CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2613|Reply: 11

Pendapat untuk wad pedriatric...

[Copy link]
Post time 29-12-2009 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Salam,
Saya baru balik dari percutian 3 hari 2 malam di wad pedriatric Hospital XXX. Anak saya mengalami sedikit masalah kesihatan dan terpaksa dimasukkan ke wad. Anak saya ni masih menyusu badan dan sepastinya tidak boleh tidur berasingan. Sesiapa yang menyusukan anak pasti memahami kondisi ini. Ironiknya di dalam wad hanya disediakan babycourt dan kerusi menunggu. Bila saya menyuarakan bahawa anak saya tidak mahu tidur berasingan terutamanya ketika dier sedang sakit, pihak hospital (nurse) menyuruh saya tidur bersama di dalam baby court dengan alasan takut baby jatuh dari katil. Hmmm... apa pendapat anda? jadi saya terpaksa menurut dan tidur bersama di dalam babycourt yang sangat sukar bagi saya untuk bangun di tgh malam untuk melayan kerenah anak saya yang sedang sakit. Saya menjadi sangat tertekan dgn keletihan yang amat sangat dan tidur yang tidak sempurna ditambah lagi dengan cara tidur yang sangat tidak masuk akal (saya yang hampir jatuh katil). Keadaan katilnya sangat sempit, kecil dan sangat tinggi untuk turun dan naik. Akibatnya susu badan tidak dapat dihasilkan dgn cukup (kerana terlampau stress)dan tahap kesabaran pun hampir hilang. hmmm mustahilkah untuk pihak hospital menyediakan katil untuk anak yg menyusu badan seperti katil pesakit dewasa dilengkapi pagar seperti baby court? Di mana harus saya berikan pendapat ini? Malaysia Boleh kan?!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2009 11:48 AM | Show all posts
Tak masuk akal langsung... ada ke suruh tido dlm baby coat tak perihatin betol.
selalunya dlm bilik hospital tu mesti ada katil utk penjaga dan baby coat upon request.
Ngape tak mintak extra katil?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 12:17 PM | Show all posts
Rasanya pada pendapat hospital tu..baby court is more secured berbanding katil dewasa tuh..if bb terjun ka..mcm mana?rsnyer leh request kerusi malas tu kan?mmg kalo anak sakit mmg takleh tidor mlm ..itu le yg kurs...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 12:22 PM | Show all posts
saya br balik dr jospital sg buloh... bagus jerr layanan diaorg. 1st day siap husband saya pun dpt katil. saya tidur dgn anak atas katil besar. 2nd day guard suruh mak jer yg stay. doktor n nurse pun friendly.. sampai husband saya kasi buah tgn sebelum balik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 01:07 PM | Show all posts
hospital mana tu??
kat wad paediatric HKL pon ada di sediakan katil besar sebelah ngan baby court..utk kesenangan ibubapa yg menjaga ...selesa je
saya dah dua kali ler masuk wad paediatric HKL temankan anak saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 05:24 PM | Show all posts
kerusi penunggu memang boleh dijadikan tempat tidur tetapi memang untuk orang dewasa sahaja.. tetapi itu bukan masalahnya. masalahnya anak kecil yang menyusu badan biasanya lebih merakap kepada si ibu terutama ketika dia sedang sakit. Jangan katakan dier akan tidur lepas menyusu kiter boleh letak elok elok atas katil dier, dier dah tidur pon tak leh nak letak. So si ibu yang menyusu mesti akan berbaring sambil memeluk anaknya kan? Si ibu juga perlu tidur yang cukup untuk menhasilkan susu yang berkualiti demi si anak supaya lebih cepat sembuh. Kerana si anak mesti menyusu dengan banyak untuk kembali sihat. Jadi bagaimana si ibu mesti berbaring dengan anak di sisi kalau hanya ada babycourt dan kerusi malas? Adakah si ibu harus memangku si anak sepanjang berada di hospital? Mungkin tidak semua hospital yang begini, tetapi masih ada. Tetapi pasti kita mengaharapkan pihak hospital lebih arif mengenai masalah kesihatan kerana ini adalah bidang mereka dan mereka seharusnya lebih prihatin kerana di Malaysia masih lagi negara merdeka dan bukannya di dalam keadaan daif. Mungkin mereka seharusnya ada tempat untuk ruangan komplen untuk memperbaiki kualiti supaya menjadi lebih baik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2009 11:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by kazaraf at 29-12-2009 23:04

kak Maharanei, bgtau jela nama hospital.. org pn akan senang nk komen..
komen y ada. HKL & Sg.Buloh xde masalah ni..

n kalo tau nama hospital.. mungkin akan ada forumer y brani buat aduan betul2 kt pihak berkenaan.
so hospital tu akan kene marah. padan muka hspital tu nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 11:06 AM | Show all posts
terus terang je la kak ...spital mana yg sengal sangat ni???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2009 06:11 PM | Show all posts
Sorry - people, it's baby COT - court tu mahkamah, coat tu baju coat.....macamana nak martabatkan bahasa melayu bila kita asyik nak guna perkataan inggeris, and salah pulak tu....

PEACE....!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2009 11:59 AM | Show all posts
oh yer ker Leo_Tigris,.. terima kasih sebab menegur 'baby cot' betul?... atau dalam bahasa melayu nya? Katil bayi berpagar? Menegur tuh satu perkara yang mulia.
Kalau ada yang silap lagi tegurlah dengan cara yang manis. Perkataan 'Sorry' dan 'PEACE' tidak boleh dijadikan tiket untuk anda berlaku sinis. Kiter orang melayu sepatutnya kaya dengan adap dan sopan. Apa rasa anda sekiranya anda ditegur seperti ini di hadapan semua orang? Nak jadi cikgu pun ada garis etika tau.. PEACE!! ;);)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2009 12:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by Maharanei at 3-1-2010 13:54

Berbalik pasal hospital tu, oklah hospital tut tut. Selain dari masalah KATIL BAYI BERPAGAR tuh alhamdullillah semuanya ok. BTW, marah marah tuh tak perlu kot cuma pendapat untuk menaiktaraf prestasi sahaja. Sebab macam tak patut bila tengok ramai si ibu terpaksa berlengkar di dalam katil bayi. Kalau bayi nyer menyusu botol bolehlah dipertimbangkan itu pon kerusi menunggunya biarlah selaras dgn katil bayinyer. Kalau tak, boleh bayangkan tak? huhuhu...
Sekali lagi maafkan saya kalau ada terkasar bahasa atau salah penggunaan perkataan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2010 06:46 PM | Show all posts
Alhamdullillah ...

Harap pendapat saya boleh membantu dalam memperbaiki mutu dan tahap kesihatan negara.

Apa2 pon yang baik datangnya dari Dia dan salah silap maafkan saya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.650424 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list