CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2977|Reply: 3

KISAH AKU update SLOT 1

 Close [Copy link]
Post time 1-9-2009 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Kara at 2-9-2009 17:35

Post Last Edit by Kara at 2-9-2009 17:34

Kisah Aku bermula dengan bismillah...

KISAH AKU - SLOT 1

Aku masih termangu dalam bilik sambil mata menatap gambar hari konvokesyen ku…bila nak start cari kerja ni..rasa takut nak masuk alam pekerjaan ni pun ada…mampukah aku..tapi aku kena kerja jugak..mak dah tua..tak leh nak tanggung semua perbelanjaan rumah ni sorang2. Nak harapkan abang abang aku menanggung mak , ayah dan kakak ku yang tak bekerja tu memang tak dapat. Sekarang kami hanya bergantung kepada pencen ayah ku, ayah ku sekarang masih sakit mengidap strok semenjak aku berumur 7 tahun. Kakak ku pula tak dapat nak bekerja membantu mak kerana dia terpaksa menjaga ayah dirumah. So aku kena cari jalan, apa kerja pun aku terima. Kerja kilang pun kilang la. Sekarang bukan masa yang sesuai nak memilih kerja. Lagipun aku hanya pemegang diploma sahaja. Masih terlalu jauh untuk mendapat tempat yang baik dalam kerjaya. Setiap hari kerja aku hanya membelek ruangan mencari kerja di akhbar.
Kalau tak belek2 majalah, akhbar aku mesti tengok tv dari pagi sampai malam. Kadang tu kakak aku pun bising dengan aku tak tolong dia di dapur, bukan apa, aku ni mana pandai sangat ke dapur, mentang2 la aku ni anak bongsu mak aku memang tak memaksa untuk aku lakukan kerja kerja rumah ni.
Rakan satu sekolah dengan ku Nomi dah lama bekerja semenjak selepas mendapat keputusan SPM lagi, Nomi tak berjaya nak melanjutkan pelajaran lagi, dan beliau terus bekerja.
Suatu hari Nomi telah menghubungi aku, “ Kara, kat tempat aku kerja ada jawatan kosong, kau nak tak?”
Hati aku berdebar debar “Ye ke? Sebagai apa?” Tanya aku tak sabar. Nomi bekerja disalah sebuah syarikat pembinaan yang besar sudah hampir 3 tahun. “Ala, kerja kerja pejabat aje, macam kerani la, aku dengar gaji pun boleh la, kalau kau nak boleh terus masuk minggu depan”. Aku terkedu. “Nanti aku tanya mak aku dulu, sebab kalau aku terima pun aku kena tinggal kat tempat kau, kena sewa rumah lagi”
Tanpa lengah lagi aku khabarkan berita ini pada emak ku. Emak ku pada awal nya seakan tak setuju, tetapi disebabkan desakan ekonomi, emak bersetuju.
Julai 1997 bermulalah kerjaya ku yang pertama sebagai seorang kerani yang memegang sekeping diploma sains dan teknologi. Nomi benarkan aku tinggal bersamanya dengan seorang lagi rakannya Watie yang bekerja satu pejabat dengan kami. Nasib baik sewa rumah tersebut tidak terlalu tinggi dan Nomi dengan baik hati sedia menolong ku.
Hari pertama di pejabat aku telah dibantu oleh rakan sekerja yang lain dan aku rasakan ianya tidak la terlalu sukar. Sedar tak sedar 2 bulan telah berlalu, oleh kerana aku selalu menolong Engineer di syarikat tempat aku bekerja itu maka aku telah dilantik secara tak rasmi untuk menolong site engineer untuk membuat data entry berpandukan pelan pelan yang di sediakan. Orang yang pertama aku beritahu ada lah Nomi, reaksi nya biasa saja, tetapi dia cuma berpesan kepada ku sekiranya aku perlu pergi ke site, berhati hati sahaja.
Selama 2 bulan aku tinggal bersama Nomi dan Watie, segalanya tiada apa apa masalah, mereka baik kepada ku cuma yang aku terkilan tidak pernah sekali pun aku melihat 2 rakan serumahku ini mengerjakan solat. Aku tidak pernah bertanya atau menyentuh perkara sensitif begini. Hampir setiap malam mereka keluar berjumpa teman teman dan mereka kerap kalai mengajak aku mengikut mereka tetapi aku menolak dengan alas an aku penat. Watie perwatakan nya lembut dan mempunyai teman lelaki yang hanya tinggal sebelah rumah teres sewaan kami ini. Dan Nomi sepanjang persahabatan kami setahu aku dia tak pernah mempunyai teman lelaki. Bagi ku tujuan utama aku kesini hanya untuk mencari rezeki, mengumpul duit untuk membantu perbelanjaan emak ku, jika aku mengikut Nomi dan kawan kawannya sudah pasti aku terpesong dari tujuan asalku.
Pada suatu petang sedang aku membersihkan laman, ada seorang lelaki memberi salam, “waalaikumusalam…”aku menjawap sambil memerhatikan mukanya yang sudah basah disimbah peluh.
“Cik, rumah sebelah ni ada bilik untuk disewa ke?” Tanya lelaki tersebut bertanya dengan senyum kelat. “maaf la saya tak pasti la, encik tinggalkan nombor telefon encik, nanti saya berikan kepada orang yang tinggal kat rumah ni, kalau dia ada hubungi encik maknanya ada la tu” aku memberi cadangan. “betul juga tu” dengan pantas lelaki ini mencatitkan nombor telefon nya pada helaian kertas dari kotak rokoknya. “Nama saya Razman, nombor saya ada kat sini, terima kasih cik”. Aku hanya mengangguk dan menghantar dia ke perhentian bas di depan rumah ku dengan pandangan kosong.
Setengah jam kemudian, Nomi dan Watie pulang dengan kereta Zakir teman lelaki Watie, aku terus menyampaikan pesanan lelaki yang bernama Razman tadi kepada Zakir. Zakir hanya mengangguk dan berlalu. “ Lawa tak orangnya Kara?” Tanya Nomi tersengih. “Entah la aku pun tak perasan, macam Bnagla ada la” jawap ku berseloroh. “Hah macam bangla?, tak jadi aku nak ngorat, mintak2 jangan la si Zakir ambik buat housemate” “Emm Kara, malam ni ikut aku nak? Ada orang nak belanja makan, jom la” Ajak Nomi. “Tak nak la aku segan, aku tak kenal, kau pegi la, aku kan dah masak, membazir je nanti tak de orang nak makan” “ala jom la Kara, abang Jaafar engineer Sutra tu pun ada tau, takan kau tak kenal dia, pegi ye Kara” desak Nomi sambil menggoyang2kan tangan ku. “ ok la, tapi balik awal tau, aku tak nak balik tengah2 malam”

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 01:35 PM | Show all posts
so.. mana kesahnye? ke invisible nih?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 01:37 PM | Show all posts
so.. mana kesahnye? ke invisible nih?
anne83 Post at 1-9-2009 13:35



takut post tak menjadi kot.... aku selalu kena....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 02:27 PM | Show all posts
dan berakhir ngan alhamdulillah ke.. ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.356948 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list