|
Rumah Anak Yatim, Ibu tunggal di Lembah Kelang [dan yang memerlukan!]
[Copy link]
|
|
Sentral: Mana kami nak pergi?
Oleh Nurhasyima Hasim
2010/06/29

RUMAH Titian Kasih yang disewa di Taman Tasik Titiwangsa.
70 penghuni Rumah Titian Kasih tiada tempat dituju selepas diarah keluar
KUALA LUMPUR: Nasib lebih 70 penghuni wanita dan kanak-kanak di rumah perlindungan golongan kurang bernasib baik, Rumah Titian Kasih (RTK) kini ibarat telur di hujung tanduk kerana mereka tidak lagi mempunyai tempat untuk berlindung selepas diarah keluar dari rumah yang disewa sekarang sebelum 1 Julai ini.
Ia berikutan RTK yang sebelum ini pernah melancarkan kutipan dana untuk memiliki rumah bernilai RM2.5 juta itu yang terletak di Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa di sini, gagal membelinya kerana dana yang dikumpul tidak mencukupi selain tiada pihak termasuk bank dan agensi kerajaan berkaitan bersetuju membantu usaha itu.
Pengasas RTK, Sharifah Adlan atau lebih dikenali sebagai Mak Pah di kalangan penghuni, berkata pihaknya menerima notis supaya berpindah dari rumah itu pada hujung tahun lalu dan ia dilanjutkan pemilik kediaman sehinggalah pemilik meminta mahkamah mengeluarkan arahan keluar dari rumah itu pada April lalu.
Oleh kerana kami tidak ada tempat sesuai untuk berpindah, jadi kami bersetuju membeli rumah itu dan mula melancarkan kutipan dana untuk tujuan itu selain memohon pinjaman bank. Namun, bank menolak permohonan kami minggu lalu dan kami kini buntu untuk menyelesaikan masalah ini.
Kami juga pernah meminta bantuan dari semua saluran kewangan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi maklum balas yang diberikan amat mengecewakan.
Permohonan kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), MAIWP, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga gagal.
Alasan mereka ialah perlu men gutamakan asnaf lain yang lebih memerlukan sedangkan semua penghuni di sini memenuhi kriteria asnaf. Lebih dikesalkan, pihak Baitulmal memberi alasan RTK sering mendapat tajaan dan bantuan kerana kekerapan muncul di media massa, katanya kepada Sentral.
Beliau berkata, lebih 11 tahun beroperasi, bantuan yang diterima selama ini sebenarnya hanya cukup untuk perbelanjaan operasi RTK saja dan tidak diberikan secara tetap.
Sekarang kami buntu untuk menyelesaikan masalah kediaman ini. Kami hanya mahukan rumah untuk penghuni berlindung, katanya.
Beliau berkata, RTK sebolehnya tidak mahu mencari bangunan di luar Kuala Lumpur kerana pusat perlindungan berkonsep Islam seumpama ini masih kurang bilangannya di sini.
Ia amat diperlukan golongan seperti ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta wanita dan kanak-kanak terbiar, pernah didera serta dirogol.
Kami memang mempunyai sebuah lagi rumah perlindungan tetapi ia dikhaskan untuk penghuni lelaki yang berjumlah lebih 50 orang. Tak mungkin kami boleh tempatkan semuanya di situ.
Pusat sebegini penting kerana ia berfungsi sebagai pelindung kepada mereka yang tidak ada tempat lagi untuk dituju, katanya.
Sementara itu, seorang penghuni yang hanya ingin dikenali sebagai Mak Linda, 37, berkata beliau merayu kepada mana-mana pihak supaya membantu menyelesaikan masalah penempatan penghuni di RTK kerana ia mengutamakan kebajikan wanita dan kanak-kanak Islam.
