CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2939|Reply: 3

Lebih 1,000 penduduk putus bekalan air

[Copy link]
Post time 18-2-2010 12:15 PM | Show all posts |Read mode

PULAU PASIR MANDI – Lebih 1,000 penduduk di empat kampung tradisional terpaksa bergantung kepada air Sungai Pahang dan air telaga kerana mengalami gangguan bekalan air lebih sebulan dan perkara ini sudah berlanjutan selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Mereka bergantung sepenuhnya dengan air sungai untuk melakukan rutin harian seperti mandi, membasuh pakaian dan memasak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Pasir Mandi, Bahrin Ismail berkata, keperitan yang mereka alami bermula beberapa tahun lalu tanpa mengetahui puncanya.

Menurutnya, bekalan air sering kali terputus dan menyusahkan mereka terutama menjelang cuti musim perayaan apabila sanak saudara pulang ke kampung.

“Kampung ini terputus bekalan air sejak Januari lalu. Masalah ini turut dialami penduduk Kampung Galok Kecil, Paya Perak dan Paya Sendayan.

“Kami telah membuat aduan kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan susulan yang diambil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bahrin berkata, bekalan air kadang-kadang hanya ada kira-kira jam 4 pagi dan perkara ini menyusahkan penduduk untuk menadah air pada waktu berkenaan.

“Kalau berlaku kematian dan kenduri memang menyedihkan kerana terpaksa menunggu lori tangki JBA menghantar bekalan. Penduduk tidak tahu siapa yang bermasalah sama ada JBA atau air,” katanya.

Bagi seorang penduduk orang kurang upaya (OKU) Siti Hawa Mohd Ali, 50, berkata, dia terpaksa turun ke tebing sungai setiap hari untuk membasuh pakaian dan mandi.

Menurutnya, walaupun tidak larat kerana mengalami kecacatan kaki, tetapi dia gagahi juga turun ke tebing untuk membawa pulang air sungai untuk dimasak.

“Mesin basuh yang dibeli dijadikan perhiasan dapur kerana tidak boleh digunakan kerana ketiadaan bekalan air.

“Penduduk memerlukan kemudahan asas yang sempurna. Diharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dari berlarutan,” katanya.



Berulang alik 25 kilometer ambil bekalan air



Bimbang kesihatan keluarga terjejas, seorang penduduk terpaksa berulang alik 25 kilometer sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi mendapatkan bekalan air bersih.

Tarmizi Mohd Nor penduduk Kampung Galok Kecil dekat sini terpaksa berulang alik dari rumahnya ke rumah mentuanya di Kampung Tanjung Batu, Seberang Temerloh semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Menurutnya, dia terpaksa berkorban untuk mengelak dari mengalami sebarang jangkitan penyakit kepada keluarganya.

“Saya memunggah air dengan kereta sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Cara ini sahajalah paling mudah dan selamat walaupun terpaksa berulang alik dalam jarak yang jauh.

“Kami bukan mengharapkan bantuan lain daripada kerajaan, tetapi memadai jika dapat kemudahan asas yang lengkap,” katanya sewaktu ditemui semalam.

Sementara itu Abdul Halim Mat Saman, 35, berkata, pihak berkuasa boleh mencari alternatif lain sekiranya tangki bekalan air di Temerloh terlalu jauh untuk sampai ke kampung berkenaan.

Menurutnya, tidak sanggup dia melihat orang kampung menanggung keperitan memunggah air dari tebing sungai dan melihat kanak-kanak mandi sungai tanpa pengawasan orang dewasa.

“Kami tidak mendapat kemudahan asas yang sempurna malah terpaksa mencari kaedah sendiri untuk mendapatkan bekalan air.

“Ada yang gali perigi, turun ke tebing sungai memunggah air malah ada yang terpaksa mendapatkan bekalan air dalam jarak yang sangat jauh,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Bahri Abdul Manan, 43, berkata, penduduk mengharapkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Menurutnya, JBA hanya akan memulihkan maslah berkenaan setiap kali diterbitkan akhbar namun ia hanya bersifat sementara, dalam tempoh sebulan dua masalah ini berlaku lagi.

“Kami di sini yang terlibat kira-kira 300 orang, di Kampung Paya Perak dan Paya Sendayan adalah seramai kira-kira 800 penduduk.

“Mereka lebih lama terputus bekalan air sejak bulan 12 tahun lalu. Kami tidak tahu untuk mengadu kepada siapa lagi.

“Harap kerajaan dapat menyelesaikan terus masalah yang berlaku ini dan memberi kemudahan yang lebih selesa kepada kami,” katanya.



Masalah dipanjangkan kepada wakil rakyat



Masalah gangguan bekalan air yang dihadapi penduduk di empat kampung tradisional di sini akan dipanjangkan kepada Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said.

Sinar Harian menghubungi wakil ahli parlimen semalam untuk mendapatkan maklum balas dari Ismail namun gagal.

Sinar Harian difahamkan akan diberi maklumat lanjut daripada Ismail berkenaan masalah itu dalam tempoh terdekat.

* Tak heranlah kalau mail loyar jadi wakil...


*credit sinar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 01:38 PM | Show all posts
mail loyar?? kome x bape familiar ngat ngan tmpt ni...tp nmpok cam air sungai tu cam keroohh jee!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2010 02:16 PM | Show all posts
mail loyar?? kome x bape familiar ngat ngan tmpt ni...tp nmpok cam air sungai tu cam keroohh jee!!!
yastross Post at 18-2-2010 13:38


tuelah pasal YM MAIL LOYAR, rasanya jarang turun dgr masalah rakyat, YB dun jgn citerlah, YB MAIL LOYAR, yg dia tahu duk Kuala Krau aja, gua nak kempen jatuhkan YB MAIL LOYAR PRU13 nanti.....1000 undi tu byk....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 03:56 PM | Show all posts
tuelah pasal YM MAIL LOYAR, rasanya jarang turun dgr masalah rakyat, YB dun jgn citerlah, YB MAIL LOYAR, yg dia tahu duk Kuala Krau aja, gua nak kempen jatuhkan YB MAIL LOYAR PRU13 nanti.....1000  ...
crossfire Post at 18-2-2010 14:16


Jgn men rase jee...kene kompom btul2...klau dh kompom betul mmg elok le jatuhkan die...rakyat pilih dia  sbb ,nk dia  berkhidmat  kpd rakyat..klau x boleh amik tau pasal rakyat...ape kejadahnye mb cam gitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060698 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list