CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4392|Reply: 0

Daniel, badminton wanita Olimpian 2009

[Copy link]
Post time 17-1-2010 07:29 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Lima pingat emas yang dirangkul pada Sukan SEA XXV,Disember lalu melayakkan jaguh renang negara, Daniel Bego dinobatkansebagai Olimpian Lelaki 2009 pada Anugerah Olimpian Majlis OlimpikMalaysia (MOM), semalam. Anugerah Olimpian Wanita pula menjadi milik skuad badminton yangmenamatkan kemarau 34 tahun dengan memenangi emas berpasukan padatemasya di Vientiane.
Walaupun mendapat cabaran hebat daripada skuad bola sepak, yangmuncul juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, namun Daniel, 20,terlalu hebat untuk digugat.
Perenang Sarawak itu bukan saja membawa pulang lima pingat emas,malah memecah empat rekod Sukan SEA serta lima rekod kebangsaan (acaraindividu dan berganti-ganti) sepanjang di Laos.
Ini merupakan anugerah Olimpian kedua buat perenang muda negara itu selepas turut dipilih sebagai penerima pada 2007.
Selain Daniel dan bola sepak, turut tersenarai dalam lima calonterakhir Olimpian Lelaki 2009 adalah dua penerjun handalan, Yeoh KenNee dan Bryan Nickson Lomas (pemenang dua pingat emas Sukan SEA) sertajaguh karate,
R. Puvaneswaran yang memenangi emas kelima Sukan SEA.
''Penghargaan ini (Anugerah Olimpian) menyuntik moral saya untukberaksi dengan cemerlang di Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahunini,'' kata Daniel.
Sementara itu, pemilihan pasukan badminton wanita sebagai penerimaanugerah Olimpian 2009 tiba tepat pada masanya, terutama bagi menyuntiksemangat apabila beraksi pada Piala Uber di Kuala Lumpur, Mei ini.
Kombinasi Wong Mew Choo dan Lydia Cheah serta beregu Wong PeiTty-Chin Eei Hui, Woon Khe Wei-Ng Hui Lin membantu Malaysia membenampenyandang juara, Indonesia 3-1 dalam perlawanan akhir. Skuad negaraturut dibarisi Sanatasha Saniru, Chong Sook Chin, Goh Liu Ying dan TeeJing Yi.
Sudah terlalu lama Malaysia tidak memenangi acara berpasukan wanitadan kali terakhir kita muncul juara di Temasya Bangkok 1975.
''Anugerah ini bagus sebab ia menyuntik semangat pemain-pemain mudayang tidak pernah meraih sebarang pengiktirafan sebelum ini. Malah, ialebih bermakna ketika skuad wanita negara sedang mempersiapkan diriuntuk menghadapi Piala Uber pada tahun ini.
''Saya juga berharap pasukan ini dapat dikekalkan kerana ia serasi dan semangatnya pula bagus,'' kata Eei Hui.
Skuad badminton wanita mengetepikan empat calon lain - Pei Tty-EeiHui, pemenang Olimpian 2008, Siow Yi Ting dan dua penerjun, Leong MunYee serta Pandelela Rinong, masing-masing memenangi dua emas di Laos.
Malah, Anugerah Olimpian 2009 turut menyaksikan lima bekas jaguhsukan negara dimasukkan dalam Dewan Kemasyhuran MOM, yang kali pertamadiperkenalkan pada 1993.
Bekas pemain dan ketua pasukan kriket kebangsaan dari 1955 hingga1972, Datuk Prof. Emeritus Dr. A.E Delilkan mengetuai senarai bersamabekas Presiden Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia (PKBM),Tan Sri Darshan Singh.
Turut dimasyhurkan adalah bekas jaguh badminton kebangsaan, DatukJames Selvaraj, bekas jaguh renang negara, Lim Keng Liat serta bekasbintang wushu negara, Ho Ro Bin.
Edisi ke-17 anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053386 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list