CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: poshbabe01

ARWAH BALIK KE RUMAH 3 HARI BERTURUT BERTURUT SETELAH DIKEBUMIKAN

[Copy link]
Post time 19-5-2009 02:26 PM | Show all posts
tu bkn arwah..tu qarinnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 02:51 PM | Show all posts
Originally posted by poshbabe01 at 11-5-2009 19:04
tak mainlah baca mustika.kebetulan tukang picit saya banyak cerita weh
+

tukang urut la weh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:57 PM | Show all posts
geram aku ngan org yg suke bomoh ni..main kotor..

aku teringat dulu 3 taun lepas ms arwah datuk aku meninggal..nenek aku kemaskan katil arwah tido sebb die ckp arwah msh da disekeliling dlm ms 40 ari..btol ker...org dulu2 kan byk jer kepercayaan mereka..kte org muda ni je x amek tau..wahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 04:02 PM | Show all posts

Balas #1 poshbabe01\ catat

ni plak klau dkt sabah kami pggil lontong....org tu dah jampi2 dkt makanan, pastu perut akan membesar sehinga pecah klau tak diubati. so...hati2 bl nak makan sesuatu pemberian org....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by poshbabe01 at 11-5-2009 19:04
tak mainlah baca mustika.kebetulan tukang picit saya banyak cerita weh



Balas #28 kupia\ catat


khavbar baik hee hee

eeeeeeeeeeee seraaaaaaaaaaam kat muar,johor.cuba lah sesiapa yang rajin baca mustika tolong tengokkan cerita ini dalam bulan jan kalau tak salah saya


_____________________________________________________________________

errrrrrr?? apekah?? poshbabe nih.... :re: :eek: :kant:
hahaha...weng ker budak nih??
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 08:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2009 08:30 PM | Show all posts

Reply #37 poshbabe01's post

hantu raya agama islam?oooooooo
tak tau lak den
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 08:50 PM | Show all posts
jangan tak tahu oooooiiii......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2009 09:30 PM | Show all posts
Originally posted by naQi-tiRa at 27-5-2009 20:50
jangan tak tahu oooooiiii......


apa yang tahu ape yang tak tahu nih cik adik
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by zacko_inc at 27-5-2009 21:30


apa yang tahu ape yang tak tahu nih cik adik



jangan tak tahu poshbabe boleh jawab soklan tu oooooooooooii...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 10:59 PM | Show all posts
boleh jadi Qarin. Atau setan belaan dia atau setan yang ditugaskan aniaya atuk kamu.

Tapi kalau qarin selalunya dia datang samar2 je. mcm kelibat dari jauh. bukannya siap boleh berdialog dgn manusia. Contohnya kita ternampak org yang dah x meninggal dgn sekali pandang. Bila kita tgk sekali lagi arwah tu dah x de.

Kalau setan belaan tu mcm biasalah. Dia x sempat buang. Lagi satu ko ada ckp 'org nak ambik harta aku' dpd mulut 'atuk' kau. Dah terang2 lah setan tu ditugaskan utk jaga harta-harta atuk kau.

Tapi boleh jadi setan tu dihantar utk memburukkan nama atuk kau dgn keluarga dia. Pendek kata ada org dengki x ingat.

[ Last edited by  2tigapuluh2 at 27-5-2009 23:08 ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 11:40 PM | Show all posts
hehe aku gelak je ada pulak hantu raya beragama islam
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 12:00 PM | Show all posts
SJ001: Benarkah Ruh orang yang telah meninggal dunia boleh menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumahnya atau kampung halamannya?

Soalan

Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

Jawapan

Puan,

Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu 'tidur bersama', mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin  bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa' - alamul khulud - yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),"Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia."

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51; yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa 'dia' adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42; yang bermaksud, "Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia."

Ayat al-Quran lain ada menyebut,"Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat."

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut
tanasuthil arwah - reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia. Waallahu'alam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2009 11:04 PM | Show all posts

Balas #68 naQi-tiRa\ catat

u nih obsessed betul dgn i ye ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 09:17 AM | Show all posts
kalo bela antu raya, mmg dia akan blk dan menyerupai tuannya.
kes ni penah jd kat kg nora, tp dah lama dah. arwah ni dulu mmg bomoh terer
kat kg. pas dia mati, masa anak2 semua dah balik ke umah msg2,'' dia ''blk ke umah, apalagi
tekejut la bininya.

puas la berikhtiar nak buang benda tu, kesian bininya. anak2 semua x mo terima belaan
arwah tu, tp sorang anak ni terpaksa gak terima sbb kesian kat emak dia. nora x tau apa kisah
seterusnya, sbb pas kejadian tu, dorang pindah, x leh duduk kat umah tu, kalo mlm, mcm2 bunyi kuar...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by poshbabe01 at 28-5-2009 23:04
u nih obsessed betul dgn i ye ?



  adoiyyyai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2009 05:43 PM | Show all posts
posh ni org mane ek???
bahasa dier.aduhaiiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056383 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list