Berdasarkan pengalaman, tidak dinafikan ada segelintir pihak tertentu yang bila-bila masa saja boleh mengambil kesempatan terhadap golongan tidak bernasib baik ini termasuk memesongkan akidah golongan ini jika ingin menerima bantuan daripada pihak terbabit. Tetapi di sini, akidah kami dijaga kerana ia mementingkan aspek itu.
Selama hampir tujuh tahun, saya dan tiga anak berlindung di sini selepas kematian suami. Mak Pah dan sukarelawan di sini banyak membantu kami dan rakan senasib. Sedih sekiranya kami terpaksa juga keluar dari rumah berkenaan dan bersesak-sesak pula di rumah penghuni lelaki, katanya.
Penghuni yang juga sukarelawan RTK, Akmar Abu Bakar, 35, berkata beliau khuatir jika fokus RTK yang pernah mendapat anugerah Rumah Kebajikan Terbaik daripada JAWI, untuk mendidik dan melindungi penghuni rumah itu terjejas kerana kumpulan ini amat memerlukan bukan saja sokongan material malah moral dan emosi.
Ramai orang tidak menyedari hal ini dan tidak mahu menyelami permasalahan kami sehingga ada institusi yang sanggup memberi pelbagai alasan untuk tidak membantu. Ia menyedihkan memandangkan kebanyakan kes yang dihantar ke sini adalah dari agensi seperti JKM dan hospital.
Inilah tempat untuk golongan seperti saya melupakan trauma dan krisis yang dihadapi. Agak susah untuk mencari rumah perlindungan yang strategik dengan kemudahan sekolah dan hospital yang berdekatan. Jadi, saya merayu kepada pihak yang sudi supaya membantu kami dalam hal ini, katanya |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.facebook.com/notes.ph ... laysia/270414079621
Senarai Rumah Anak Yatim di Kuala Lumpur
Taman Pendidikan Anak-Anak Yatim Darul Kifayah
Kampug Baru, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 03-62570960
http://darulkifayah.blogspot.com/
****************************************************************
Rumah Ilham (Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail)
No. 2, Jalan 5/71B, Pinggir Taman Tun Dr Ismail,
Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 603-7725 8592
Faks: 603-7725 6652
[email protected]
http://rumahanakyatimttdi.blogspot.com/
****************************************************************
Rumah Anak-Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa’
No. 5, Lorong Bunga Cina,
Taman P. Ramlee, Setapak,
53000 Kuala Lumpur
Tel: 017-3387959
Fax: 03-40234818
Email: [email protected]
http://rumahanakyatimshifa.blogspot.com/
****************************************************************
Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah
Kampung Baru, Batu 5, Jalan Ipoh, 52000 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 6257 6864 / 6257 0960
Fax: 03 - 6258 1254
Person in Charge: En. Abdul Hakham b. Awang
http://darulkifayah.blogspot.com/
****************************************************************
Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Batu 4 Jalan Cheras, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Tel : 03-9131 8439
Fax: 03-9130 2739
Person in Charge: Puan Ziton Hj Uda
****************************************************************
YAYASAN ANAK-ANAK YATIM PINGGIR TAMAN TUN DR. ISMAIL
No. 2, Jalan 5/71B, Taman Tun Dr. Ismail, Jalan Damansara,
60000 Kuala Lumpur
Tel : 03-7725 8592
Fax: 03-7725 6652
Person in Charge: -
http://rumahanakyatimttdi.blogspot.com/
Email : [email protected]
****************************************************************
ASRAMA DARUL FALAH (ASDAF)
Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur
Tel : 03-2831009
Fax: -
Person in Charge: Haji Shahidan Abdul
http://rumahanakyatimasdaf.blogspot.com/
Program : Kesusasteraan / Pengajian Al-Quran, Tuisyen & Motivasi
Tugas Sukarelawan : Pra sekolah, Matematik, B. Melayu, B.Inggeris & sains; Motivator
