CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7413|Reply: 8

Bom ikan masih berleluasa di pantai timur Sabah

[Copy link]
Post time 21-1-2010 07:21 PM | Show all posts |Read mode
file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-2.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-3.png
file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-4.png

TAWAU: Kegiatan menangkap ikan menggunakan bom di perairan negara, terutamanya di pantai timur Sabah, didapati masih berleluasa dan polis tidak akan berkompromi dengan nelayan yang terbabit, kata pegawai pemerintah Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Supt Khaled Che Lah hari ini.

Katanya, nelayan terbabit mengambil jalan mudah untuk mendapatkan hasil laut dengan menggunakan bom ikan yang berbahaya.

"Ramai nelayan, terutamanya di Semporna, gemar menggunakan bom ikan tanpa menghiraukan keselamatan diri, orang awam dan penyelam," katanya kepada Bernama.

Khaled berkata, perbuatan mendapatkan hasil laut dengan menggunakan bom ikan boleh mengakibatkan kemusnahan pelbagai spesies hidupan laut termasuk batu karang.

Katanya, bahan peletus yang digunakan untuk bom ikan ini dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dan dijual pada harga RM10 hingga RM15 seunit.

Mereka yang didapati bersalah menggunakan bom ikan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Bahan Letupan dan Kakisan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. - Bernama


===============

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100121145531/Article/index_html

betul ke kegiatan ini masih berleluasa di sabah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2010 11:40 AM | Show all posts
Berleluasa tu x tau....tp masih d buat org...iyaa kot..

Mcm dekat Sandakan...ikan dia fuhhhhhhh superb! Tp jgn silap..klu ikan merah tu, beli udah la 18 ringgit sekilo...luaran cantik berkilat...insang...merah2....tapi isi dia hancur...:@
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 11:45 AM | Show all posts
isi hancur mana lah sedap...nak makan pun dah tak lalu....
diorg ni mmg tk de akal agak nye... nak untung cepat je...
kawasan batu karang mmg byk spesies ikan sebab sumber makan sume bertumpu kat situ... mmg syurga bagi hidupan laut... tapi batu karang ni nak membesar punya lah amik masa beratus tahun.... nak besar 2 cm pun makan masa 2,3 tahun... mmg tak patut...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 08:28 PM | Show all posts
saya juga hairan, kalau bom ikan, isi ikan hancur, masih boleh makan ke?
tak kan setelah mereka bom ikan tu, isi ikan hancur di laut, nelayan perlu kutip isi ikan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 11:20 PM | Show all posts
bukan kutip isi ikan kat laut tu... dalaman hancur lah..contohnye perut hancur... ni sah tak penah beli ikan kat pasar,
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 07:40 PM | Show all posts
ikan tuh masih intact se-ekor. tak la bersepah mcm popcorn kena baling kat air...cuma dalaman nye dah hancur..kot la..becoz in my case yg sia pernah rasa..ikan tuh nda hancur pun ..ekekekek......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2010 10:56 AM | Show all posts
macam maner yer kiter nak tahu ikan tue kena bom ke tak,
faktor luaran lahh yang kiter nak tahu,bab dalaman tue sesudah
kita beli n masak baru tahu ikan tue telah dibom.
tolong bagi inform kay
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 12:13 PM | Show all posts
klu dr segi luaran, biasanya :
ikan sulig  (bhs melayu, nda tau) - mesti ada cedera di badan bekas panah. kalau cantek, konpom kena bom. sebab? ikan nih bermain di batu karang. pakai pukat susah. klu badan berkuasa, klu nmpk ikan neh dijual d pasar & cantek, penjual nya skalik kena tangkap.

ikan lain - perut berderai.elakkan. kdg2 bukan bom  tapi secara generalnya lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 02:06 PM | Show all posts
Kegiatan menangkap ikan menggunakan bom di perairan negara, terutamanya di pantai timur Sabah masih berleluasa. Aktiviti sebilangan nelayan yang tidak menghiraukan keselamatan diri dan pengguna mengambil jalan mudah untuk mendapatkan hasil laut dengan menggunakan Bom ikan. Ia bukan sahaja memberikan kesan negetif kepada pengguna malah ianya juga menyebabkan kemusnahan pelbagai spesies hidupan laut termasuk batu karang. Diharapkan kepada pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti nelayan di perairan Sabah yang tidak bertanggungjawab ini agar tidak berleluasa. Bom ikan yang diperolehi oleh nelayan ini juga perlu disiasat. Mereka yang didapat bersalah juga perlu dikenakan tindakan mengikut akta yang ditetapkan (akta bahan letupan).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.064031 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list