CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3792|Reply: 5

amah indon..

[Copy link]
Post time 13-3-2010 12:32 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by renjer at 13-3-2010 00:36

Kebaikan amah indon ni, wat keje nanny. Jaga umah,jaga baby, masak makan dan minum dan mcm2 keje umah.
Kadang terfikir juga bila kita tiada kt umah sibuk kuar keje cari duit,balik malam. Anak ditinggalkan ngan neng di rumah.
Apa citer ngn Kerajaan kata nak tukar pembantu rumah ni, nak amik lak orang kemboja kot, xsilap la.Dah berbagai citer dgr pasal pembantu umah indon ni, macam2 hal yang tersirat dan tersurat.Yang belum didengar kita tak tau lagi apa lepas ni.

Mahupun didepan mata kita atau disebalik mata kita sekalipun. Aku de paper metro minggu lepas kot, yg citer kt Johor kena santau tu. Pasal Tuan rumah bagi kepercayaan kt dia jaga amenda tah, sekali amah indon ni balik lndon sakit hati gi santau mamat ni.

lain citer pasal amah indon ni.
- Keje partime (GRO)
- Melarikan diri dari majikan
- Kes dera anak majikan
- Mengambil barang kemas majikan
- Perbuatan santau (main sihir)
- Amah bercinta dengan majikan



amah indon dirumah



komen sikit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2010 12:49 PM | Show all posts
pix tu buat apa weh
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 03:35 PM | Show all posts
pix tu blur. xnmpk
mmg byk mslh melibatkan maid indonesia (actually bkn setakat maid indonesia tp kebykan pekerja asing)
so far, aku xnak pakai maid sbb takut ntah apa2 yg dia buat bila tinggalkan anak seharian & keselamatan umah
yg xde option lain, mebbe terpaksa gak pakai maid
so, kpd sesapa nak pakai maid, join la seminar yg pjbt tenaga kerja terdekat anjurkan hujung bulan ni (kat melaka 28/3)
seminar ni melibatkan imigresen, polis, agen pekerja asing & pjbt tenaga kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 10:57 PM | Show all posts
Aku x tahulah baper sebenarnya secara puratanya gaji maid nih. Anggapan aku dlm 400 minimum. (betulkan aku kalo salah). Aku bukanlah nak bela maid indon nih cuma tentang kerjaya maid nih. Zaman sekarang ni kita tak boleh anggap maid mcm maid zaman dulu2. Mcm hamba suka hati jer kita nak buat ape sama diorg tu. Zaman sekarang nie maid nie pun mcm kerja kilanglah juga dan sepatutnya ia sudah boleh dianggap sebagai kerjaya.

Pada pendapat akulah sepatutnya maid nie pun ada masa kerjanya yg teratur. Mcm sape2 yg kerja opis masuk pukul 8 atau 9 pagi balik kul 5 atau 6 ptg. Kalo maid nie terpaksa kerja lebih masa so sepatutnya diorg pun layak juga dibagi ot per. Sedangkan kerja kilang (biasanya kilang elektroniklah) basic dlm 400 atau pun 500 ot boleh cecah seribu.

Bayangkan pagi2 lagi diorg dah bangun nak siapkan sarapan. lepas tuan dgn puan dah pergi kerja nak kemaskan rumah. lepas tu kalo korang yg ade anak2 yg sekolah ptg dia juga nak uruskan. kemas rumah pulak silap2 satu rumah nak kemas. padahal kita kemas rumah pun xlah sekerap itukan. ptg atau pun mlm bila korang dah balik dia nak juga siapkan makan mlm. lepas tu mengemas lagi lepas makan. bygkan diorg wat kerja dr pagi sampai nak ke mlm. Kerja hari2 itu pun nasib2 jer dpt cuti kelepasan.

Bagi agent maid nie aku rasa diorg kena buat satu surat akuan dan perjanjian dimana aturan masa diorg nak guna maid nih. kalo yg mcm aku ckp nie so kenalah bayar lebih. sedangkan aku dgr kalo hantar nursery untuk jaga budak pun dah nak cecah 350. ikut office hour lagi. lambat sikit jer kena lah bayar lebih. So fikir2lah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 12:49 PM | Show all posts
saya dah ada 2 maid Indon sebelum ni.
1- IRA  budak Acheh. dah kawin, dua tahun duk dengan saya. ok la tak banyak masalah, tapi budak ala kampungan sikit, keja selalu ajar.kalau beli ikan 3 kilo pun 3 kilo la yg di masaknya. dia taat kerja, anak anak pun ok dijaganya. Gaji RM400, saya bagi duit raya dan bonus, pakaian saya belikan, bilik tidur 1 berkipas ,katil dan ada TV 14 inci sendiri, kerja dia tamat jam 9 malam. mula kerja jam 6.30 pagi. bila kami semua keluar ikut dia lah nak rehat atau apa pun. nyatanya dia puas hati
yg sediah dia tamat dan pulang, hanya seminggu sahaja, Tsunami melanda Banda Acheh, anak, suami kedua ibu bapanya terkorban.saya mencarinya menggunakan saluran pos, buat  iklan saiz A4 dan antar kepada Ketua Kantor POS banda Acheh...ramai indon call saya cuba menipu...tapi saya ada 3 soalan yg org tak boleh jawab kalau dia bukan IRA.
1- Nama anak saya yg paling gemuk
2- saya bikin bisness apa di malaysia
3- Warna motorsikal besar saya.

tapi akhirnya jumpa.

kedua.
Nama azizah, umur masa datang 22, lebih cantik, putih dan anak dara, sekarang dah 5 tahun kerja, baru pulang bercuti di jangka sampai lagi...kalau saay marah anak saya...dia yg menanggis.
maid indon ni kena ada cara nak bagi jinak..jgn layan dia seperti org gaji...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 09:06 PM | Show all posts
ermm...aku xmo amik org gaji...sbb xselesa la ada org lain kat rumah..dan pengalaman maid2 abg aku sgt teruk...tp skrg ni aku dh xlarat nk kemas rumah...ingt nk panggil indon kemaskan umah byr ikut jam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.090086 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list