View: 2947|Reply: 18
|
Bajet 2010 Mulai 1 Januari Satu AP RM100K
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by cm_gagahperkasa at 24-10-2009 22:47
RM100,000 dikenakan untuk setiap AP
bagi pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010.
Sebahagian daripada kutipan
akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera
dalam sektor automatif.
adakah ini bererti Harga kereta Import
akan naik melambung.
Jom kita diskusi
|
|
|
|
|
|
|
|
"dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif" ???Apa rasionalnya ??
Aku bukan racist tapi kalau aku non-bumi sure akan tertanya2 why support these fund to bumi? Betul tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi untuk kaum india ada gakkan...so ada la pro nya. tengok balik bajet |
|
|
|
|
|
|
|
abg zekk...oi abg zekk camner ni......
adik den sorang lagi tu nak balik dari jepon bln 3 tahun depan.....die baru jer beli wish ....takkan kene kene beli ap kot....... |
|
|
|
|
|
|
|
rege kete impot akan naik ker? |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya nh persediaan utk counter yg AFTA tu kot...
so harga keta akan maintain mahal dan mungkin naik lagi ada...
agaknya la....aku pn bukan reti sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
yess naik laaaaaaaaaaaaa
apa lg keje gomen
if xmenyusahkan korang nk rasa keta best2
regards |
|
|
|
|
|
|
|
5# raies
ko suruh dia dismentel kereta yg nak diimpot tu sikit2
dan bawak masuk pat by pat
dah lekap ko suruh dia asembel mcm kereta CKD. |
|
|
|
|
|
|
|
abg zekk...oi abg zekk camner ni......
adik den sorang lagi tu nak balik dari jepon bln 3 tahun depan.....die baru jer beli wish ....takkan kene kene beli ap kot.......
raies Post at 24-10-2009 01:13 PM
yg nak kena bayar tu AP terbuka bang...adik abang yg balik tu pakai AP student...adik abang cuma kena belanja teman chicken chop aje |
|
|
|
|
|
|
|
11# z-b-i
Oh ya ke
aku dapat kat sisni nah link dia
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20091023172810/Article/index_html
Inti pati Bajet 2010
KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini.
* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010
* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.
* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.
* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.
* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.
* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.
* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.
* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.
* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.
* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.
* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.
* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.
* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.
* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.
* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.
* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.
* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.
* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa.
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam.
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti.
* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.
* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta.
* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.
* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.
* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.
* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.
* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.
* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak kan paper Malaysia, camnala diorang buat kerja. Sebab aku memang dengar live kat radio najib sebut 10K.
aku buat homework sikit, check terus teks ucapan kat website kementerian kewangan:
http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub10.pdf
sedutan ucapan najib:
"Untuk ini, Kerajaan akan mengenakan bayaran sebanyak 10 ribu ringgit bagi setiap AP yang dikeluarkan...." |
|
|
|
|
|
|
|
13# z-b-i
anyway bagus juga kita betul membetul TQ
..tapi rakyat cam kita jugaklah yg kena |
|
|
|
|
|
|
|
abg zekk...oi abg zekk camner ni......
adik den sorang lagi tu nak balik dari jepon bln 3 tahun depan.....die baru jer beli wish ....takkan kene kene beli ap kot.......
raies Post at 24-10-2009 01:13 PM
yg nak kena bayar tu AP terbuka bang...adik abang yg balik tu pakai AP student...adik abang cuma kena belanja teman chicken chop aje
bleh...saje.....tp abg zek kene p kat shikokulah......hhehehe |
|
|
|
|
|
|
|
9# cm_gagahperkasa
konform lepas pasang bali tak jadi wish lagilah......jadi wald dah kira bagus....wuah...wuah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm...kalu gitu...lepas ni maybe akan banyak lagilah model keta dari luar yang di CKDkan dan rebadge kot. |
|
|
|
|
|
|
|
sy tatau sgt pasal open AP ni, tapi open AP holders tu sape? macamana seseorang tu bleh dapat open AP tu? ke sape2 boleh?
kalo macam Naza @ penjual2 kereta kat tepi2 Jalan Ampang tu, open AP holders ke?
tq |
|
|
|
|
|
|
| |
|