CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sonata85

pegawai kerajaan ---> cekgu

[Copy link]
Post time 15-3-2010 09:45 PM | Show all posts
Tiada istilah berhenti kerja bagi penjawat awam yang bertukar dari A ke B dalam sektor kerajaan bagi yang bertaraf Tetap cuma pelepasan dengan izin. Kalau yang kontrak atau sambilan tu pelepasan dengan izin disebabkan mendapat status tetap  di sektor kerajaan atau swasta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2010 11:25 PM | Show all posts
sapa2 yg bg idea srh quit dr jawatan skang dan apply balik kpli/dpli mmg la satu kerja yg sgt bodoh.

tau x kalo ko dah quit dr keje kerajaan tu dikira sbg meletak jawatan dan kakitangan awam yg didapati pernah meletakkan jawatan dlm perkhidmatan awam adalah x layak utk dipertimbangkan bg permohonan kpli/dpli.

cr yg sebaiknya hendaklah melalui ketua jabatan (tp yg ni dia x mention plk sama ada undang2 ni terpakai utk org yg telah conform atau dlm termpoh percubaan).

tp agak2 ko apa persepsi ketua jabatan bila tau korang apply keje lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2010 08:39 AM | Show all posts
19# zaidi_jb

jadi kalau aku dapat dpli tu,
aku cuma perlu mohon pelepasan dari ketua jabatan lah ye?

buat masa ni, aku mintak surat pengesahan majikan
(untuk dihantar kepada U yang aku minta untuk buat DPLI)
daripada orang HR jabatan aku..

jawatan aku ni kurang sesuai untuk orang perempuan..
persekitaran kerja dikelilingi lelaki..

jadi aku pikir, kalau aku dapat DPLI,
baik aku lepaskan jawatan ni untuk diisi oleh
orang lain yang lebih2 layak (terutamanya lelaki)..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 10:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by matrik02 at 16-3-2010 10:19

Mcm ini sonata85,
Kalau setakat nak duduk exam tidak perlu bawa apa-apa, duduk exam mcm biasa


Kalau berjaya dipanggil  temuduga nanti ,Untuk permohonan kakitangan yang sedang berkhidmat, kamu perlu sertakan rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi melaluiketua Jabatan dan serah waktu temuduga. Kamu kena membawa bersama perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan yang menyatakan sama ada menyokong / tidak menyokong permohonan kamu untuk jawatan tersebut.

Kalau dah dapat tawaran tersebut, kamu kena dapatkan surat pelepasan dgn izin dan buat salinan pula supaya perkhidmatan yang lepas diambil kira. KPLI ini just kursus, lepas pi kursus ada lagi temuduga untuk perlantikan jawatan kamu tu iaitu GURU oleh SPP. Waktu ini salinan pelepasan dgn izin amat berguna waktu temuduga dgn SPP bagi diambil kiri perkhidmatan yang lepas serta tangga gaji permulaan yang layak kamu dapat. Kursus ini tidak diambil kira.




Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:18 AM | Show all posts
soalan!!!! mcmn klu org tu kader? surat pelepasan dgn izin tu perlu dptkn dr ketua perkhidmatan or ketua jabatan tmpt dipinjamkan?

terima kasih pada yg menjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:57 AM | Show all posts
ni aku nak share lah..
setahu aku lah kan..menurut pekeliling perkhidmatan bilangan 23 tahun 2009..
pegawai lantikan pertama yang belum disahkan dalam perkhidmatan dan menerima tawaran untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan perlu meletakkan jawatan. ini dasar/pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA..maksudnya..kursus pra perkhidmatan tu mcm KPLI..
kat bawah ada link detail pasal peletakan jawatan/pelepasan tanpa izin
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/23/pp232009.pdf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2010 01:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by matrik02 at 16-3-2010 14:01

Rujuk sini

DASAR DAN PROSEDUR MENGIKUTI KURSUS PRA PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

[url=http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/18/pp182009.pdf]http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/18/pp182009.pdf[/url]
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053047 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list