View: 3800|Reply: 16
|
lembu atas highway.......apa kejadahnyerrrr
[Copy link]
|
|
tgk kt berita tadi...kemalangan dgn lembu sehingga melibatkan nyawa diatas highway kt rawang.....apa kejadahnyer......sapa salah ni???plus ker???lembu ke????.....hal ni dah selalu berlaku......apa tindakan pihak berwajib??????? |
|
|
|
|
|
|
|
tarik sekor2 lembu tu bawak naik atas lori |
|
|
|
|
|
|
|
Lembu nie bodoh betoi la...takdak akai kowts... |
|
|
|
|
|
|
|
salah lembu tuh..
asyik lepak x tentu arah..
|
|
|
|
|
|
|
|
udah namanya pun lembu...takkan nak salah binatang yg takdak akai ....ada pun peribahasa "bodoh macam Lembu"...so nak salahkan saper lagi....salahkan tuan punya lombu dan manusia2 yg 'krg' bekerja kat PLUS Heway la... |
|
|
|
|
|
|
|
buat jer satu peraturan. mana2 lembu yg terlepas masuk akan di tembak mati. pemilik lembu tak boleh claim satu sen. kalo claim gak charge dia cuai x jaga lembu2nyer dgn baik.
x pun mana2 lembu yg terlepas masuk, akan mejadi hak pengguna jln raya tu suka hati diorg nk wat pe. amacam.....
menyusahkan betullah org yg jaga lmbu mcm ni.:@ |
|
|
|
|
|
|
|
selain menyusahkan pemandu..lombu2 yg dibiaran berkeliaran nie kadang2 makan kat kawasan orggg...dan lombu nie jugalahhh yg dijual utk korban..isy isy isyyy,,, |
|
|
|
|
|
|
|
BMW langgar lembu terbalik..akhirnya menyebabkan kemalangan bertindan...yang meninggal tu bukan yang melanggar lembu tapi penumpang dari kemalangan bertindan tersebut...mungkin x pakai seat belt ker apa... |
|
|
|
|
|
|
|
tangkap lembu tu buat sate |
|
|
|
|
|
|
|
kalo ade kambing sesat masuk plus kita ramai wat daging kmbing panggang...yum..yum...mesti sedapnyer. |
|
|
|
|
|
|
|
salahkan tuan lembu...
letak dia merata2....dh x de kandang nk buat kee?
kalau x de sedekah je kat fakir miskin... |
|
|
|
|
|
|
|
lembo teringin nk rempit{:2_71:} |
|
|
|
|
|
|
|
Mati lembu melintas
Oleh Amir Abd Hamid
[email protected]
2010/03/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
RAWANG: Gara-gara seekor lembu melintas di lebuh raya, tiga kenderaan terbabit kemalangan menyebabkan seorang maut dan lima lagi cedera di Kilometer 445, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Rawang, awal pagi semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat wanita yang maut dalam kemalangan di hadapan SMT Teknik Sungai Buloh, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat wanita yang maut dalam kemalangan di hadapan SMT Teknik Sungai Buloh, semalam.
REMUK...kereta Perodua Viva yang terbabit merempuh lembu di Lebuhraya Utara-Selatan dekat susur keluar Rawang arah utara, semalam.
REMUK...kereta Perodua Viva yang terbabit merempuh lembu di Lebuhraya Utara-Selatan dekat susur keluar Rawang arah utara, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, lembu susu seberat 100 kilogram itu turut mati.
Ketika kejadian, ternakan itu dikatakan melintasi lebuh raya di laluan laju sebelum dirempuh sebuah kereta BMW 5 Siri dari arah Kuala Lumpur dipandu seorang lelaki berusia 40-an menyebabkan lembu itu terpelanting sejauh tujuh meter ke kiri lebuh raya.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata akibat rempuhan itu kereta terbabit gagal dikawal sebelum terbalik.
Pada masa sama, katanya, sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Frontier dinaiki tiga lelaki berusia 30-an terlanggar pembahagi jalan dalam cubaan mengelak kereta BMW yang terbalik itu.
“Selepas itu, sebuah lagi kereta, iaitu Perodua Viva gagal mengelak sekali lagi melanggar lembu berkenaan hingga menyebabkan penumpang di tempat duduk sebelah kiri parah dan maut di tempat kejadian.
“Mangsa seorang pesara berusia 55 tahun. Mayatnya yang tersepit dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang.
“Lembu itu juga mati serta-merta di tempat kejadian akibat rempuhan kedua itu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta BMW, pemandu kenderaan pacuan empat roda serta dua penumpang dan pemandu kereta Perodua Viva hanya cedera ringan.
Difahamkan, kemalangan itu turut menyebabkan lebuh raya itu mengalami kesesakan luar biasa lebih sejam sebelum tempat kejadian dibersihkan Plus Expressways Berhad (Plus).
Dalam kejadian berasingan kira-kira jam 7.25 pagi semalam, seorang pekerja kantin Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sungai Buloh maut dirempuh lori satu tan tanpa muatan ketika melintas jalan di hadapan sekolah itu.
Mangsa, seorang wanita warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Mistijah, 32, mati di tempat kejadian kerana parah termasuk kepalanya hampir pecah.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk dibedah siasat. Difahamkan, mayat mangsa sudah dituntut suaminya.
“Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.
Menurutnya, polis turut merayu supaya individu yang mempunyai binatang ternakan tidak melepaskan sesuka hati tanpa pengawalan bagi mengelak tragedi sama berulang.
kredit to hmetro |
|
|
|
|
|
|
|
RE: lembu atas highway.......apa kejadahnyerrrr
3# edaladiva
lembu, bkn org.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa xcident nih dah berlaku saya ada lalu kat situ .. On the way nak ker Penang haritu. BMW tuh sekali2 dgn saya ... Dia potong saya... saya potong dia... macam tuler.
Masa lalu tempat kejadian bila nampak keta BMW tu terbalik. Terkejut beruk saya!
Nasib baik saya berhenti kejap cari air. Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang pelik dan ajaib betuller ...lembu pun leh ada kat highway!
Macam2 xciddent yg boleh dielakkan berlaku kat PLUS.
PLUS DIAM SAJA!!!!???? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|