Sinopsis: Zwei merupakan pelancong Jepun yang kebetulan pada masa itu menyaksikan pembunuhan mafia oleh assasin wanita, Elen. Elen diarahkan untuk membunuh sesiapa yang menyaksikan pembunuhan tersebut tidak kira orang awam . Walaubagaimanapun, kerana menyedari bakat "pembunuh upahan" yang ada pada Zwei, Scyte Master (doktor psikologi) tidak membunuh Zwei sebaliknya mematikan ingatan Zwei supaya dia dapat dilatih untuk dijadikan pembunuh upahan (assassin) di bawah organisasi Inferno. Elen diminta untuk melatih Zwei sehingga dia berjaya melaksanakan misi sebagai pembunuh upahan.
4 Jenis Assasin dicipta oleh Scyte Master:
1) Elen
- Boneka Scyte Master yang paling akur tetapi kerana cinta terhadap Zwei, Elen mengkhianati Scyte Master. 2) Zwei
-Assasin terbaik ciptaan Scyte Master, dilatih oleh Elen.
-Menjadi musuh Scyte Master kerana konsipirasi jahatnya. 3) Drei (Cal Devens)
- Tawar diri sbg assasin di bawah Scyte Master kerana kebencian terhadap Zwei yang meninggalkannya sewaktu rumah tempat tinggal mereka dibomkan. 4) Zahlen Schwestern
-12 Assasin back-up dibawah kelolaan Scyte Master.