View: 3529|Reply: 8
|
PERASAN SIK?? APA KOMEN??
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by SayangAnakku at 14-12-2009 15:37
Sabah & Sarawak: Remaja Melayu jual mapiau Oleh M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]
REMAJA Melayu menunggu pelanggan tetap keputusan 4 nombor ekor atau mapiau.
| Tanpa segan silu cari pelanggan di kawasan penduduk Muslim
KUCHING: "Saya tidak ganggu sesiapa, cuma mencari pendapatan sampingan dengan menjual mapiau," kata seorang penjual keputusan nombor ekor perempuan yang hanya dikenali sebagai Suhana, 24, ketika ditemui di bulatan berdekatan Kampung Gersik, Petra Jaya, baru-baru ini.
Jika sebelum ini kegiatan menjual keputusan cabutan nombor ekor atau mapiau kerap dikaitkan dengan orang bukan Islam, namun suasana itu kini berbeza kerana boleh dikatakan hampir semua penjualnya di kawasan majoriti penduduk Islam seperti Petra Jaya adalah Melayu.
Lebih mengejutkan, di lokasi seperti di bulatan berdekatan Kampung Gersik, empat penjual perempuan adalah kakitangan kerajaan, pelajar sekolah dan suri rumah menjalankan kegiatan berkenaan bersama penjual lelaki yang lain.
Difahamkan, kegiatan ini akan bermula pada jam 8 malam sehingga jam 10 malam dengan penjual mapiau mampu meraih pendapatan antara RM20 hingga RM30 jika mampu menjual semua keputusan yang dibuat salinan pada kertas A4 sebelum ia dipotong dua.
Menurut Suhana, dia tidak mengumpul maklumat keputusan nombor ekor berkenaan dan menyalinnya kembali pada kertas keputusan, sebaliknya ia dilakukan pihak lain sebelum mereka hanya perlu membeli keputusan itu daripada individu dan membuat salinan semula.
| PENJUAL mapiau mula aktif dari jam 7.30 petang hingga 11 malam di sekitar Petra Jaya.
| Dia yang bekerja sebagai kakitangan tetap sebuah jabatan kerajaan berkata, kerja itu hanya dilakukan bagi mendapatkan pendapatan sampingan selain ia adalah mudah dan tidak memenatkan sesiapa saja boleh menjual mapiau.
"Kos membuat salinan cuma RM1 dan saya menjual antara 40 hingga 60 keping mapiau pada harga 50 sen sekeping dengan jumlah pendapatan bagi tempoh sekitar dua jam kira-kira RM30.
"Saya juga membawa adik yang masih bersekolah bagi membantu menjual mapiau kerana kami terpaksa bersaing dengan penjual lain yang turut menjalankan aktiviti ini di lokasi sama.
"Bagaimanapun, kerja sampingan ini hanya boleh dilakukan pada hari keputusan iaitu malam Rabu, Sabtu dan Ahad selain pada hari yang mempunyai cabutan istimewa yang selalunya pada hari Selasa," katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati penjual mapiau kerap menjadikan lokasi bulatan sebagai tempat menjalankan perniagaan dengan perbuatan ini jelas membahayakan berikutan ada pemandu yang bertindak memberhentikan kenderaan di tengah jalan.
Selain bulatan berdekatan Kampung Gersik, lokasi lain ialah di bulatan berdekatan Kompleks Mahkamah Kuching, Jalan Astana, persimpangan lampu isyarat Kampung Gita serta di Jalan Matang Jaya.
Seorang lagi penjual mapiau yang dikenali sebagai Asiah, 23, berkata dia mula menjalankan kegiatan ini selepas diajak suami membantu menjualnya setahun yang lalu.
Katanya, pendapatan menjual mapiau tidak lumayan, namun ia mampu menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.
"Pada mulanya saya cuma menemani suami yang lebih lama menjual mapiau di sini, namun lama kelamaan saya turut bersamanya menjual kerana mendapati kerja ini mudah.
"Suami juga menggalakkan saya menjual mapiau kerana wang berkenaan boleh dikongsi bersama bagi membeli barang keperluan lain atau digunakan untuk perbelanjaan harian di kilang.
"Saya tidak pasti perbuatan ini salah atau tidak, namun selagi saya tidak mengganggu atau memaksa orang membeli keputusan nombor ekor ini, saya rasa ia tidak menjadi kesalahan," katanya yang mengaku berasal dari kampung berdekatan.