Masa : Boleh runding
****************************************************************
Rumah Perlindungan Pernim
Lot 46, jalan 47 bukit C, kg cheras baru
56100 kuala lumpur
tel: 03-42950775
hp 017-8860208
http://pusatperlindunganpernim.blogspot.com/
****************************************************************
Rumah Nur Salam Chow Kit
No 24A-B, Jalan Chow Kit
Kuala Lumpur
Tel No: 03-4045 4021
Fax: 03-4045 4031
Raja Azizan: 017-300 9055
http://nursalamchowkit.blogspot.com/
****************************************************************
Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim)
62A-2 Lorong Maran, Jalan Kuantan
Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur
Contact Person: 019 - 645 5769 - Mak Pah (Penyelia)
http://rumahtitiankasih.blogspot.com/
****************************************************************
BAITUL EHSAN,
NO 45 JALAN WIRAWATI 6 ,
TAMAN MALURI 55100
KUALA LUMPUR. |
|
|
|
|
|
|
|
Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor
RALK atau Rumah Amal Limpahan Kasih
ALAMAT:
Ibu Pejabat & AsramaPutera
Lot 115A, Lorong Bistari 3
Kg Sri Aman, Batu 13
47100 Puchong, Selangor
Tel : 03-80618050
Fax : 03-80607514
Asrama Puteri:
No 49, Jalan BP 11/3
Bandar Bukit Puchong 2
47100 Puchong,Selangor.
Tel: 03-80601770 Fax: 80684640
Baitul Hidayah:
S 444, Lorong 9,
Kampung Sri Puchong
47100 Puchong, Selangor.
Untuk pertanyaan, hubungi:
Pn Rabaah 019-2227339 atau
En Zawawi 016-3627913
http://rumahanakyatimlimpahankasih.blogspot.com/
****************************************************************
Rumah Anak Yatim Sg. Buaya, Kuala Langat, 42700 Banting, Selangor. 03-31874964
****************************************************************
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Sabak Bernam, Selangor
Parit 1, Jalan Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor. 03-32242849
****************************************************************
Rumah Anak-Anak Yatim Hulu Kelang Selangor (Rumah Bakti)
KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Selangor Darul Ehsan. 03-42568880
http://rumahbakti.blogspot.com/
****************************************************************
Rumah Keluarga Kami
No.139, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor. 03-87367877
http://rumahkeluargakami.blogspot.com/
****************************************************************
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Anak Miskin Kelang (PENYAKIN)
KM 3, Jalan Meru, Kg. Batu Belah, 41050 Klang. 03-33412513
****************************************************************
Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)
Taman Subang Permai, 47500 Subang Jaya, Selangor. 03-56312664 70
****************************************************************
Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah
Batu 1 1/2 Sg. Pinang, Jalan Kapar, 41400 Kelang. 03-33410362
****************************************************************
ASRAMA DAMAI (Anak Yatim Kuang)
KM 28.5, Lorong Teratai Kg. Damai Kuang,
48050 Kuang Selangor
Tel : 03-6038 2823
Fax: 03-6038 6207
Person in Charge: Hj Suhaimi b. Dzajuli / Tuan Haji Abdul
Khalik Haji Jaafar
http://rumahanakyatimkuang.blogspot.com/
Kos Operasi : RM 20 000
Penghuni : 113 orang ( 3 - 17 tahun)
Program : Tuisyen
Tugas Sukarelawan : Ajar subjek sekolah rendah & menengah (matematik, sains & b. inggeris)
Masa : Sabtu & Ahad
8.00 - 11.00 pagi; 2.30 - 5.00 ptg; 8.00 - 10.00 mlm
****************************************************************
Pertubuhan Kebajikan Anak- Anak Yatim Islam DAERAH Sabak Bernam
Lot 5204, Jalan Parit 1 Timur,
45300 Sungai Besar Selangor
Tel : 03-3224 2849
Fax : 03-3224 2849
