CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2528|Reply: 0

AF8 Raih Lebih Undi Dari Sabah, Sarawak?

[Copy link]
Post time 12-3-2010 11:47 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang terdiri dari enam perempuandan enam lelaki telah diumumkan sebagai pelajar Program realiti TVpopular Akademi Fantasia bagi musim kelapan (AF8) sebentar tadi.


Ujibakat yang dijalankan pada Januari lalu telah memilih enamorang pelajar dari Malaysia Timur iaitu empat pelajar perempuandaripada negeri Sabah iaitu Nadiawati Ainul Basir, 23, Dayang Nor AnumArjuna Aharun, 19, Erma Suhaimi, 21 dan Siti Adira Suhaimi, 19,manakala Zafarina Jamhari, 28, dan Muhd Shahril Firdaus El, 22 berasaldari Sarawak.



Pemilihan lebih ramai pelajar dari negeri Borneo telahmenimbulkan persoalan terhadap pihak Astro seperti ingin meraih undidaripada negeri yang dikatakan masih taksub dengan program tersebut.


Bagaimanapun Pengetua AF8, Norman Abdul Halim memjelaskan bahawapemilihan adalah berdasarkan kualiti merit bukan berdasarkan kuota ataumeraih undi.



"Kita tidak memilih ikut kouta dengan menetapkan beberapa orangdi sebuah negeri tetapi kita lebih mengikut kepada merit iaitu kualitiyang mereka ada sebagai seorang penghibur.


"Saya lihat penyartaan peserta daripada Sabah Sarawak lebihmenonjol daripada Semenanjung bukan disebabkan perkara lain," ujarnya.



Selain itu enam orang pelajar yang terpilih dari Semenanjungialah Nadia Emilia Roselan, 21, Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein,26, Muhammad Alif Kadim, 18, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21,Emirza Awan Zulazrin Chew, 20 dan Muhd Firdaus Maulana Mohamed atauMulana, 22.


Dalam pada itu, apa yang menarik ialah dua pelajar AF8 musim initerdiri daripada dua adik-beradik perempuan iaitu Ema dan Adira yangberasal dari Sabah.



Menurut Norman pemilihan kedua-dua mereka adalah berdasarkan kualiti dan bakat masing-masing.


"Kami memilih adik beradik ini disebabkan kekuatan vokalmasing-masing dan aura mereka yang tersendiri dan mereka datangujibakat di Kuala Lumpur bukan di Sabah," ujarnya yang menjanjikankelainan pada AF8 kali ini.


Menurutnya lagi, pelajar-pelajar akan melalui proses pembelajaran melalui pelan jangka panjang yang telah dirancangkan.



"Saya tidak mahu mereka keluar dari akademi tanpa mengutipsebarang nilai. Paling kurang pun enam orang saya janjikan boleh pergijauh dalam industri ini," katanya.


Perjuangan 12 orang pelajar ini akan dimulakan dengan episod pembukaan Tirai AFSabtu ini pada jam 9 malam di Astro Ria bersama Sarimah dan Jimmyselaku hos. Manakala kehidupan seharian mereka dalam diari boleh

ditonton mulai 15 Mac, pada jam 7.30 malam bersama Jimmy Shanley.


kredit to mstaronline.....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.046100 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list