CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7102|Reply: 4

Taman Tema Bukit Gambang !!!

[Copy link]
Post time 6-8-2009 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by syeduum at 17-8-2009 15:43

Kepada member yang dah pergi ada apa2 komen best ker ?Tak sabor nak gi...


Kerjasama swasta maju ekonomi
Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
[email protected]

satu lagi daya tarikan yang terdapat di Taman Tema Bukit Gambang, Kuantan yang akan dibuka kepada orang ramai mulai hari ini.

KUANTAN 21 Julai - Kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan pihak swasta untuk meningkatkan ekonomi negeri bagi menghadapi kegawatan ekonomi yang melanda dunia kini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pihaknya tidak menutup sebarang ruang untuk pihak swasta berbincang dengan kerajaan negeri jika perkara tersebut dapat meningkatkan pembangunan di negeri ini.
Menurutnya, kerajaan negeri juga sentiasa memudahkan urusan perbincangan yang melibatkan pembangunan di dalam negeri.
"Apa sahaja bantuan akan diberikan kepada pihak swasta asalkan pembangunan yang hendak dibina itu akan meningkatkan ekonomi rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Taman Tema Bukit Gambang di sini semalam.
Taman Tema Bukit Gambang yang dibina oleh syarikat tempatan, Sentoria Themeparks And Resort Sdn. Bhd. merupakan taman tema pertama dibina di Pantai Timur di atas tanah seluas 24 hektar.
Taman yang menelan belanja sebanyak RM40 juta akan dibuka kepada orang ramai esok (Rabu) dengan harga tiket bagi orang dewasa sebanyak RM19.90 manakala kanak-kanak RM12.90.
Menurut Adnan, Taman Tema Bukit Gambang merupakan salah satu kerjasama yang berkesan antara kerajaan negeri dengan pihak swasta.
"Pembinaan seperti ini juga dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat malah ekonomi negeri juga akan melonjak," ujarnya.
Katanya, pembinaan taman tema itu juga akan dapat menyakinkan pelabur asing untuk terus melabur di Pahang.
Jelasnya, ia juga boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat malah dapat membantu perkembangan industri lain yang berkaitan.
"Saya harap pembinaan taman tema ini dapat memberi contoh kepada pihak swasta yang lain untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi pembangunan kepada rakyat," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 01:06 PM | Show all posts
dengarnyer taman tema neh akan setanding dengan sunway laggon, tapi ia lebih kepada resort seperti a famosa... sapa yg byk duit tak rugi beli apartment kat dalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 02:54 PM | Show all posts
Ari Sabtu aritu ofis HB Rose buat Family Day.Sepatutnya sebelah petangnya ada aktiviti ke Gambang Water Park tu... tp sebab tgh kecoh2 H1N1 kt Kontan so aktiviti tu dibatalkan!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 03:21 PM | Show all posts
wah..nampak macam menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 04:06 PM | Show all posts
hr tu dh nk g dh..sekali totop plak..
org dok bt piping 2,3 hr..
melepasss..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051415 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list