CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3156|Reply: 12

Apa Hak individu sebagai pekerja ini?

[Copy link]
Post time 24-12-2009 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Saya ada sedikit rasa ketidakpuasan hati di sini, Contoh secara bercerita disini

Si Ali sudah hampir 15 tahun mengabdikan diri bekerja di Company A, dan hampir 16 tahun dengan basic RM1200.00, dan net pay setiap bulan hampir RM2500.00 itupun harus kerja lebih masa setiap hari.

Satu hari dia mendapat offer dari Company B, dengan basic RM1800.00, dengan jawatan yang lebih baik sikit. Dia terima offer tu.

Tanpa apa-apa tindak balas dari pihak A pada Ali (perjumpaan, pujuk, soalbalas kenapa nak berhenti) si Company A telah bertindak berjumpa dengan Majikan di Company B, dengan stail samseng kampung dusun tidak membenarkan Company B menarik anak buah dari pihaknya.

Dan sekarang Pihak A sedang bertungkus lumus ke Jabatan tenaga Kerja, MAIDA dan ntah mana-mana lagi untuk membuat aduan tentang masalah ini.

Sedangkan si Ali mahu berhijrah kerana tawaran Basic yang lebih baik serta jawatan yg agak terjamin.

Apa hak si Ali sebenarnya.

Boleh sesiapa yang maklum tentang ini terangkan apa hak Ali? atau mungkin ada juga yang pernah merasa masalah kerja seperti ini?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 09:33 AM | Show all posts
KENAPA BERITAU NK G KERJA KT COMPANY B?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2009 09:40 AM | Show all posts
Tuan punya bdn tak kecoh, tapi ada org lain yg cemburu dan kalut yang menyebarkan cerita. Asalnya tuan punya bdn yg kecoh dpt offer tu, tapi bila dia dah di pujuk rayu dengan kenaikkan kecik sket dia tolak offer tu.

Yg jadi geram, Majikan ada hak ke utk bertindak supaya Company lain jgn terima pekerja dari Company A ni jika ada pekerja Company A yg memohon?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 10:07 AM | Show all posts
pertama salah diri sendiri sebab bagi tahu nak kerja mana, apatah lagi majikan baru adalah pesaing.

kedua memang tak patut seorang pekerja dihalang dari berpindah ke tempat lain yang menawarkan kehidupan yang lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 10:12 AM | Show all posts
check semula employment contract.. tgk aper terms & conditions nyer...
by right.. majikan x berhak menghalang pekerja berenti...

sometimes... kiter x bgtau..
tp kekadang bakal majikan baru call tpt kijer kiter & nk verify ttg kiter..
secara x langsung bakal bekas majikan dpt tau..

happened to me..
my staff apply kijer ngan one company ni..
mula2 i pon x tau..
tp bl company tu call buat verification.. of course la pecah lubang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2009 10:33 AM | Show all posts
Ali ni pn dah faham, karenah Company dia. dah berbelas tahun bukan tak faham pangai Company sendiri, Kebajikan Zero, tapi taunya nak nampak gah manjang.

Dia bagi tau, nak duduk kat kampung, tup tup mamat kepoh plak jadi wartawan. nak wat camner...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2009 11:20 AM | Show all posts
dh lame tu keje gaji macam tu je ye.betul cakp kwan kita.company yang pesaing jnganlah kite duk beritahu lak.kan dh camni haru gak.company A pn bangang gak.dah behenti baru sibuk memujuk.salama ni xhargai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 11:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by sajer at 24-12-2009 11:37

Soalan aku:

1. Adakah Company B termakan tohmahan Company A?
2. Berapa lama notis berhenti kerja Company A?
3. Adakah Ali dah beri notis berhenti kerja yg mencukupi ikut kontrak perkhidmatan dia?
4. Adakah Ali ada apa2 hutang ngan Company A?
5. Adakah Ali ada kontrak lain dgn Company A?
6. Buat apa Company A nak buat report kat pejabat buruh, MAIDA, etc...? Dia nak buat report Ali psl apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2009 02:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilya at 24-12-2009 14:48

berdabel-dabel lak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2009 02:48 PM | Show all posts
Jawapan utk Sajer.

1. Hendak tak hendak, kalau rasuah bermaharajalela, mmg itulah yg terjadi. Lagilah kononnya Majikan juga ada Persatuan.. hmmphhh
2. Macam ikut law buruhler, Ali bagi sebulan notis, tapi kalau ikut sesuka hati org besar yg ingat Company ni atuk dia puunya kengkadang, hari ni hantar resign, better sok tak yah dtg. klau dtg pun dia akan wat cam ko ni tak wujud. (Ego)
3. Yes, ikut apa kata yg pejabat Buruh gariskan..
4. takde hutang apa-apa, rekod kerja bagus...
5. Takde Kontrak apa-apa....
6. Seperti yg di kata, Company A suka mendahului. Jenis tak boleh terima company lain lebih baik memberi kebajikan kepada pekerjanya. That's Why.

