CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29399|Reply: 9

Terompah / Kasut

[Copy link]
Post time 7-4-2009 07:09 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 1-4-2010 10:37

Terompah diuji zaman

Di sebalik kemunculan terompah kayu yang moden dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Belanda, pemakaiannya telah menjadi tradisi unik sejak beratus-ratus tahun dahulu.



SETIAP pembuat terompah menghasilkan corak-corak yang tersendiri.

SEBAGAIMANA Belanda sering dikaitkan dengan kincir angin dan bunga tulip, terompah bukan sekadar ole-ole pelancong yang sinonim dengan negara itu pada zaman moden ini. Ia masih dipakai oleh beribu-ribu peladang dan pekerja kilang.

Digunakan sejak sekurang-kurangnya 800 tahun lalu, terompah tersebut meski pun disifatkan warga kota sebagai ketinggalan zaman, ia masih memainkan peranan penting kepada mereka yang hidup di kawasan desa diBelanda.

"Lebih kurang 350,000 pasang terompah untuk bekerja dihasilkan di Belanda setiap tahun," kata Paul Nijhuis, 56, pemilik kilang terompah Nijhuis di sebuah bandar kecil, Beltrum.


Bandar itu dilaporkan menghasilkan 90 peratus daripada terompah di dunia yang diperbuat daripada pokok tirus poplar dan willow.

"Saya pakai tiga pasang terompah dalam setahun," kata seorang penternak babi, Theo Startelder, 77, yang dilihat menunggang basikal di Beltrum sambil memakai sepasang terompah yang tidak bercat.

"Saya bekerja dengannya dan saya beristirehat juga dengannya.Apabila ia tidak boleh dipakai lagi, saya buang sahaja ke dalam unggun api," ujarnya. Sepasang terompah pekerja dijual pada harga AS$33(RM117.80).

Francis Adriaanse, 44, memasuki kilangnya sambil membawa sepasang terompah tahan cuaca yang bersaiz besar. Wanita itu juga mahu sepasang terompah baru bersaiz yang sama untuk hadiah hari lahir anak lelakinya yang ke-18.

"Anak saya juga memakainya ketika di dalam rumah. Dia memang pemalas, dia tidak suka benda bertali," kata Adriaanse.

Tambahnya, kanak-kanak juga masih memakai terompah. Apabila mereka semakin membesar, biasanya mereka akan memaku kasut mereka di dinding luar sebagai pasu tanaman.

"Terompah mempunyai kegunaan yang versatil," katanya sambil tersenyum.


"Orang muda yang minum arak juga menggunakannya!"


NIJHUIS menyifatkan membuat terompah sebagai kerja sepanjang hayatnya.


KIRA-KIRA 350,000 pasang terompah untuk bekerja dihasilkan di Belanda setiap tahun.

Penggunaan terompah menjadi sebahagian besar dalam budaya penduduk Belanda. Salah satu daripada spesimen tertua terompah dilaporkan ditemui pada tahun 1270 oleh seorang ahli arkeologi di Rotterdam. Iaditemui pada tahun 1990.

Nijhuis, yang telah menceburi bisnes terompah sejak mengambil alihsyarikat berusia 37 tahun milik bapanya pada tahun 1975 berkata, dahulu orang membuat sendiri terompah mereka sehinggalah banyak kilang-kilang pembuatan dibina pada tahun 1850-an.

Pada pertengahan kurun ke-20, hampir setiap bandar mempunyai pembuat terompahnya sendiri dan beribu-ribu kilang kecil muncul. Mereka menghasilkan sembilan juta pasang terompah pada tahun 1950, hampir menyamai bilangan 10 juta populasi Belanda pada masa itu.

"Setiap pembuat terompah menghasilkan corak-corak yang tersendiri. Dengan melihat corak pada terompah, anda akan tahu dari mana tempat asal pemakainya," katanya.

Hari ini, kira-kira 10 pembuat terompah masih wujud di Belanda,sebuah di Sepanyol dan sebilangan kecil di Perancis, Jerman danBelgium.


Menyifatkan membuat terompah sebagai kerja sepanjang hayatnya,Nijhuis dengan besar hati menunjukkan kilangnya dan mesin-mesin yang direkanya sendiri untuk pembuatan terompah.

Daripada 6,000 batang pokok setahun, sebanyak 120 pekerjanya mampu menghasilkan 2,000 pasang terompah dalam sehari.

Pokok tersebut akan dipotong menjadi kepingan dan digergaji mengikut saiz untuk menjadi sebuah terompah. Sebuah mesin digunakan untuk membentuk luarannya, sementara sebuah mesin lagi bagi menghasilkan tebukan.

Sesetengahnya mempunyai bentuk luar bermuncung lengkung dan ada yangbermuncung tajam. Yang bermuncung tajam dikenali sebagai terompah nelayan kerana ia secara tradisional digunakan untuk menyangkut jalaikan pada bot.

Terompah-terompah itu dikeringkan selama seminggu sebelum digosok dengan kertas pasir.

