|
Salam,
Seni terbahagi kepada 3 cabang iaitu seni visual, seni pergerakan dan seni audio.
Hari ini I nak cerita sikit tentang kemahiran2 yg ada dalam ketiga2 bidang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Perkataan Seni Visual ialah dimaksudkan dengan Senilukis dan Senireka. Ini termasuklah membuat, menghasilkan dan memberi penilaian terhadap hasil seni yang direka. Aktiviti-aktivitinya termasuklah melukis, menggambar, mencorak, mencetak, mewarna, mereka bentuk, membuat arca, mengukir, menjilid buku, membatik, membuat tembikar atau seramik iaitu kerja-kerja dua demensi dan tiga dimensi. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara kegiatan dalam menggambar ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara kegiatan dalam membuat corak dan rekaan ialah pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan, renjisan dan percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. Bidang ini membolehkan pelajar mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
Kompetensi Dalam Seni Audio
Seni Audio berfokus kepada elemen pengetahuan dan kemahiran muzik dan nyanyian. Di samping itu, elemen nilai turut diterapkan sama ada secara eksplisit atau secara implisit. |
|
|
|
|
|
|
|
Elemen pengetahuan ini memberi tumpuan kepada kebolehan seseorang itu untuk mengetahui dan memahami konsep muzik yang berasaskan komponen irama, melodi, dan ekspresi. Manakala elemen kemahiran muzik memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran seseorang dalam perkara mendengar muzik, mengapresiasi muzik, kreativiti, membaca dan menulis muzik, menyanyi dan menghasilkan muzik instrumental. Antara nilai yang diterap adalah seperti nilai murni, nilai budaya dan patriotisme. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana seni audio merupakan medium bagi meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi, bidang ini sangat berperanan dalam usaha membina kreativiti seseorang itu. Mereka yang melibatkan diri dengan cara mendengar, memerhati, melakukan, mencipta dan membuat refleksi sama ada secara individu atau berkumpulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kompetensi Dalam Seni Pergerakan
Kemahiran yang berasaskan Seni Pergerakan terdiri daripada bidang pergerakan kreatif, tarian, drama, main peranan, lakonan, teater, pentomin, simulasi, gimrama dan puisi. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Seni Pergerakan individu melahirkan perasaan melalui gerakan. Seseorang yang mengambil bahagian dalam main peranan mengikut imaginasi mereka. Mereka melahirkan perasaan melalui lakonan drama dan bacaan puisi. Menunjukkan semangat kerjasama dalam persediaan dan persembahan. Membuat gerak badan berdasarkan muzik yang ada kaitan dengan cerita yang didengar. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Seni Pergerakan juga seseorang melibatkan diri dalam pergerakan kreatif berunsur budaya masyarakat Malaysia. Mereka mengenali dan bermain permainan tradisional masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fleurzsa at 19-1-2010 14:38
Pendidikan Seni di Malaysia hanya menumpukan kepada Seni Visual sahaja. Manakala Seni Muzik pula diajar secara berasingan iaitu terpisah daripada Seni Visual di peringkat sekolah rendah dan menengah. Di sekolah menengah pula tidak semua sekolah menawarkan mata pelajaran muzik kerana ia sebagai mata pelajaran elektif sahaja.
Seni teater dan seni tariaan pula cuma bertempat atau bermula di pusat pengajian tinggi seperti di Universiti Sains Malaysia, ASWARA dll.
Kedua-dua cabang Seni Audio dan Seni Pergerakan ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang berpeluang dan bernasib baik sahaja. Oleh itu pelajar-pelajar yang berminat dalam cabang seni ini hanya menyimpan keinginan mereka sahaja tanpa diberi peluang mencuba dan menyampaikan ekspresi diri. |
|
|
|
|
|
|
|
The dramatic instinct, the desire to act
The artistic instinct, the desire to draw, paint and model
The musical instinct, the desire to dance and sing
The constructive instinct, the desire to make things
Dewey dan Holmes (1970) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|