|
Alias memberang tidak habis-habisan. Fikiran buntu sebuntu-buntunya.
Di dalam pejabat, majikannya, Encik K membebel berpanjangan.
'Dasar penipu, dahlah gaji lambat bayar 2-3 bulan. disuruhnya pulak aku jadi office boy..Kan aku ni hr officer' dia mengomel bersendirian bersendirian.
'Alias masuk pejabat saya selepas ini!' Encik K, berbadan gendut dan berkepala botak, bersuara sebelum melangkah masuk ke dalam.
Alias menggeletar menahan nafsu amarahnya yang semakin menggelora. Matanya terbeliak kemerahan. Dia pun masuk.
'Ha. saya nak awak pergi ke kedai kopi dan belikan saya sebungkus capati'
Alias hilang pertimbangan. Dengan penuh semangat patriotik, dia mengangkat monitor komputer di atas meja Encik K dan terus menghumbankannya ke arah perutnya. 'Nah, ambik kau capati keramat ni!'
Encik K meraung kesakitan, darah berlumuran dari kesan hentakan monitor komputer. Tanpa belas kasihan Alias terus menendang bahagian sulit Encik K bertalu-talu. Encik K yang telah jatuh terbaring di atas permaidani mahal pejabatnya meraung-raung seperti seorang bapuk.
'K..ka..kau laknat K. Kau dahlah lambat bayar gaji, kaki rasuah, kaki betina!!' Alias menyinga. Tidak puas hati lagi..Alias mencapai sebuah kerusi lipat dan menghayunkannya ke arah belakang Encik K. krek..krek..Bunyi tulang belakang Encik
K patah..
Alias mengeluarkan sebilah pisau kecil dari poket seluarnya. Tanpa berlengah-lengah lagi dia menikam peha Encik K. Darah memancut-mancut keluar dari kesan tikaman. Alias meradak daging peha Encik K berkali-kali..
'Awoooohuhuhhuhu. Ampunkan saya Alias. Saya insaf. Ampunkan saya..' Alias berhenti seketika sebelum menendang mulut Encik K..
'Baiklah K, aku berhenti, kau boleh pergi kedai ambik capati kau sendiri, anak gampang' dengan bengis Alias meluru keluar dari pejabat Encik K. Keluar dari syarikat Encik K yang penuh dengan celaka malapetaka itu..
EPILOG
Alias kemudiannya mendapat pekerjaan sebagai seorang guru tadika. Dia akhirnya berjaya membuka beberapa cawangan tadika di seluruh negara termasuk lima cawangan di Singapura
Encik K, selepas dua bulan dirawat Hospital Ampang Puteri menjadi kurang siuman dan akhirnya membunuh diri apabila dia terjun dari tingkat 13 kondo mewahnya di Gurney Heights.
PENGAJARAN: Pandai-pandailah sendiri menilai teladan kisah ini..
TAMAT |
|
|
|
|
|
|
|
tah hape2... |
|
|
|
|
|
|
|
hmy3:hmy3: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|