Suku daripada terompah dibiarkan tanpa corak manakala selebihnya diwarnakan dan dicorakkan dengan tangan terutamanya untuk pasarancenderamata. Ada yang dicorakkan dengan imej pelukis Vincent van Gogh,keju, logo kelab bola sepak atau tulip yang mencerminkan identiti Belanda.

Kira-kira enam juta cenderamata terompah dihasilkan di Belanda setiap tahun. Ada yang dalam bentuk rantai kunci, dalam bentuk kotaksimpan wang dan ada yang memang boleh dipakai.

"Terompah tidak akan pupus walaupun jika ia hanya boleh hidup untuk pasaran pelancong," kata Nijhuis.

Pengkaji, Wilbert van den Eijnde yang membuat kajian pada tahun 1997 mendapati kebanyakan jenama terompah kayu yang menepati piawaian Belanda dan Eropah ialah kasut pelindung.

"Ia diiktiraf begitu sejak tahun 1999," beritahunya. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2009 07:17 AM | Show all posts




[ Last edited by  Syd at 7-4-2009 07:20 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 07:21 AM | Show all posts


uniknya terompah orang Belanda
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 07:25 AM | Show all posts
Terompah yg malaysia buat takder yg cover depan ker??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 10:04 AM | Show all posts
selalu jupe yang takde cover depan tu

yang nampak jari jemari kaki tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 10:35 AM | Show all posts
Terompah kontemporari cantik, menarik
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
[email protected]



Koleksi Gee's Original tonjolkan kelainan dengan lakaran lukisan motif bunga, abstrak, karektor komedi dan wajah selebriti tangan

CANTIK, ceria dan sarat dengan lakaran berseni. Hasil kerja tangan pembuat terompah kayu, Wooi Loke Gee, 43, dan isterinya, Yap Yok Yeen, 42, menggamit kedatangan pengunjung untuk menjengah ke kedai terompah, Gee抯 Original terletak di Jalan Hang Kasturi, Melaka.

Suatu ketika dulu, alas kaki atau terompah diperbuat daripada kayu, dibentuk cantik kemudian dicat merah menjadi sandal paling selesa untuk dipadankan bersama pakaian tradisi seperti baju kurung pesak atau kebaya Nyonya.

Namun, tahun demi tahun membawa pelbagai pertembungan budaya sehingga terhasil pelbagai rekaan capal atau sandal yang lebih selesa dipakai sama ada diperbuat daripada kulit atau plastik lalu akhirnya menenggelamkan tradisi berterompah merah.

Wooi berkata, terompah kayu adalah sebahagian daripada tradisi dan kraftangan yang wajar dipelihara. Ia bertambah berharga kerana nilai warisan yang ada pada terompah kayu mewakili masyarakat Baba Nyonya, Melayu, Cina dan India.

Bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri yang juga lulusan Kolej Seni Kuala Lumpur (KLCA) ini, mereka cuba menonjolkan kelainan pada terompah kayu buatan tangan melalui lakaran lukisan motif bunga, abstrak, karektor komedi, wajah selebriti atau lorekan ukiran tangan.


Yap melorek ukiran bunga pada terompah kayu.

Yap berkata, keunikan terompah kayu lukisan tangan adalah setiap corak yang dihasilkan pasti tiada yang serupa. Bagi memastikan lukisan tidak luntur, Yap menggunakan cat berasaskan air dan kemudian disapu varnis supaya warnanya kekal.

Sementara itu, terompah kayu lelaki juga turut dipelbagaikan khusus untuk lelaki yang gemar bereksperimen manakala koleksi terompah kayu kanak-kanak pula ditawarkan di dalam pilihan warna dan potongan yang lebih ceria.

揔ami menghasilkan terompah kanak-kanak berbentuk ikan dengan cat berwarna ceria seperti merah jambu, hijau serindit dan ungu bersama lukisan comel seperti corak bunga, buah atau binatang.

揔ami turut mempelbagaikan penggunaan plastik berwarna pada bahagian atas terompah dan menggantikannya dengan kulit berkualiti, kain kapas dan PVC bertujuan untuk menampakkan kelainan dan ciri moden pada terompah selain menjamin keselesaan kepada pemakai,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2009 10:37 AM | Show all posts


sabot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 10:38 AM | Show all posts


Geta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 07:31 AM | Show all posts
Terompah makin dilupakan

Oleh HAMIMAH HAMID



Wong Ah Kow meneruskan tradisi pembuatan terompah yang kini semakin kurang mendapat sambutan.

IPOH 17 Feb. - Suatu ketika dahulu, alas kaki yang diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali sebagai terompah menjadi antara kasut yang popular di negara ini.

Kasut bercat merah itu menjadi pilihan untuk dipadankan dengan pakaian tradisi seperti baju kurung pesak atau kebaya nyonya.

Namun, perkembangan pesat dalam industri fesyen kasut sehingga terhasil pelbagai rekaan capal atau sandal yang lebih selesa dipakai, akhirnya telah menenggelamkan tradisi terompah merah.

Di awal kegemilangannya, terompah bukan sahaja dipakai oleh golongan wanita, tetapi juga kaum lelaki kerana kepelbagaian fungsi kasut ini.

