|
cita sepak takraw ni, cam tiru fireball ja
|
|
|
|
|
|
|
|
Libas Aksi Seni Takraw
Filem arahan Jurey Latif antara karya tempatan sedang rancak dalam penggambaran
KETIKA ini berderet filem-filem besar dari Hollywood, malahan Hong Kong sedang menunggu giliran untuk memasuki panggung sehingga ia 'menyeramkan' produser filem tempatan pula.
Apa tidaknya, selepas filem fiksyen yang menggabungkan manusia dan mesin dalam Terminator: Salvation kini satu lagi filem sedang meletup di panggung iaitu Transformers: Revenge of The Fallen.
Filem yang mengisahkan pertempuran antara dua kumpulan robot untuk menguasai bumi dan seterusnya menghapuskan kewujudan manusia itu, pastinya diterima baik oleh penonton, terutama di kalangan peminat komik Transformers.
Satu-satunya filem tempatan yang masih gagah memberi saingan dengan filem besar dari luar negara adalah Jangan Pandang Belakang Congkak.
Agak menakjubkan juga kerana di tengah-tengah kebanjiran filem import ini, filem Jangan Pandang Belakang Congkak masih terus bertahan selama hampir tiga minggu dengan mencatatkan kutipan kasar lebih RM5 juta!
Sementara itu, tidak banyak maklumat mengenai perkembangan pembikinan filem tempatan. Dengan kegawatan ekonomi sekarang, kebanyakan penerbit atau produser seolah-olah mengambil sikap tunggu dan lihat.
Hanya segelintir penerbit yang masih meneruskan filem baru. Ini termasuklah ‘saudagar’ filem tempatan, David Teo yang baru-baru ini melancarkan dan seterusnya memulakan penggambaran filem terbitan terbarunya, Santau.
Turut rancak meneruskan penggambaran filem baru ialah daripada LineClear Productions apabila mereka menghasilkan filem 4 Madu arahan Profesor Madya Dr A Razak Mohaideen.
Ketika ini proses penggambaran filem itu dilakukan di Gold Coast, Sepang di Selangor yang membabitkan barisan pelakon seperti Datuk Rahim Razali, Saiful Apek, Rozita Che Wan, Sazzy Falak, Ayu Raudah dan Marsha Londoh.
Seorang lagi yang sedang gigih menyiapkan filem ialah Jurey Latif Rosli dengan filem penuh aksi dan mistik berjudul Libas terbitan MDAG Marketing Sdn Bhd.
Filem Libas mengisahkan satu pertarungan sepak takraw yang di adakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.
Akibat dari itu, bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka kini telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Jika pasukan negara tewas lagi untuk kali ke 3 berturut-turut, bola raga pusaka akan terus kekal menjadi milik negara Thailand untuk selama-lamanya. Ini membawa satu bukti yang kukuh untuk Thailand mengakui bahawa sukan sepak takraw berasal dari negara mereka.
Raja Libas juga kehilangan Ratna akibat dari pertaruhan di luar gelanggang oleh ayah Ratna sendiri yang merupakan jurulatih pasukan negara dengan Ku Jefry iaitu ketu pasukan negara Thailand. Bukan itu sahaja, kaki Raja Libas menjadi cacat akibat libasan berbisa dari pasukan Thailand yang sering menggunakan teknik kotor dan muslihat.
Disebabkan ramai yang telah menjadi mangsa kepada pasukan lawan, maka tidak ada sesiapa yang berani mahu bersama Raja Libas bagi menyertai pertandingan LIBAS yang di sertai oleh beberapa pasukan dari pelbagai negara seperti Jepun, Amerika, China, Iraq dan lain-lain negara. Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk di latih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat di tebus semula.
Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamdi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan tiga pemain, maka Magat telah menawarkan diri tanpa menyedari Megat telah diupah oleh pasukan dari Thailand bagi mensabotaj pasukan negara.
Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang Libas kepada Hamdi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw. Antara pelakon filem yang dianggap menarik ini ialah Rosyam Nor, Scha dan Zek Zamri.