Habis takkan selamanya kena bekerja sampai mati di sini, walaupun org kata gaji, kemudahan, kebajikan takde... bla..bla... tapi bila kita ambil tindakakn mencari yg lebih baik, ini yg terjadi. Jadi macammana tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 09:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by sajer at 24-12-2009 21:21

1. Hendak tak hendak, kalau rasuah bermaharajalela, mmg itulah yg terjadi. Lagilah kononnya Majikan juga ada Persatuan.. hmmphhh
xkira la majikan join MEF ke, join konsultan HR mana2 mcm MECCA ke atau apa2 sekali pun, klu majikan B dah terpengaruh dgn kata2 majikan A, adakah majikan B masih beri offer tu pd Ali atau dah tarik balik offer? Klu dah tarik balik offer, Ali xleh buat apa2. Klu majikan B blm tarik offer, keje jer la kat kampeni ni slps bg notis yg cukup pd company A. Pengalaman aku kat HR dept sblm ni, pekerja2 jwtn tertentu dlm industry yg sama atau competitor adlh aset. pekerja2 sedia ada mmg aset tp diorg ni pun aset gak sbb xyah bazir duit nak train lama2 atau hantar gi training mcm2. so, klu company B xendahkan apa yg company A bgtau, dia still akan employ Ali gak. buatla fitnah apa sekali pun. nasib company B xbayarkan Ali salary in lieu of notice suruh Ali berenti 24 jam.


2. Macam ikut law buruhler, Ali bagi sebulan notis, tapi kalau ikutsesuka hati org besar yg ingat Company ni atuk dia puunya kengkadang,hari ni hantar resign, better sok tak yah dtg. klau dtg pun dia akanwat cam ko ni tak wujud. (Ego)
Based on awk punya citer, Ali dah keje 15 thn kat company A right. so, ikut akta kerja, Ali kena serve notis 8 minggu sbb dah bekerja lbh drp 5 tahun (Seksyen 12 (2) (c) Akta Kerja 1955). Klu ada kontrak perkhidmatan, kita akan ikut kontrak perkhidmatan. let say dlm kontrak perkhidmatan ada term yg mengatakan mana2 pekerja yg telah bekerja lbh drp 5 thn boleh menamatkan perkhidmatan dgn bagi sebulan notis. jd yg dlm kontrak perkhidmatan akan di ambil kira. Klu hari ni hantar surat resign, then esok, lusa, lepas2 tu Ali xdtg, Ali dah absconded & boleh di tuduh bg notis 24 jam sbnrnya. Dia juga boleh di tuduh langgar kontrak (Seksyen 15 (2) Akta Kerja 1955) & company ada hak utk tuntut Ali salary in lieu of notice. Klu lps bg notis lbh drp 24 jam tp majikan kata esok dah xyah dtg & dia byr gaji smpi hujung bulan, jgn ler percaya. Silap2 majikan gi claim gaji ganti notis kat pjbt tenaga kerja. aku byk terima kes camni. klu lps bg notis, majikan mcm layan xlayan kita jer, dtg jer keje. cukupkan notis tu. so, bila apa2 perkara berlaku, majikan xboleh nak tuntut apa2 drp pekerja yg nak berenti ni.


3. Yes, ikut apa kata yg pejabat Buruh gariskan..
aku dh jawab tadi

4. takde hutang apa-apa, rekod kerja bagus...
klu xde hutang apa2 bagus la. kdg2 sstgh pekerja msih ada hutang advance atau apa2 hutang la

5. Takde Kontrak apa-apa....
lagi satu yg aku concern, mana tau Ali ada gi training apa2 then company byr dulu mcm dptkan diploma safety & health tp company bayarkan. so dia terikat dgn majikan utk tempoh tertentu. tp klu majikan nak tuntut yg ni, xleh gi pejabat tenaga kerja sbb kitorg xde kuasa utk dengar. klu majikan nak tuntut gak kena gi mahkamah sivil.

6. Seperti yg di kata, Company A suka mendahului. Jenis tak bolehterima company lain lebih baik memberi kebajikan kepada pekerjanya.That's Why.
buat ler report. selagi xde isu yg berasas & bukan dlm bidang kuasa kitorg, silap2 kes dibuang.


ok, aku jwb apa yg aku tau. klu sesapa lagi tau & nak betulkan apa2 yg silap silakan. aku pun budak baru belajar....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 02:15 AM | Show all posts
good info sajer..
bagi aku jika kita tiada ikatan dgn co. (cth jawapan no 5) dan kita ikut law (cth jwpn no 2) kita bebas untuk bekerja dgn mane co. yg kita suka..
cth senang aku dah pakai keta jenis P dan aku nak bertukar jenis M so aku bebas nak beli ape yg aku mahu sbb bukan P taja keperluan keta aku dan aku pun dah abihh 'hutang' keta P.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2009 04:17 PM | Show all posts
mekasih sajer, byk info bagus yg dpt nih..

kalau yg lain boleh kongsi ilmu seperti sajer, silalah... Incase Ali boleh bersedia apa yg patut. Setakat ni, Kompeni B tidak menolak permohonan Ali. Offer masih on. Alhamdulillah.

Yg Kompeni A buat utk masa sekarang adalah menyekat mana-mana pekerjanya dari memohon ke kompeni A pada masa akan dtg.

hmmppphhh... hampa betul bila terjadinya perkara macam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053927 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list