Selain menjadi pelengkap gaya bagi wanita, terompah juga menjadi pilihan kaum lelaki untuk dipakai ke surau kerana sifat tahan lasak kasut itu yang diperbuat daripada kayu.

Malah, terompah mempunyai nilai warisan yang unggul kerana alas kaki ini mewakili masyarakat Baba Nyonya, Melayu, Cina dan India.

Walaupun industri kasut terompah agak merosot, namun masih ada yang cuba mengekalkan tradisi pembuatannya.
Wong Ah Kow, 75, adalah antara pembuat kasut terompah yang masih bertahan di bandar Ipoh dan dia tetap gigih meneruskan kesinambungan industri yang diceburi sejak lebih 50 tahun itu.

Setiap hari, bermula seawal pukul 7.30 pagi, Ah Kow tekun memotong kayu pokok durian dan mewarnakan terompah di kedainya yang terletak di sudut bangunan pasar besar Menglembu.

Ah Kow yang sudah 32 tahun terbabit dalam bidang tersebut bekerja sendirian membuat kasut terompah bermula dengan memotong kayu mengikut acuan terompah dan mengetam untuk melicinkannya.

Kayu yang dipotong mengikut bentuk kacang dan bujur itu kemudiannya akan dipaku plastik pelbagai warna di bahagian atas.

Menurut Ah Kow, untuk menjadikan terompah lebih menarik, kasut kayu itu akan dicat merah dan untuk kanak-kanak selain akan dilukis dengan bunga-bungaan dan sebagainya.

" Permintaan terompah kanak-kanak lebih tinggi kerana keunikan bentuk dan seni bunganya. Tetapi harganya tetap murah walaupun seni pembuatannya agak teliti.

"Harga sepasang kasut terompah biasa saya jual RM3.30, yang bercat serba merah RM5 manakala bagi kanak-kanak RM4 sahaja," katanya.

Menurut Ah Kow, walaupun pendapatan hasil menjual terompah agak rendah berbanding zaman kegemilangannya dahulu, namun dia tidak berhasrat untuk melupakan terus seni pembuatan kasut terompah.

Kini Ah Kow menganggap kegiatan membuat kasut terompah sebagai satu hobi dan bukan lagi sumber mata pencariannya bagi menanggung keluarga.

Malah, Ah Kow juga tidak menolak kemungkinan perniagaan membuat kasut terompah yang semakin ditelan zaman itu akan lenyap kerana generasi yang berminat dalam bidang ini semakin berkurangan.

Hanya satu pinta lelaki itu, semoga ada pihak yang sudi mengambil langkah tertentu untuk menyelamatkan perniagaan tradisi itu sebelum ia terus berkubur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 10:38 AM | Show all posts
Kasut Berusia Lebih 80 Tahun Tarikan Pesta Kasut Antarabangsa Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Sepasang kasut yang pernah digunakan masyarakat Baba Nyonya lebih 80 tahun lalu adalah antara keunikan Pesta Kasut Antarabangsa Malaysia yang akan berlangsung selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini mulai esok.

Presiden Persatuan Pengilang-pengilang Kasut Malaysia (MFMA) Tony Ting berkata keunikan kasut berusia lebih 80 tahun itu adalah segi reka bentuk dan bahan digunakan.

"Kasut itu luar biasa kerana ia fleksibel, iaitu tidak khusus kepada kaki kiri atau kaki kanan seperti kasut yang lain.

"Tapaknya pula diperbuat daripada seratus peratus kulit lembu yang membenarkan lebih banyak aliran udara masuk, yang memberi keselesaan kepada pemakainya," katanya kepada Bernama.

Turut dipamerkan pada pesta kasut yang diadakan buat julung kalinya itu ialah beberapa koleksi kasut zaman 1920 hingga 1960-an seperti terompah, selipar dan kasut tumit tinggi yang ditutup penuh.

Menariknya, koleksi kasut tersebut yang diperbuat seratus peratus buatan tangan itu masih dalam keadaan baik dan tidak rosak biarpun sudah lama usianya, katanya.

"Orang ramai juga akan dibawa menerokai pengalaman penciptaan kasut yang berusia 100 tahun di negara ini, dengan mempamerkan bahan dan peralatan yang digunakan serta membawa mereka melihat bagaimana proses kasut itu dilakukan," katanya.

Selain koleksi kasut zaman dahulu kala, misi penting pesta itu adalah mempromosikan dan memartabatkan kasut buatan pereka tempatan di mata pengunjung serta menjadikan ia sebagai satu usaha menarik lebih ramai pelancong bercuti di sini.

Pesta yang julung kali diadakan itu dianjurkan bersama oleh MFMA serta Kementerian Pelancongan dan akan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 2 April.

Ting berkata pesta itu akan turut mempamerkan kira-kira 50,000 koleksi kasut daripada jenama terkenal tempatan seperti Vincci, Bonia, Sembonia, Carlo Rino, Jukebox, Asadi, Dr. Cardin, Nose, Lewre, Crocodile, John Bird dan Larrie.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.068653 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list