Person in Charge: Puan Rosnah Bt Mohamad Razali
Program : Pentadbiran, Akaun & warden
Tugas Sukarelawan : Pentadbiran, Akaun & warden
Masa : waktu kerja
****************************************************************
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim MALAYSIA (PEYATIM)
37, Jalan Nirvana 39, Taman Nirvana, 68000 Ampang,
Selangor
Tel : 03-9286 1992
Fax : 03-9286 4872
Person in Charge: -
****************************************************************
Pertubuhan Rumah Anak Yatim / Miskin Daerah Kuala Langat (Sg Buaya)
Kampung Sungai Buaya, 42700 Banting,
Kuala Langat Selangor
Tel : 03-3120 3385 / 3187 4964
Fax: 03-3187 5086
Person in Charge: En Hj Kamain Bin Abdul Samad
****************************************************************
No. 61, Jalan Baiduri, Taman Baiduri off Jalan Morib,
42700 Banting, Selangor
Tel : 03-3187 9795
Fax: 03-3187 5086
Person in Charge: -
****************************************************************
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM / MISKIN KLANG (PEYAKIN KLANG)
Pejabat PEYAKIN, KM 3, Jalan Meru, Kg Batu Belah,
41050 Klang, Selangor
Tel : 03-3341 2513
Fax: 03-3341 2513 / 5519 2225
Person in Charge: Pn Habsah / Cik Sukmah
****************************************************************
RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH Ractar
Taman Subang Permai,
47500 Subang Jaya Selangor
Tel/Fax : 03-5631 2664
Person in Charge: Encik Dzulkarnain Mansor
****************************************************************
PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK YATIM SELANGOR
RUMAH BAKTI
KM 11 Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
Tel : 03-4256 8880
Fax: 03-4251 4811
Person in Charge: En. Abdul Aziz Johan
Email : [email protected]
****************************************************************
Rumah Tumpangan & Sekolah Anak-anak Yatim & Miskin Sungai Pinang
Batu 1 3/4 Sungai Pinang, Jalan Kapar,
41400 Klang Selangor
Tel/Fax : 03- 3341 0362
Person in Charge: Ustaz Ayob/ Kak Su / Laila
Program : Tuisyen
Tugas Sukarelawan : Semua subjek sekolah rendah & menengah
Masa : Sabtu & Ahad
****************************************************************
Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah Kuala Selangor
Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Tel : 03-3289 1495
Fax: 03-3289 6903
Person in Charge: En Abdullah/ Mohd. Erwadi
****************************************************************
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabak Bernam
Batu 36, Sekendi, 45200 Sabak Bernam, Selangor
Tel : -
Fax: -
Person in Charge: -
http://rumahanakyatimsabakbernam.blogspot.com/
****************************************************************
Rumah ANAK-ANAK YATIM DARUL IZZAH
Lot 2191-2A, Pekan Makmur, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
Tel : 03-8925 7263
Fax: -
Person in Charge: En Musa Haji Idris
http://rumahanakyatimdarulizzah.blogspot.com/
Program : Tuisyen, Kaunseling, Motivasi
Tugas Sukarelawan : Tutor untuk Matematik, B. Melayu, B.Inggeris & Sains; Kaunseling ; Kursus Motivasi
Masa : Sabtu & Ahad
****************************************************************
RUMAH KASIH HARMONI
Rumah Anak Yatim, Asnaf Zakat dan Ibu Tunggal.
No. 12, Jalan 8/5,
Bandar County Homes,
48000 Rawang, Selangor D.E.
Contact Person:
USTAZAH MUTHI'AH BT. YAAKOB
HP: 019-3133430/ 013-6397015
[email protected]
http://rkh.ykppm.org.my/
****************************************************************
Rumah Kasih Sayang,
Bandar Tasik Puteri,
Rawang
Contact Person: 017-308 5667
****************************************************************
Rumah Amal Anak Yatim YPIN
Lot 873A
Jalan Banting Klang,
Kg Sg Manggis, Banting.
