View: 3459|Reply: 3
|
Pasukan bola Togo kena serang
[Copy link]
|
|
PEMAIN Togo menenangkan rakan selepas kejadian bas ditembak.
| Tiga maut, sembilan cedera dalam serangan dipercayai dilakukan pemberontak Angola
LUANDA: Penyerang bersenjata melepaskan tembakan ke arah bas skuad bola sepak kebangsaan Togo ke pertandingan Piala Negara-negara Afrika (CAF) 2010 di Angola kelmarin, mengorbankan pemandu dan mencederakan sembilan yang lain, termasuk dua pemain.
Kapten pasukan bola sepak Togo, Emmanuel Adebayor, yang tidak cedera berkata kejadian itu memberi tamparan hebat kepada imej Afrika kerana Afrika Selatan bakal hos Piala Dunia tahun ini.
Bas itu baru memasuki lingkungan daerah Cabinda tempat pemisah melancarkan perang tiga dekad lamanya, apabila ia diserang selama beberapa minit, kata pegawai.
Seorang menteri Angola menggelar serangan di Cabinda, yang mengeluarkan kebanyakan minyak Angola, satu 'keganasan.'
Ramai pemain dalam perlawanan itu bersama kelab pada peringkat atasan bola sepak Eropah termasuk Adebayor; pemain hadapan Cameroon, Samuel Eto'o dengan Inter Milan dan penyerang Ivory Coast, Chelsea Dider Drogba.
| ADEBAYOR (kanan) yang tidak cedera ditenangkan.
| Kumpulan pemisah, Barisan Pembebasan Lingkungan Cabinda (FLEC) mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu, dua hari sebelum bermulanya CAF, acara sukan paling ditunggu di Afrika.
"Operasi ini hanyalah permulaan daripada beberapa siri tindakan dirancang yang akan diteruskan di seluruh jajahan Cabinda," kata kenyataan itu yang ditandatangani setiausaha agung FLEC, Rodrigues Mingas.
Penganjur Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF), berkata perlawanan itu akan diteruskan walaupun serangan berlaku.
"Keutamaan kami ialah keselamatan pemain namun perlawanan akan diteruskan," kata jurucakap CAF, Suleimanu Habubu di sini.
BEBERAPA orang awam mengawasi keadaan selepas tembakan dilepaskan. |
Cabinda adalah sebuah daerah terpisah dari Angola menerusi satu kawasan milik Republik Democratik Congo.
Konflik antara kerajaan dan FLEC berpunca sebahagian besarnya daripada sentimen penduduk tempatan yang tidak merasai hasil minyak sendiri. Keganasan di Cabinda tidak ada kaitan dengan perang saudara yang meletus selepas kemerdekaan dari Portugal pada 1975.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh tentera Angola melakukan kekejaman di Cabinda dan menuduh pegawai kerajaan menggelapkan wang hasil minyak sebanyak berjuta-juta dolar, dakwaan yang ditolak kerajaan.
Menteri Hal Ehwal Cabionda, Antonio Bento Bembe, yang satu ketika dulu memimpin FLEC menyifatkan serangan terhadap pasukan bola sepak Angola sebagai keganasan tetapi percaya bukan FLEC bertanggungjawab.
"FLEC tidak lagi wujud. Serangan dilakukan individu yang bertujuan menimbulkan masalah kepada kami," katanya. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
ini akan menimbulkan rusuhan kaum oleh pencinta negro bolatalk |
|
|
|
|
|
|
|
Togo confirm exit from tournament
Togo to play in African Cup of Nations despite gun attack
Togo's football team has decided to play in the African Cup of Nations following a deadly attack on the squad, even though its government has withdrawn the side.
Alaixys Romao told L'Equipe the team had agreed to stay in the Angolan enclave of Cabinda for its first Group B match against Ghana on Monday.
"The decision was taken unanimously," said Romao, who plays for French club side Grenoble.
Rebels of the Cabindan separatist group FLEC sprayed the Togolese team bus with gunfire on Friday, killing the driver and wounding nine others. Two members of Togo's delegation died on Saturday and one was undergoing surgery in South Africa.
A Togolese minister said on Saturday that the government had decided to pull the team out of the tournament, which starts on Sunday, because of "this dramatic situation."
But L'Equipe quoted Romao as saying: "We have just had a meeting of the whole delegation and we will be on the pitch on Monday to face Ghana."
Officials of the team and the Confederation of African Football were not immediately available for comment.
However, Manchester City said on their website that their striker Emmanuel Adebayor, Togo's captain, was returning home.
"People have died for the African Nations Cup, others have been injured. We can't let them down and leave like cowards," said Romao.
"If we stay here it's for them but also not to give any satisfaction to the rebels. Our government does not necessarily agree with us but we are all determined to play this competition."
Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
patot ManCity sponsor aaa satu private jet ke... ni naik bas je... sian... |
|
|
|
|
|
|
| |
|