|
Ekoran penutupan Maestro - Agenda Mawi banyak 'terbabas'
[Copy link]
|
|
'Hidup saya lebih teratur'Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Ekin akui suaminya, Mawi tak banyak kerenah
BINTANG Paling Popular Berita Harian selama tiga tahun berturut-turut, Asmawi Ani, 28, memberitahu kehidupannya kini lebih sempurna dengan kehadiran suri dalam hidupnya sejak tiga bulan lalu.
Makan, pakai tidak lagi perlu dibimbangi sejak Nora’Ashikin Rahmat, 30, menghuni seluruh ruang hati dan mindanya. Jika dulu, makan, pakai dan jadualnya diuruskan pengurus tetapi kini tugas itu lebih banyak ditangani insan bernama isteri.
Bukan saja menguruskan hal berkaitan rumah tangga, malah ada ketikanya Ekin juga mengambil alih tugas pengurus menghantar Mawi ke sana-sini memenuhi urusan kerja.
“Hidup saya kini lebih teratur sejak adanya Ekin. Tiada lagi baju yang kusut kerana Ekin bijak menguruskan rumah tangga. Kini hidup saya lebih sempurna sejak adanya dia,” kata Mawi yang hadir sedondon bersama Ekin dengan pilihan rona kuning terang.
Hal mengenai pakaian memang tidak diambil pusing anak muda berasal dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor kerana perkara itu diserahkan kepada Ekin. Sebaliknya Mawi hanya mengikut apa saja pilihan isteri dan dik kerana itu kebanyakan pakaian mereka sedondon mengikut pilihan Ekin.
Pasangan suami isteri ini hadir di Balai Berita, Berita Harian, baru-baru ini untuk menerima hadiah barang kemas yang dimenanginya sebagai Bintang Paling Popular ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007) (waw...dah setahun baru dapat hadiah tu ?). Barang kemas tajaan Habib Jewels itu disampaikan oleh Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah sambil disaksikan oleh Pengurus Kanan Pemasaran NSTP, Wan Mohd Rapilin Wan Mohd Nor.
Menurut Ekin, dia gemar memilih warna sedondon kerana terbiasa dengan statusnya sebagai anak kembar. Sejak kecil ibunya membelikan pakaian yang sama dengan kembarnya Ain menyebabkan dia terbawa-bawa sikap itu apabila sudah berumah tangga.
“Ekin memang suka baju yang sedondon kerana sejak kecil sudah terbiasa dengan cara ibu. Apabila sudah berumah tangga sikap itu terbawa-bawa kerana Ekin suka melihat pakaian dari warna yang sama. Tapi bukan bermakna semua baju kami dibeli serentak, ada di antaranya koleksi lama kami yang disuai padan saja,” katanya yang baru saja mengalami keguguran pada Januari lalu.
Biarpun sedikit kecewa dengan dugaan itu, Ekin masih bersyukur sekurang-kurangnya dia masih mampu mengandung. Dia yang tidak sedar sedang hamil, hanya mengesyaki sesuatu yang pelik setelah darah haidnya tidak berhenti-henti selama dua minggu.
Pasangan itu berkata, ketika majlis persandingan di Palace Of The Golden Horses pada 11 Januari yang lalu, mereka berdua mengalami rasa loya dan pening namun tidak mengesyaki sesuatu. Namun setelah pulang berbulan madu dari Korea pada 21 Januari lalu barulah Ekin menyedari dirinya hamil.
“Memang tidak dinafikan kami berdua sedih tetapi dalam masa yang sama kami lebih terkejut kerana saya hamil begitu cepat. Saya tidak tahu yang saya mengandung kerana sebelum ini tarikh datang bulan tidak begitu teratur. Bagaimanapun saya bersyukur sekurang-kurangnya saya mampu mengandung.
“Kami tidak kisah berapa pun rezeki yang diberikan. Tapi kalau ikutkan, Mawi mahukan anak kembar kerana saya sendiri juga kembar. Tapi sebenarnya kami terima rezeki yang diberikan dengan tangan terbuka,” kata Ekin yang gembira dengan hidupnya yang juga bertambah lengkap sejak kehadiran Mawi.
Katanya, dia kini tidak lagi kesunyian kerana mempunyai seseorang untuk dikongsi pelbagai kisah suka dan duka. Mawi juga katanya seorang suami yang tidak banyak kerenah, apa saja yang disediakannya tidak dibantah oleh Mawi.
“Jika Mawi sibuk dengan kerja, saya akan tinggal di rumah sendirian. Tapi kalau bosan, saya akan pastikan semua kerja rumah disiapkan terlebih dulu barulah saya akan keluar bersama kembar ataupun pergi meninjau Mawi di lokasi.
“Kebetulan Mawi bukanlah seorang yang suka menghabiskan masa tidak tentu hala, sebaik habis kerja dia akan terus pulang ke rumah. Di rumah biasanya aktiviti kami diisi dengan bersembang-sembang dan bergurau senda.
“Lagipun kami hanya tinggal berdua saja jadi kami mempunyai lebih privasi,” katanya.
Angin perubahan ABPBH2008
TIGA tahun menggalas gelaran Bintang Paling Popular, Mawi tidak lagi menaruh harapan tinggi untuk merebut gelaran itu buat kali keempat. Raja SMS itu sudah melihat angin perubahan yang berlaku di dalam ABPBH 2008 yang menyaksikan ramai nama baru bangkit memonopoli senarai pencalonan.
“Sudah tiga tahun saya menyandang gelaran Bintang Paling Popular, tapi tahun ini tidak tahu lagi apakah nasib akan menyebelahi diri saya. Jika sekali lagi gelaran itu menjadi milik saya bermakna ia adalah satu sejarah buat diri saya.
“Saya tidak meletakkan sebarang harapan kerana pencalonan tahun ini amat sengit dengan kemunculan banyak artis baru yang sedang panas. Lagipun bukan mudah untuk mengalas gelaran itu kerana tanggungjawabnya berat dan saya perlu menjaga tingkah laku. Bagaimanapun sepanjang tiga tahun itu saya cuba menjadi diri sendiri,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
masa belum glamer duit koyan2 dulu ,mawi penah kata jadik guard kat astro pun tak pa kan...betulkan kalau aku tersilap dengar..so apa nak kisah kalau ujian mendtg,bkn kena buang tros mcm yg org2 biasa kat luar nih..kwn aku manager 12 thn dpt notis tak sampai 24 jam bayangkan la gara2 ekonomi donia down tu keja kat syarikat antarabangsa lagik tu..
nih kan pulak artis yg bergantung pada sokongan peminat.terima jerk la kenyataan walaupun pahit..bkn tak penah susah kan sebelum nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 cloudnine_mm\ catat
aku macam suka jerk, opssssssssssss bukan apa. biar mawi dah tak do wet, then leh tengok kikin setia disisi mawi or kembali mencari org2 yg leh bagi dia shoping LV kan kan kan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 cloudnine_mm's post
tak salah pakai baju sama utk aktivit berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 niy's post
kalu ada yang memaki... tu bukan lagi urusan org yang kena maki.. meh sini ahkak tolong jawab makian tu |
|
|
|
|
|
|
|
I'm sure u meant well wangi
jangan teriak........I like your postings |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 wangi08's post
ahah
takde pon
aku tak kata hang memaki.. tp just mention kalu ada yang memaki.. meh habaq kat chek..
welcome welcome |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 FlowerGirl's post
katanya bukan duit sendrik |
|
|
|
|
|
|
| |
|