Tel: 03-3180 3672
Fax: 03-3180 3671 |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu rumah anak yatim persendirian di Bukit Kuda Klang
ada lebih kurang 15 org kanak2 dijaga oleh sorang nenek berusia 72 tahun
bantuan kewangan drp JKM dan sumbangan dr org ramai
mmg agak daif.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh beri nama tempat tu
nak salurkan derma etc
mungkin akan membantu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by arwien at 22-7-2010 01:15
RUMAH ANAK YATIM SHIFA’ (Pusat Jagaan JKM. W. 017-06)
Persatuan Kebajikan Teratak Shifa Kuala Lumpur dan Selangor (PRAKTIS)
(No. Pendaftaran R.O.S : 0045-06-WKL) ,
NO. 5, LORONG BUNGA CHINA, TAMAN P.RAMLEE, SETAPAK,
53000 KUALA LUMPUR.
TEL: 017-3387959 / 012-3898951 / FAX: 03-4023 4818.
Emel : [email protected]
Y.BHG. TAN SRI/DATUK/DATIN/TUAN/PUAN
Assalamualaikum wr. wbt.
MENGUMPUL DANA UNTUK MEMBELI RUMAH ANAK YATIM
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.
2. Dengan penuh harapan saya merayu semuga pihak Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan sudi memberi sedikit sumbangan kewangan kerana Persatuan ini sedang berusaha membeli sebuah rumah banglo untuk penempatan anak-anak yatim/miskin SHIFA’. Ianya terletak di No. 5, Jalan 1/21C, Taman Suria Setapak, Kuala Lumpur berharga RM1,225,500.00 (Ringgit Malaysia: Satu juta dua ratus dua puluh lima ribu lima ratus sahaja). Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani pada 14 April 2010 dan telah membayar deposit sebanyak 10% iaitu RM 122,550.00.(Ringgit Malaysia:Satu ratus dua puluh dua ribu lima ratus lima puluh sahaja).
3. Saya memulakan pengumpulan dana ini dengan wang sendiri sebanyak 20% hasil dari jualan rumah, kereta dan semua simpanan saya. Saya telah membuat permohonan pinjaman kepada 8 buah bank Malangnya hanya AMBANK sahaja yang menawarkan pinjaman tetapi cuma 58% sahaja. Saya tidak boleh membatalkan pembelian ini kerana telah menghantar banyak surat rayuan. Untuk menyakinkan semua, urusan pembelian ini di bantu oleh Encik Azaine Mohamed, seorang Peguam dari Tetuan Azaine & Fakhrul. yang menawarkan khidmat guaman percuma. Beliau boleh di hubungi melalui telefon No. 03-40212233 (ZARINA).
4. Saya yakin Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan memang mempunyai hasrat untuk terlibat dalam usaha amal ini. Justeru itu, saya mengalu-alukan penglibatan dan perkongsian rezeki buat anak-anak ini dari Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan.
Sumbangan dalam bentuk cek boleh di buat kepada:
PERSATUAN KEBAJIKAN TERATAK SHIFA KL/SEL
Sumbangan tunai pula boleh dimasukkan terus ke dalam akaun Persatuan:
i. MAYBANK : 514066-429233
ii. CIMB : 1438-0005685-05-9
iii. AMISLAMIC : 076-202-200449-4 (Khas untuk Dana Membeli Rumah)
Untuk pembayar cukai, segala sumbangan adalah mendapat rebet/pelepasan cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, Ruj: LHDN. 01/35/42/51/179-6.6367.
5. Bersama ini saya sertakan gambar anak -anak yatim, rumah banglo berkenaan serta dokumen yang berkaitan. Semoga kita semua mendapat balasan baik dari Nya. Amin.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Yang benar
HJH. CHE TOM BT. HJ. UJANG.
Pengerusi/Pengasas.
