View: 4230|Reply: 6
|
species lalat pembunuh anai-anai!!
[Copy link]
|
|
Spesies lalat pembunuh anai-anai ditemui
Sejenis spesies lalat parasit dikenali sebagai Misotermes Mindeni yang ditemui secara tidak sengaja di kampus USM Pulau Pinang dilihat boleh menjadi musuh utama anai-anai dari spesies Macrotermes Gilvus.
NEOH KOK BOON dan penyelianya, Prof. Lee Chow Yang mengakui
penemuan ini masih memerlukan kajian mendalam.
SETIAP tahun di Malaysia, kira-kira RM50 juta terpaksa dibelanjakan untuk membasmi anai-anai yang menjadi musuh utama industri pembinaan.
Sedangkan kos memperbaiki kerosakan akibat serangan makhluk perosak itu, dianggarkan tiga atau empat kali lebih besar daripada kos menghapuskannya.
Namun, penemuan terbaru seorang penuntut Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM) diharap dapat mengatasi masalah itu, sekali gus boleh memusnahkan koloni anai-anai.
Sejenis spesies lalat parasit yang dinamakan Misotermes Mindeni ditemui di kampus USM Pulau Pinang. Ia dilihat boleh menjadi musuh utama anai-anai spesies Macrotermes Gilvus.
LALAT parasit ini membunuh anai-anai dengan cara
memindahkan larva ke dalam tubuh mangsanya.
Menurut penuntut dari Makmal Entomologi Bandar, Unit Kajian Kawalan Vektor, Pusat Pengajian Sains Biologi USM, Neoh Kok Boon, lalat itu ditemui secara tidak sengaja ketika dia melakukan kajian mengenai anai-anai di kampus USM.
"Saya menemui anai-anai askar yang agak ganjil daripada biasa. Kepalanya agak besar dan memiliki badan yang kecil. Selain pelik dengan anai-anai itu, saya juga mendapati ada pergerakan di bahagian perutnya.
"Selepas beberapa hari, ia mati. Hasil pemeriksaan mendapati ada lalat di dalam badan anai-anai itu," katanya pada sidang media di USM baru-baru ini.
Dr. Henry Disney, seorang pengkaji lalat dari Universiti Cambridge mengesahkan lalat itu sebagai satu spesies baru dalam bidang sains.
KEADAAN seekor anai-anai yang telah 'diserang' oleh lalat parasit.
Jelas Kok Boon lagi, dia dan penyelianya, Profesor Lee Chow Yang mengandaikan lalat itu memindahkan larvanya ke dalam anai-anai. Namun, cara serangan itu masih dikaji.
"Larva itu akan membesar di dalam kepala anai-anai sebelum berpindah ke bahagian abdomen. Akhirnya ia memecahkan dinding abdomen anai-anai.
"Cairan di badan anai-anai itu akan keluar. Kemudian, proses mengering akan membolehkan larva lalat terus membiak selepas anai-anai itu terbunuh," ujarnya.
Chow Yang mengakui pihaknya masih mengkaji sama ada lalat ini mampu memainkan peranan besar dalam usaha memusnahkan anai-anai.
"Kami akan meneruskan kajian tentang kegunaan spesies lalat ini. Harap-harap, ia dapat memberi manfaat kepada semua," katanya.
lepas tu kena carik species bunuh lalat parasit ni pulok hah!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalu guna lalat nie, nnti kos kosong..bila dah kosong, ramai yg tak der keje............ nnti pulak, tetiba lalat ni kuantiti bertambah...nnti banyak pula kos yg kene keluar..sbb nak beli peranti lalat......... |
|
|
|
|
|
|
|
cara lalat ni membiak macam mengerikan..takot2 nti kat manusia pon bleh jadik mcm ni...:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik ni buat bio(friendly)-weapon. Selama ni aku tahu satu spesis penyengat yang larva dia makan ulat bulu |
|
|
|
|
|
|
|
cam face hugger yg dlm cite alien tu je |
|
|
|
|
|
|
|
ada tgk nat-geo, ada sejenis lalat digunakan utk menghapuskan semut gatal..... lalat tuh hinggap kat kepala semut, lepas tuh telur tuh akan membiak kat kepala semut sampai kepala tuh putus...... |
|
|
|
|
|
|
|
Best ni klau aku bela... Biar semua anai2 kat rumah aku mampus... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|