|
Rasanya saya faham kerumitan tuan rumah ni. Memang tak privacy bila keadaan ni berlaku. Well, setahu saya, kawasan di luar pagar rumah kita tu adalah milik PBT dan sesiapa bebas utk menggunakannya.
Tetapi ini rasanya adalah masalah mentaliti... peniaga tersebut patutnya faham yg dgn dia berniaga di situ bukan sahaja mengganggu privasi tuan rumah tetapi ada masalah-masalah lain jugak yg timbul seperti :
1. kalau tuan rumah ada tamu, kat manalah nak parking kereta mereka
2. kalau tuan rumah buat kenduri-kendara, takkanlah nak halau peniaga masa tu, silap haribulan bergaduhlah pulak
3. sudah pasti, walaupun minimal, akan berlaku kekotoran di kawasan yang diletakkan gerai tersebut
Memang ini tindakan peniaga yg saya rasa tak sihat dan mengganggu dari segi fizikal dan emosi. Mata tak sedap memandang, hati pun sakit.
Cuba tanyakan pada pihak PBT... cuma mungkin akan menjejaskan hubungan dgn peniaga nantinya. Utk mula menanam pokok di lokasi tersebut rasanya sudah terlambat kerana operasi perniagaan sudahpun berjalan di situ. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|