CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2414|Reply: 7

2009 Malaysia Initial Quality Study

[Copy link]
Post time 21-10-2009 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2009 05:19 PM | Show all posts
Myvi duduki tangga teratas bagi kualiti awal kereta kompak
21/10/2009 4:13pm


KUALA LUMPUR 21 Okt — Perodua Myvi buat kali ketiga menduduki tangga teratas bagi kualiti awal dari segi pemilikan kenderaan baharu dalam segmen kereta kompak, kata J.D. Power Asia Pasifik.

Dalam segmen yang sama, Myvi diikuti rapat oleh Proton Savvy, dengan Perodua Viva mengekori di belakang, kata penyedia perkhidmatan maklumat pemasran itu, dalam kajian Indeks Kualiti Awal Malaysia.

Kajian itu menilai kualiti kenderaan baharu sepanjang dua hingga enam bulan pemilikan, mengukur lebih daripada 200 simptom masalah yang meliputi lapan komponen kenderaan, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Honda City yang direka bentuk semula, menduduki tangga teratas segmen kereta saiz pertengahan permulaan, diikuti Toyota Vios dan Proton Saga.

Bagi segmen kereta saiz pertengahan, Toyota Corolla Altis di tempat teratas, diikuti Honda Civic dan Nissan Sylphy di tempat ketiga.

Toyota Innova menduduki ranking tertinggi dalam segmen MPV/van buat tahun kedua berturut-turut, diikuti Nissan Grand Livina dan Toyota Avanza.

Bagi segmen pikap, Isuzu D-max di tempat pertama, diikuti Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton di tempat ketiga.

J.D. Power menjalankan kajian kepuasan pelanggan dan khidmat analitis prestasi dalam industri automotif, teknologi maklumat dan kewangan.

Indeks Kualiti Awal Malaysia adalah antara tiga kajian berasaskan pengguna dan adalah berdasarkan terhadap respons 2,874 pemilik kenderaan baharu yang membeli kenderaan masing-masing dari September 2008 hingga Mei 2009.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 07:16 PM | Show all posts
Proton2..
ape cite Saga nih?
dah berbelah bagi lak aku..
banyak sgt problem ye..hu4...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 08:03 PM | Show all posts
viva banyak problem?

betul sangat sangat ...... keta hampas yg dibuat oleh manusia kejar untung
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 11:12 PM | Show all posts
aku penah tgk survey neh yg utk period sebelum neh... 2008 kot... masa tuh myvi gak... n antara sbb utama aku beli myvi.... hehehe....

tapi city lagi power tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 12:02 AM | Show all posts
Myvi ok ye berbanding Viva..
agak2 nape ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2009 09:33 AM | Show all posts
aku rasa korang salah konsep neh...

neh senarai 3 kereta terbaik dalam setiap klas.... maknanya keta lain dalam klas yg sama yg teruk....

tapi viva tak sebaik myvi la... kalo ikut statistik neh... dari 100 kereta Viva.. ada 186 masalah...

means average 1.86 masalah per car... kire ok la tuh... tak smpi 2 masalah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 04:15 PM | Show all posts
ohh nampak dah,
ini kire antara kereta yg terbaek la kualiti dia,
thanks Qax..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 1.123510 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list