CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3151|Reply: 11

Telefon bimbit penyebab risiko tumor otak?

[Copy link]
Post time 14-1-2010 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 14-1-2010 13:03

Telefon bimbit penyebab risiko tumor otak?

S.M. Mohamed Idrismenunjukkan beberapa label tanda amaran kanser yang dilekatkan ditelefon bimbit pada sidang media di pejabatnya di Pulau Pinang,semalam.

PULAU PINANG 13 Jan. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mewajibkan pengeluar telefon bimbit meletakkan tanda amaran tentang risiko menghidap tumor otak apabila menggunakan alat telekomunikasi itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, kajian terkini oleh Profesor Lennart Hardell dari Hospital Universiti Orebro, Sweden mendapati penggunaan telefon bimbit secara berterusan selama lebih 10 tahun mampu meningkatkan risiko terhadap penyakit itu.

Berdasarkan kajian berkenaan katanya, bagi setiap 100 jam penggunaan telefon bimbit, penyakit tersebut meningkat sebanyak lima peratus.

''Bagi setiap tahun penggunaan telefon bimbit, risikonya meningkat sebanyak lapan peratus dan selepas 10 tahun terdapat kira-kira 280 peratus tumor otak.

''Kajian juga mendapati golongan muda lima kali lebih cenderung mendapat tumor otak jika mereka menggunakan telefon bimbit," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kanak-kanak juga mudah mendapat mudarat akibat radiasi telefon bimbit kerana otak dan sistem saraf mereka masih berkembang ditambah keadaan tengkorak yang nipis.

Tambahnya, kajian Hardell juga menunjukkan mereka yang menggunakan telefon bimbit ketika usia muda didapati lima kali lebih cenderung mendapat akustik neuroma yang boleh menyebabkan pekak.

Selain itu, S.M. Mohamed memberitahu, kajian tersebut turut membayangkan terdapat peningkatan kes kanser, manakala satu projek yang disokong Kesatuan Eropah pula menunjukkan bukti kerosakan sel.

''Telefon bimbit juga dikesan boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan lain antaranya penurunan bilangan sperma, gangguan daya ingatan, tulang lemah, gejala elektro sensitif seperti sakit kepala dantekanan perasaan," ujarnya.

Sehubungan itu, CAP menggesa kerajaan mengeluarkan amaran kepada semua ibu bapa supaya melarang anak-anak mereka di bawah usia 12 tahun daripada menggunakan telefon bimbit.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 14-1-2010 01:20 PM | Show all posts
ada satu thread nehh..
dok citer pasal radiasi segala..
tapi dalam peti admin plak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 01:26 PM | Show all posts
mmg btoi psai radiasi enset nih..tmbh lak plg bahaya kalu umah sapa2 dkt ngan pencawang....mmg bahaya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 01:54 PM | Show all posts
info ni bagus tuk pengguna hphone tegar @ kedegaq @ laki aku yg 24 jam melekat hp kat telinga....memanjang je ringing...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2010 02:00 PM | Show all posts
Bahaya telefon bimbit kepada kanak-kanak

Penggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak khususnya di bawah usia 12 tahun didakwa mendedahkan mereka kepada tumor otak.

Demikian hasil penyelidikan terbaru dari Sweden yang mendapati kanak-kanak lima kali lebih cenderung mendapat tumor menerusi penggunaan alat komunikasi itu secara kerap.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris memberitahu, kanak-kanak terdedah kepada radiasi telefon bimbit, telefon tanpa wayar dan peralatan lain kerana otak dan sistem saraf mereka sedang berkembang.

Katanya, oleh kerana kepala mereka kecil dan tengkorak lebih nipis berbanding orang dewasa, radiasi lebih mudah menembusi jauh ke dalam otak.

"Kajian itu diketuai Profesor Lennart Hardell dari Hospital Universiti di Orebro, Sweden. Ia dibentangkan pada persidangan antarabangsa mengenai telefon bimbit dan kesihatan serta risiko radiasi penyebab kanser," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Kata S.M. Mohamed, perkara ini menimbulkan kebimbangan kepada kesihatan khususnya risiko peningkatan tumor otak kerana antena radiasi berada terlalu hampir dengan otak dan kemungkinan ia menyerap sejumlah besar tenaga elektromagnetik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 05:59 PM | Show all posts
Sumber dr mana ni syd...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2010 12:24 AM | Show all posts
mmg btoi henset bahaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2010 09:32 AM | Show all posts
6# medangmru

utusan malaysia semalam
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 15-1-2010 10:21 AM | Show all posts
Tiada arahan amaran bahaya telefon bimbit

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Para pengeluar telefon bimbit tidak perlu menampal amaran risiko tumor otak akibat penggunaan alat itu pada produk mereka sebelum ia disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, walaupun kerajaan mengambil kira semua pandangan berkaitan kepentingan awam namun sebarang arahan perlu dibuat berdasarkan kajian yang sah dan berkecuali.

Katanya, ini kerana terdapat banyak aduan membabitkan penggunaan telefon bimbit yang diterima pihaknya sebelum ini didapati tidak sah dan mempunyai kepentingan tertentu.

"Setelah diselidik, banyak kajian yang didedahkan kepada kami sebelum ini (mengenai telefon bimbit) mempunyai kepentingan masing-masing.

"Contohnya ada kalangan pengkaji ini didapati tidak menyukai perkembangan industri telefon bimbit atas pelbagai sebab.

"Jadi kerajaan perlu bersikap adil dan hanya laporan WHO akan diterima pakai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan tentang bahaya penggunaan telefon bimbit ke atas orang ramai dan menggesa kerajaan mewajibkan pengeluar meletakkan tanda amaran tentang risiko itu pada produk mereka.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris memberitahu, kajian oleh Hospital Universiti Orebro, Sweden mendapati penggunaan telefon bimbit secara berterusan selama lebih 10 tahun mampu meningkatkan risiko tumor otak.

"Bagi setiap 100 jam penggunaan telefon bimbit, penyakit tersebut meningkat sebanyak lima peratus," katanya.

Rais seterusnya menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu mempercayai laporan sedemikian tanpa rujukan lanjut atau disahkan oleh pihak berkuasa.

"Orang ramai jangan terima sahaja, ini serupa seperti dulu apabila ada stigma mengatakan makan ubi kentang akan dapat penyakit usus yang kemudiannya terbukti tidak benar," tegasnya.

Post time 15-1-2010 12:14 PM | Show all posts
aku kalau tido, takleh letak hp kat bawah bantal or kt sebelah kepala aku...esok pagi bangun tido aku migraine...kena letak fon jauh2 dr kepala aku....huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 02:53 PM | Show all posts
11# nornasha

yg ko letak hp bawah bantal naper...?? takut boipren tipon tak dengar ekkk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.595391 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list