“SEMOGA ALLAH AKAN MEMBERKATI KERJA AMAL INI. MUDAH-MUDAHAN DIANUGERAHKAN HIDUP YANG BERBAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT”. AMIN
From: Thom Che tom [mailto:[email protected]]
Sent: Tuesday, July 20, 2010 5:56 PM
To:***
Subject: Fw: e-mail asal dana untuk rumah anak yatim shifa dari mak tom
Salam
Apakhabar, saya sebenarnya memohon bantuan.
Saya sedang berusaha membeli rumah untuk anak yatim shifa
boleh add Facebook: anak yatim shifa setapak
Saya dah ade 20%. Ingat bank boleh bagi 80%. Tapibagi 58% sahaja. Deposit dah bayar. Tinggal 30 hari saja lagi untuk due(20 ogos 2010). Doakan muga ada hamba ALLAH yang datang bantu. kalau tidak terpaksa batalkan pembelian
Urusan pembelian dibantu secara percuma oleh Peguam, Encik Azaine dari Tetuan Azaine & Fakhrul. Boleh hubungi beliau untuk pengesahan 03-40215544(Zarina)
Saya dah bayar RM 122,550.00 (DEPOSIT - WANG INI TAK AKAN DIKEMBALIKAN KALAUBATAL PEMBELIAN)
Ambank bagi pinjam RM 700,000.00 (58%)
Duit saya jual rumah n 1 kereta RM 150,000.00
Sumbangan orang ramai RM 50,000.00
RM 1,022,250.00
Harga rumah RM 1,222,250.00 (kurang RM200,000.00)
TOLONG FOWARD E-MAIL TO KAWAN2 DAN MINTA SEMUA KAWAN2 E-MAIL PADA KAWAN2 MEREKA tentang perkara ini. Tolong ye.
RM1.00 seorang pun jadilah, Secara Online.
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Teratak Shifa KL/SEL
No. Account : 514066-429233 Maybank
076-202-200449-4 Ambank
1438-0005685-05-9- CIMB
Terima kasih
Hajjah Che Tom Binti Ujang
Pengasas/Pengerusi
Rumah Anak Yatim SHIFA
017-3387959
03-40234818 (Fax)
tarikh: 15 Julai 2010 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rumah anak yatim persendirian yang diuruskan oleh nenek tua, Opah Hasnah
alamat:
NO 20, TAMAN ROS
JALAN DATO' MUHD SIDIN
41300 KLANG
Mudah2an ramai yang terbuka hati untuk membantu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Silalah hulurkan bantuan
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua...
Sudilah memberikan sumbangan kewangan dan barangan kering/dapur untuk keperluan
Rumah Anak Yatim & Miskin Sabak Bernam
Lot 2208 Kg Sg Mandur Wahid,Parit 4, Sg Burong
45400 Sekinchan Selangor
Sesiapa yang sudi bolehlah menderma di akaun :
No Akaun Bank Islam : 12083 010 020 379
Yang Dipertua - Ustaz Ayob bin Mohamad
Yang Dipertua rumah anak yatim ini baru sahaja keluar dari Hospital kerana penyakit kencing manis.
Silalah bantu mereka, bukan sahaja bantuan untuk anak yatim tetapi ibu-ibu tunggal yang memerlukan juga akan diagih-agihkan bantuan.
Ummiy cuma menyampaikan sahaja, sama-samalah kita membantu mereka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua
Member aku ada initiate satu charity work.. buat masa weekend.. boleh check kat FB Page - The Rice Pot for more details..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hello,
Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda?
telah anda telah ditolak oleh
bank-bank dan agensi kewangan yang lain?
Adakah Anda perlu Jaminan Bank?
Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji?
mencari lagi kerana kami berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu
yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang
untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
Hello,
Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda?
telah anda telah ditolak oleh
bank-bank dan agensi kewangan yang lain?
Adakah Anda perlu Jaminan Bank?
Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji?
mencari lagi kerana kami berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu
yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang
untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|