Sementara itu, penduduk Kampung Gersik, Mohd Mentali Ibrahim, 41, berkata perbuatan menjual keputusan nombor ekor berdekatan jalan masuk ke kampung itu mencemarkan imej kawasan berkenaan.
"Kegiatan ini baru bermula dengan sebelum ini tiada siapa yang berani menjual mapiau di sini kerana mengetahui semua penduduk kampung ini beragama Islam dan mengetahui judi adalah haram.
"Mereka ini jika ditanya pasti mengaku berasal dari Kampung Gersik, namun sebagai penduduk asal saya tidak pernah mengenali mereka dan dipercayai penjual ini berasal dari kawasan lain tetapi menjual mapiau di sini.
"Saya meminta kepada pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) memantau kegiatan ini kerana mereka tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila berani menjual mapiau ketika sambutan Aidilfitri dan Aidiladha baru-baru ini," katanya ketika ditemui.
Ntahlah... topik tok bukan nak ngajak orang berkelai tetapi kamek ada perasan sikit lah...sejak akhir akhir tok media asyik mencari kesalahan orang sarawak... sebelum tok ada juak kes kat waterfront ya keluar.....sampei kedei tambi nias dipasar kenak tunjuk dalam TV jual pil "nospan"...betul sik eja yakah ...... then ada waktu bulan puasa ari ya kes miak kat boyan ya minum arak....ditunjuk juak dalam TV.... nang adaaaaaaa.......
Apa komen kitak orang?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah la, bukan wartawan @ sapa2 nk buka pekung org2 Sarawak/Kuching khususnya....baguslah buat pendedahan biar semua org buka mata. Mak kamek baru pulang dr Kuching...melawat sanak saudaranya disinun. Nya asal dr Kg Boyan, Petra Jaya. Kamek dh lamak sik ke Kuching ada 15 tahun...Kg Boyan/Gersik dll sik macam dolok2....Mak kamek madah di Kuching esp di Waterfront mun hri siang sik ada ramei org gilak tp mun malam Ya Rabbi rameinya macam pesta....saudara kamek empun madah....jaga2 ramei anak muda yg minum-minum, yg khayal-khayal....bnyk perbuatan sik bermoral sia.....komuniti Islam Melayu sinun kena hati2 sama2 menjaga anak2 muda kita...jgn berleluasa terjebak ke kancah maksiat......org melapur sebb org risau....bila org risau itu tandanya org kisah & sayang.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagi kamek sik kira laporan bagus kah nisik, yang salah tetap salah
baguslah ada pendedahan, biar mun org baca akan fikir sejenak apa yang sidak polah ya betul kah nisik...banyak lagik cara carik rezeki, iboh nak bersubahat dgn aktiviti2 haram
mun orang bukan islam sikda masalah, tp utk org islam sik patutlah, rezeki pun kelak nak jadi darah daging
|
|
|
|
|
|
|
|
susah la nak madah.... bkn nang dr dolok ka media slalu molah gya? ehehhehe....
tp kmk pun perasan juak asal mlm mesti ada org jual mapiau area pj tok. slalu limpas dpn koperkasa ya ada la sorang duak bejual mapiau sia..
pasal area boyan, gersik, pulo, bintawa, surabaya dan sewaktu dgn nya ya... hmmm... mmg org2 berkumpul dpn ya esp remaja melayu nak ngeso hebat. kdg2 sampey kelaie sama dirik.. mun sik kelak merogol anak org.. |
|
|
|
|
|
|
|
kamek baruk tauk nama orang jual result no ekor ya MAPIAU... |
|
|
|
|
|
|
|
dak Mapiau tok nang mengarey jak sia2...almost tiap sukut jeraya & roundabout dak tok "on duty" ...ada yg "beroperasi" tepi jeraya jematan pending/tabuan melayu..... |
|
|
|
|
|
|
|
persoalan kamek ialah, kenak reporter mesti tauk perkara tok dolok sebelum pihak2 nak berkuasa? huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan masalah mukak pekong ke nisik.. p .. sik kan ditandah jak.... orang/ polis perlu bukak mata ckit pasal masalah sosial kat area kch tok.... waterfront ya nang dah terok kinek tok.. tempat ngepau orang, ngarak, ngegam.. miak melayu sekati jak minum arak tepi jeraya... |
|
|
|
|
|
|
|
nang nama nak ambik keja cara mudah..nang sik berpikir la sidak tok. orang bukan islam tepok tangan nangga kita molah keja giya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|