CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4373|Reply: 8

Peguam selalu masuk?

[Copy link]
Post time 23-6-2009 07:42 PM | Show all posts |Read mode
Aku tak tahu nak tanya kat board mana sebab aku tak nampak board yg berkaitan law...

Aku just nak dapatkan maklumat ttg bon berkelakuan baik seksyen 294 KAJ yg biasanya antara 2 atau 3 tahun.

Aku dah search kat internet..tapi gagal jumpa maklumat yg aku nak.

Aku tanya ni sekadar utk menambahkan pengetahuan ttg Law.

Kepada yg tahu dgn jelas dgn hukuman bon ini..blh la bagi sedikit info or maklumat.

Antara cth soalan aku ialah

1. Adakah semua bon kelakuan baik ini mesti membayar kos pendakwaan..cthnya RM 1k?
2. Utk kes apa biasanya OKT blh di jatuhkan hukuman bon ini? Dan lingkungan umur OKT?
3. Jika pesalah yg telah dijatuhkan hukuman bon kelakuan baik selama 2 tahun (rekodnya ada di simpan di mahkamah),selepas 2 tahun adakah rekod itu masih ada? Bolehkah pesalah ygdijatuhi hukuman ini utk bekerja di sektor kerajaan selepas 2 tahun?Adakah maklumat itu tersimpan dlm simpanan Gov selepas tamat temph 2tahun?

Terima kasih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 08:17 AM | Show all posts
Laa kat bod ni pun ko ada....
cuba tanya kat bod CI... coz tak silap aku ada sorang loyer kat sana....
tak sure lah dia ni loyer betul or loyer buruk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2009 06:49 PM | Show all posts
CI tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 08:20 PM | Show all posts
CI tu apa?
island_insane Post at 24-6-2009 18:49


current issue...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 07:29 AM | Show all posts
1# island_insane

ada moderator seorg lawyer.. dan ada gak sorang lg tu pensyarah undang2.. tapi depa tak masuk sini la pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2009 02:15 PM | Show all posts
Thanks semua..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2009 12:11 PM | Show all posts
1# island_insane

dea rase RK bleh tlg nih..nanti dea suruh dia masuk sini eh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 03:56 PM | Show all posts
1. Adakah semua bon kelakuan baik ini mesti membayar kos pendakwaan..cthnya RM 1k?
2. Utk kes apa biasanya OKT blh di jatuhkan hukuman bon ini? Dan lingkungan umur OKT?
3. Jika pesalah yg telah dijatuhkan hukuman bon kelakuan baik selama 2tahun (rekodnya ada di simpan di mahkamah),selepas 2 tahun adakah rekoditu masih ada? Bolehkah pesalah ygdijatuhi hukuman ini utk bekerja disektor kerajaan selepas 2 tahun?Adakah maklumat itu tersimpan dlmsimpanan Gov selepas tamat temph 2tahun?

island_insane Post at 23-6-2009 19:42


RK keja bahagian pendakwaan....bukan loyer atau pensyarah undang2, harap jawapan nie bole membantu yer...

1. Kos pendakwaan? Rasenya sepanjang RK keja takde aplikasikan kos pendakwaan i.e: sejumlah wang yg dibayar kepada pendakwaan walaupun ada peruntukan di bawah s. 294 (2) CPC yang menyatakan sekiranya Mahkamah berpendapat patut boleh mengarahkan pesalah itu membayar kos pendakwaan atau sebahagian daripadanya dalam tempoh tertentu etc etc...

Dalam peruntukan ada tetapi dari segi pelaksanaan RK belum nampak lagi...mungkin ada DPP kat negeri atau daerah lain penah buat...

Yang jadi isu di sini ialah pendakwaan ade terbahagi kepada 2 iaitu dari federal dan state....jikalau pesalah perlu membayar kos pendakwaan nie....nak masuk ke mane? Federal reserved atau state reserved? Takkan nak masuk kocek Pendakwa Raya kot?

2. Biasanya bond ini diperintahkan oleh mahkamah untuk pesalah muda dan pesalah muda adalah OKT yg berumur bawah 18 tahun...biasanya hakim/majistret boleh guna budibicara die utk bagi bond untuk pesalah2 muda nie....Tapi di bawah seksyen nie wording yg digunakan adalah "disabitkan" so in other words ia akan direkodkan oleh Mahkamah. Ini penting utk paham jawapan no. 3 nanti.

Tetapi, age limit bukanlah satu faktor penentu dalam mahkamah memerintahkan bond ke atas pesalah...kekadang org dewasa yg lebih 18 tahun pun boleh dapat bond provided syarat2 dalam s. 294 tuh dipenuhi....dalam contoh katakan seorang ibu terpaksa mencuri untuk bagi anak makan....di mahkamah die ngaku salah dan faktor mitigasi die ialah die mencuri sebab anak die dah 10 hari tak makan...die ibu tunggal yg tak bekerja....mahkamah boleh sabitkan die tapi bole juga gunakan budi bicara utk melepaskan beliau melalui bond berkelakuan baik...

3. Tentang isu samada pesalah yang pernah diperintahkan mahkamah berkelakuan baik ni bole apply keja gomen atau tidak, RK penah ada pengalaman tuduh sorang budak sekolah curi motor....mahkamah berpendapat OKT masih muda dan naif serta sudah insaf akan perlakuan die (mana taknye....dah meraung-raung dalam lokap...) so RK jumpe majistret dan bagitau die instead of bagi die bond, baik bagi die hanya lepas bersyarat atau tanpa syarat bawah s. 173A CPC dan majistret agreed.

Satu yg tak best kalau bagi bond bawah s. 294 CPC ialah ia dianggap sebagai "Sabitan" (Conviction) dan mahkamah perlu rekodkan kesalahan yg die penah buat dan ia akan jadi public record yg public leh akses dan tgk...Maybe leh guna peruntukan bawah s. 91 Akta Kanak2 untuk pohon rekod kesalahan OKT sbg pesalah muda/kanak2 dan rekod takleh akses oleh sesape.

Tapi kalau bawah s. 173A CPC lak, kalau tgk wording die cuma "Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan itu telah terbukti" atau dalam English "Finding of Guilt" saja....bukan sabitan (Conviction) dan menurut kawan RK seorang majistret, kesalahan OKT takkan direkodkan sekiranya Majistret guna budi bicara utk guna seksyen nie.. so OKT tak perlu risau laa kalau nak apply keja gomen nanti.

Walaubagaimanapun, sepanjang RK keja nie tak penah lak tgk org yg lepas lalu bond kelakuan baik nie takleh apply keja gomen...kawan RK kat muar kata ade sorang OKT lepas guna bond 2 tahun lepas...dengar2 citer tahun nie die apply polis dan diterima! So RK rase takde problem sgt laa janji dalam tempoh bond tuh jaga kelakuan! :@

Apa2 pun nie pandangan dan pengalaman RK secara peribadi....rujuk sumber lain jika perlu Orite!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2009 01:09 PM | Show all posts
Terima kasih byk2...ada yg tak faham lg..nanti sy akan tanya..tak berkesempatan nak tanya sekarang sbb sibuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.079333 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list