijadualkan pada 27 Mac ini,” katanya.

Penduduk, Jamilah Baba, 54, berkata keadaan rumah yang beliau diami sekarang daif dan sudah boleh dikatakan hanya menunggu masa untuk roboh.

“Keadaan longkang rosak, tandas bocor menyebabkan air melimpah ke bawah serta tikus banyak. Keadaan rumah sempit menyebabkan anak-anak terpaksa berkongsi bilik,” katanya.

Hasin Gidor, 67, berkata beliau sudah lama bersabar dengan keadaan rumah yang sempit kerana tidak mampu memiliki kediaman lain yang lebih selesa.

“Dalam keadaan rumah sempit inilah, kami tinggal seramai 11 orang. Ia bukan saja tidak selesa malah menimbulkan banyak masalah lain termasuk masalah anak yang semakin membesar tetapi ruang yang ada agak terhad,” katanya.

Norlela Ahmad, 35, pula berkata beliau terpaksa terus menetap di perumahan yang berusia 40 tahun itu kerana tidak mempunyai pilihan lain berikutan bebanan kewangan yang tidak mengizinkan.

“Rumah ini dikongsi tujuh orang... rumah bocor di sana sini, tidur terpaksa berhimpit menyebabkan keadaan tidak selesa. Suasana perumahan ini tidak begitu selesa dengan kehadiran tikus dan nyamuk.

“Kami dengar isu nak pindah ini sudah lama tetapi sehingga sekarang ia belum jadi kenyataan. Saya harap kami dapat kediaman baru lebih selesa, ” katanya.



sumber: berita harian 16 Mac 2010


mod: kalau dah ada tolong delete. dah lama x post thread ni. nway ni lebih kepada current issue, tapi ia berkaitan dengan aduan yg x penah diberi perhatian. x silap aku, ni kawasan nurul izzah binti anwar ibrahim. klu tersalah tolong betulkan

apa pun, mmg kesesakan dah x leh nak elak
klu bebanan kewangan jadi isu, maka kena cari cara sendiri untuk setlekan masalah tersebut
beban kewangan xkan semakin berkurang
malah akan semakin meningkat dari sehari ke sehari
agak mustahil bagi kita untuk menikmati penurunan harga petrol dan barangan harian
malah kita sering disajikan dengan berita kenaikan harga barang, tol, petrol etc
ni bukan provokasi, tapi sekadar ingin menyedarkan bahawa kita kena berbijak di bumi nyata

teringat satu kisah mat bangla
buka kedai somewhere around kl
pendapatan x kurang dari 3 ribu sebulan

moral of the story
berusahalah dan jangan putus ada

aduan mmg wajar dibuat kepada pemimpin dan pihak berkuasa
tapi kita juga kena amik tindakan
dan jangan hanya mengeluh dan menyalahkan nasib semata2
elakkan nak kaya cepat dgn join skim, MLM yg x berfaedah
easy come easy go

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 10:49 AM | Show all posts
teringat masa belajar dulu. duduk flat pekeliling
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:53 AM | Show all posts
kesiannye sempit gila tuh, sorry to say la, mcm mana kes sumbang mahram tak berlaku if rumah sempit, anak2 takde privacy, nak salin baju pon takde bilik, so mula la si abg yg baru nak naik or ayah yg tertengok anak dara sendiri naik miang...huh pikir2 kan lah...
apa pon jgn putus asa, jgn jadikan alasan tak mampu n berserah pada takdir semata2, n kerajaan pls jgn terlepas pandang. n kepada penduduk tuh sendiri bersatu padu la utk kemajuan, jgn dok gila parti politik semata2 dok daif sepanjang zaman mcm tuh, nak ke tgk anak2 mewarisi kesusahan anda...huh
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 12:59 PM | Show all posts
Rumah pangsa 40 tahun perlu dibangun semula demi keselesaan penduduk

KUALA LUMPUR: Hidup macam ‘ikan sardin’. Begitulah nasib penduduk Rumah Pangsa Kampung Kerinchi sejak 40 tahun lalu, tetapi k ...
ironmind Post at 16-3-2010 09:35 AM


takder masalah iron...kat sini pun boleh tepek....No problemo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 02:23 PM | Show all posts
rsnyer.. penduduk asal umah flat tu dh byk yg pindah..
tu yg susah nk kumpul signature...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 03:03 PM | Show all posts
yg miskin makin miskin


regards
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2010 02:44 PM | Show all posts
yg kaya makin kaya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.097339 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list