CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11345|Reply: 11

Dari guru dg41 ke jawatan pensyarah

[Copy link]
Post time 17-10-2009 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by farahsultan at 17-10-2009 18:55

salam,
saya ada sedikit kemushkilan di sini, siapa siapa tolong bagi pendapat yer.
Saya ni seorang guru sekolah rendah (kpli dg 41) tajaan kementerian pelajaran, kontrak saya dgn kpm,  iaitu saya perlu menghabiskan 24 bulan berkhidmat sebagai guru bawah kpm. kalau saya cabut lari sebelum 24 bulan abis, saya kena saman dengan kpm. kontrak saya cukup 24 bulan pada 2 jan 2010.

saya apply dan dapat jawatan pensyarah dm 45 di satu ipta. dah cakap dengan diorang pasal kontrak saya dengan kpm, diorang suruh saya handle dengan kpm sendiri......
cam ner saya nak buat yer?...kes saya ni sama jer dengan kes kakitangan gomen tukar ke kementerian yng lain...saya pun belum kasi tahu guru besar saya pasal ni.... official offer lettter dari ipta tu pun belum terima lagi (tapi nsha allah dapat pada mid nov 2009)
soalan sya..
1. perlukah saya jumpa g besar saya dulu atau contact terus dengan sumber manusia kpm?
2. boleh ke saya nak terus daftar diri di ipta sejurus selepas kontrak saya tamat (2 jan 2009) atau kena hadapi pelbagai karenah birokrasi?
3. perlukah saya  bagi notis berhenti kerja  dari sekarang walaupun sekarang ni saya masih terikat dengan kpm?(lagi 2 bulan lebih nak abis kontrak)
3. macam mana dengan seniority saya? saya kena letak jwatan ker? or minta pelepasan?
4. gaji saya kena start dari bwah  ke? exp 2 tahun saya sebaga guru diambil kira/ tidak diambil kira...?
minta maf kalau soalan panjang panjang...
saya nak dengar pendapat dari forummers  tentang masalah saya... harap dapat membantu... tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2009 07:25 PM | Show all posts
Senang aje....

Kalau pakai budi bicara, confirm boleh selesai.

Lagipun ini kes transfer G to G...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 08:56 PM | Show all posts
Peluang keemasan...DG41 kat sekolah setakat  DG 44 ja rugi sangat2...
DM45 member dah sambung Phd sekarang ni...
Good luck....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 07:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by matrik02 at 19-10-2009 07:18

U apply DM45 di UiTM untuk buat permohonan melalui guru besar atau U apply senyap2? U sudah posting di Sekolah tentu ada Buku perkhidmatan kamu yang perlu di bawa ke UiTM untuk simpanan.. So kena buat perlepasan dgn izin.. Kalau tak dapat juga... U berhenti... Kalau U berhenti tanpa pelepasan dengan Izin, perkhidmatan kamu yang lalu iaitu 2 tahun tidak diambil kira.. sekiranya ada, maka diambil kira. Selain itu, jika kamu berhenti tanpa pelepasan dgn Izin, sekiranya kamu sudah diberi option pencen atau KWSP, maka di UiTM kamu akan diberi option lagi. Sekiranya kamu sudah membuat pelepasan dgn Izin dgn diluluskan iaitu kamu akan dapat satu salinan surat pelepasan dgn Izin daripada Ketua Perkhidmatan kamu diluluskan, maka kalau tidak diberi lagi option pencen.So 2 Tahun tak berbaloi setakat DG41 jika dibandingkan dgn DM45 yang mmg gred gaji tinggi. Lagipun Cikgu nak naik pangkat pun payah jika dibandingkan dgn di Universiti
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:58 AM | Show all posts
klu masih terikat dgn kontrak kpm
ko brenti je pas tu bayar le balik ganti rugi kpm tu
klu stakat keje baru 2 tahun x de maknenye kpm tu nak bagi pelepasan
kat Uitm nanti ko akan dikira kakitangan baru masuk
bererti ko kene cukupkan ko punya syarat2 untk sah jawatan nanti mcm amik priksa ke ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2009 09:39 PM | Show all posts
oh yer ke....
thank u thank you.... kena start dari bawah lah yer, dengar kata pelepasan memang susah nak dapat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2009 12:34 PM | Show all posts
mmg x dapek la jwbnye. junior sgt.. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:27 PM | Show all posts
4# matrik02

bagus inilah jawapan yang dinantikan2. better terima jer offer dg45 peluang keemasan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 09:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by PeminatSiti at 28-10-2009 21:43

1. perlukah saya jumpa g besar saya dulu atau contact terus dengan sumber manusia kpm?