Ketika tiga filem kini sedang rancak menjalani penggambaran, kita juga sedang menunggu tiga lagi yang akan di bawa masuk ke panggung untuk ditayangkan sebelum bermulanya puasa. Ia bermula dengan filem Skrip 7707 pada 16 Julai, Jomlah C.I.U.M (23 Julai) dan Setem (30 Julai).
http://www.sinemamalaysia.com.my ... si_seni_takraw_2387 |
|
|
|
|
|
|
|
cam best jer citer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bleh jual ker citer cmnie..? tapi kalo publisiti power x mustahil bleh box office.. |
|
|
|
|
|
|
|
takraw campur martial art... cam best nih |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rimau_manja at 17-7-2009 15:35
3# ChildrenOfBodom
Bila aku nampak "Muay Thai Dunk" tu, mcm Fireball ni tiru Kungfu Dunk la pulak, LOL
Anyway, aku tak rasa filem Libas ni tiru mana2, sebab jalan cerita jauh berbeza. Mcm best je...jarang aku jmpa filem tempatan yg nampak gempak mcm ni, tapi tak tau la betul2 best ke tak sebab blum tayang lagi, tgoklah nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni cerita yang rosamnor leh patah tulang ari tu kan... |
|
|
|
|
|
|
|
6# asher
sedangkan Sifu dan Tongga pun boleh jual... |
|
|
|
|
|
|
|
Sinopsis & Jalan Cerita Filem Libas
Skrip : Martias Mohd. Ali
Arahan : Jurey Latif Rosli
Terbitan : Mdag Marketing Sdn Bhd
Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (libas), sehingga dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, Ak Nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan ratna anaknya.
Kebimbangan Raja Libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawanan Libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada Raja Libas. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang diwarisi oleh orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan Malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari Tanah Melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan Raja Libas adalah waris penyimpan bola itu.
Tanpa diketahui oleh Raja Libas, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa diketahui oleh Raja Libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.
Raja Libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan Thailand. Bagi Raja Libas, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun, demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, Raja Libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, Raja Libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan Raja Libas, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh dipegang oleh pewarisnya sahaja.
Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada Megat, walaupun Megat masih membenci libas kerana kekalahan yang lalu. Tanpa diketahui oleh Raja Libas, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah dirasuah oleh Ak Nangkhon. malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada Thailand dan memberitahu Ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah diputuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh Raja Libas mementingkan bola warisan lebih daripadanya.
Sewaktu memandu melewati KLCC, Raja Libas telah terlihat kehebatan seorang remaja (Hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan 3 remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan Raja Libas menawarkannya untuk bermain libas. Dan Raja Libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun Hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun Raja Libas telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari dipukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam.
Akhirnya Hamadi setuju untuk menyertai Libas selepas diberitahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi Raja Libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan Libas Ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui Ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, Libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang dilontarkan kepadanya, malah telur yang dilontar tidak pecah bila ditampan dengan perutnya.
Akhirnya Raja Libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat, Hamadi dan Kumok. Raja Libas berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan Libas. Libas sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengepalai pasukan.
Di hari perlawanan, Megat tidak muncul, Raja Libas resah. dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. tanpa diduga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari China. semangat Raja Libas bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan Malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan Malaysia yan menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Raja Libas sedar ada sesuatu yang dikehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas dibelasah Ak Nangkhon. Akhirnya Raja Libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.
Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika Raja Libas melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan. Kelebihan Ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan dicuri oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan Raja Libas dengan Libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan Raja Libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil melaung “Malaysia juara”. Raja Libas melihat pewaris kepada bola warisan.
taken from http://www.budiey.com/sinopsis-jalan-cerita-filem-libas/ |
|
|
|
|
|
|
|
sapa awek yg pki tudung n baju itam kat dlm pic kat atas tu?
pengarah dia ek? |
|
|
|
|
|
|
|
12# otai_g
yup tu wife adam corrie |
|
|
|
|
|
|
|
detailnya sipnosis. Hilang selera nak tengok sbb dah tahu jalan cerita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|