CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3652|Reply: 10

CERITA PENDEK: Dendam Dukun Timah

 Close [Copy link]
Post time 16-6-2009 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Jongos kemuntahan..kaca halus dan darah hitam terkeluar daripada muntahannya. 'Timah..Timah..ampunilahaku..Aku minta maaf kerana memperkosa lembu betina kau dahulu' Dia meracau di rumahnya. Sanak- saudara hampir kepitaman mendengar pengakuannya itu..Ustaz Usup terkedu seribu bahasa mendengar kisah Jongos

Dipinggir hutan, Dukun Timah ketawa terbahak-bahak sambil mengilai-ngilai di pondok buruknya. 'Padan muka kau Jongos..Santau aku memang efektif..hahahaha'

Tiba-tiba Dukun Timah melihat kelibat perempuan berambut panjang berbaju putih melayang memasuki pondok buruknya. Dukun Timah terkujat seketika..Langsuir...

Dengan muka yang hodoh, taring panjang dan mata merah menyala. makhluk itu menyergah 'Hoi Timah! Kau ni memekak aje. Mengilai tak ikut time. siang malam mengilai aje kerja kau!! Dahlah tu meniru hakcipta ngilaian aku! Kau tak boleh diam sikit ke??'

Kini kini giliran mata Dukun Timah pula untuk menyala 'Hoi Langsuir bertuah. Suka hati mak bapak kau aje masuk rumah aku. Dah sudah! Pergi balik bertenggek kat sungai tepi tu. Menganggu ketenteraman jiwa aku aje. Tiap-tiap aku buat bunyi sikit, kau menjelma depan mata aku, lepas tu, kau memandai nak sound aku. KELUARR!!! sebelum aku rantai kau buat jadi belaan aku!!'

Langsuir itu mendengus kemarahan 'Sudahlah Timah! Naik berkulat cacing mulut aku sound kau. Puaka tebing sungai tu, Hantu buluh belakang rumah kau, jembalang pokok besar, semua dah fed-up dengan kau. Kau memang tak reti hidup berjiran! Dah, sukahati kaulah, lain kali kalau kau nak panggil kami semua, surat-menyurat kau tidak akan dilayan! Malam dah gelap ni. Aku nak pergi kampung sebelah pergi menyakat budak-budak'

Dengan menunjukkan muka tidak puas hati, langsuir itu melayang keluar sambil membebel sendirian..

Dukun Timah pula terus mengilai kepuasan. Mengilai semahu-mahunya..

TAMAT

TELADAN: Hormatilah jiran tetangga anda

[ Last edited by  LLM at 16-6-2009 15:29 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2009 03:22 PM | Show all posts
hmmm.....citer Keliwon patut panggil ko buat script.....canggih idea ko nih...good...i like
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 03:46 PM | Show all posts
aduhhh..hilang ngantuk aku,baca citer pendek ko ni..tersenggih2 dpan pc kat opis aduhaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:29 PM | Show all posts
heheheheh lawak ... lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 05:32 PM | Show all posts
ha ha ha ....nak pecah pewoot aku gelak (mujur boss x de)
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 01:53 PM | Show all posts
hehe.. mmg pndek betul...
ok la 2..bleh syum sorng2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2009 07:08 PM | Show all posts
Aku hanye mampu tersenyum LLM...x larat nk ketawa...pose dol...lepas bukak pose ni klu bace lg mmg aku gelak kuat2....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 08:42 PM | Show all posts
cayo tak aku masuk sini semata-mata nk baca cerita pendek ko ni LLM..tak caya kan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 03:26 PM | Show all posts
hehehe... mmg lawak la citer neh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 04:15 PM | Show all posts
banyak idea budok neh.. aku sukak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 05:57 PM | Show all posts
apa sal aku tak rasa takut, owww   bulan posa antu off duty le
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.223600 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list