At the very first place, sy pasti u apply jawatan tu tidak melalui guru besar.

Keadaan itu seolah-olah u memohon satu jawatan baru seolah-olah u tidak terikat dengan kontrak pekerjaan yang sedia ada.
Maka proses untuk langkah boleh menjadi mudah dan boleh menjadi rumit

Apa2 bidang pekerjaan yang kita pegang seharusnya kita tidak membelakangi majikan/pengarah/guru besar/pengetua/ketua jabatan.
Kerana pelepasan dan juga penamatan perkhidmatan kita akan melalui mereka jugak.
Disini akan berlaku konflik - jika ketua yang cerewet dier akan rasa dibelakangi tapi last2 kita mengadap dier jugak untuk penamatan.
Maka repo yang kita bawak ke tempat baru dikhuatiri akan mendapat remarks yang tidak sedap didengar dan dipandang.
Jika u pegi ke BSM pun mereka akan merujuk perkara tersebut dengan GB kerana u adalah kakitangan dalam kontrak

Untuk baiki keadaan itu :
1. Jumpa GB minta maaf dulu sebelum u kemukakan masalah u..at least perkataan maaf akan melembutkan hati sedikit
2. Explain situasi dan minat u untuk menerima tawaran tersebut
3. Mohon pandangan dier tentang apa tindakan selanjutnya yang awak harus buat supaya u dpt ke jawatan baru dengan nama yang bersih dan bukan dengan cara seperti ingkar perintah

Jika GB takda idea apa nak buat - u respon msg ini lagi ya!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2009 02:10 AM | Show all posts
thank you thank you.........
masa apply jawatan pensyarah tu, gb dah tahu sebab application tu mahu surat melalui k. jaawatan....... tapi seakat tu jer lah dia tahu... farah apply jawatan pensyarah... tapi dia tak tahu yang farah dah gi interview and dapat jawatan pensyarah....... hari tu dah gi tanya ipta tu, dia cakap tunngu jer surat tawaran diorang yang akan dihantar ke kpm and sekolah.....masa tu lah buat apa pa yang perlu... tempoh yang diberi untuk selesai apa apa masalah yang akan timbul ialah 6 bulan...
kalau diorang kpm tak bagi pelepasan, maksdnya farah kena letak jawatan yer? rugi tak,,,sebab farah bar jer tak sampai 2 tahun keja kat sekolah ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 01:11 AM | Show all posts
10# farahsultan

kakitangan awam yang sedang berkhidmat perlu mengemukan borang permohonan melalui pengetua/guru besar/ketua jabatan kerana kamu perlu mendapatkan laporan prestasi kamu daripada guru besar kamu.GB akan menilai prestasi kamu sepanjang kamu berada di sana.Kamu perlu hantar borang prestasi tersebut ke UiTM. Laporan prestasi kamu tersebut akan dinilai oleh penal sana. Memandangkan kamu sudah mendapat tawaran, ini bermakna guru besar kamu telah menilai kamu dengan baik. Jadi dalam dalam kes U ini, U mengatakan telah membuat permohonan melalui guru besar, maka U perlu tunggu surat rasmi daripada UiTM mohon pelepasan, maka kamu gunakan surat tersebut dan hantar melalui GB kepada Ketua Perkhidmatan di KPM mohon PELEPASAN DENGAN IZIN bagi membolehkan perkhidmatan kamu itu diambil kira. Lepas itu kamu tunggu, dan kamu akan dapat satu surat PELEPASAN IZIN KAMU sama ada diluluskan atau tidak, Jika diluluskan, maka dengan gembiranya hantar salinan surat kelulusan daripada Ketua Perkhidmatan melalui GB kepada kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang melantik kamu. Kalu tidak diluluskan, maka kamu terpaksa letak jawatan. jika letak jawatan kamu 2 tahun perkhidmatan kamu tidak diambil kira. Gaji mcm mula-mula kamu dilantik. Bagi saya, 2 tahun tidak berat sangat jika dibandingkan dgn 10 tahun perkhidmatan. Tu yang payah nak buat keputusan. Kalau U masih di sekolah yang guna gred DG, U ada master pun Gred tidak naik.. Sama sahaja. Di UiTM, diambil kira akademik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 10:16 AM | Show all posts
rsa mcm better jadi pensyarah kot. senang nk naik. gaji pon cam lebih kn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.074163 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list